30 Resepi Lauk Pauk Ringkas Untuk Berbuka Puasa


30 Resepi Lauk Pauk Ringkas Untuk Berbuka Puasa (REPOST) | Pasti ada yang mencari resepi untuk hidangan sewaktu berbuka sebab bukan semua kita mampu pergi makan buffet Ramadan di restoran apatah lagi di hotel-hotel. Sejak pandemik ni, ramai yang kehilangan pekerjaan atau ada yang gajinya dipotong jadi masa sekarang adalah masa untuk kita berjimat cermat dalam berbelanja.


Selain koleksi 30 resepi lauk pauk ringkas untuk berbuka puasa ni boleh juga di dapat di SINI atau bagi yang suka makan di Buffet Ramadan, klik SINI. 


30 Resepi Lauk Pauk Ringkas Untuk Berbuka Puasa 
Jom cuba 30 Resepi Lauk Pauk Ringkas Untuk Berbuka Puasa yang senang untuk disediakan dan lazat untuk seisi keluarga.


Selamat mencuba!


30 Resepi Lauk Pauk Ringkas Untuk Berbuka Puasa 


1. Ayam Goreng Sos Lemon
2. Gulai Ayam Kerisek
3. Tom Yam Ayam
4. Ayam Goreng Kunyit
5. Ayam Goreng Halia
6. Ayam Masak Merah
7. Ayam Percik Bakar
8. Sup Ayam
9. Gulai Daging
10. Daging Masak Putih
11. Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang
12. Daging Masak Hitam
13. Sambal Paru
14. Ikan Senangin Masak Lada
15. Ikan Belanak Masak Pindang Utara
16. Asam Pedas Ikan Pari
17. Ikan Siakap Kengsom
18. Ikan Kembung Masak Tauchu
19. Sotong Goreng Asam
20. Sotong Goreng Kunyit
21. Udang Masak Merah
22. Udang Masak Serai
23 Udang Masak Sambal
24. Ketam Goreng Bercili
25. Sup Ketam
26. Kerang Rebus
27. Kerang Rendang
28. Kerang Sambal
29. Lala Goreng Bercili
30. Lala Masam Manis

Nak cari pelbagai resepi, boleh singgah ke DAPUR SWEETSOURLEYRA

1.  AYAM GORENG SOS LEMON



Bahan-bahan
Ayam - terpulang nak banyak mana, diperap dengan sos tiram
Daun bawang / daun sup
1 biji bawang kuning atau merah
2 potongan nipis buah lemon


Bancuhan tepung
1 biji telur
1/4 cawan tepung jagung (jangan terlalu cair dan terlalu pekat)
sedikit garam
secubit lada putih
(ada orang letak baking powder dlm 1/2 sudu - terpulang ikut citarasa ya)
minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Sos Lemon
3 sudu gula
1/2 kiub ayam dibancuh dengan 1 cawan air (kalau ada chicken broth pun lagi sedap)
2 sudu perahan lemon
sedikit garam


Cara membuatnya :

Perap potongan ayam lebih kurang 30 minitBancuh bahan-bahan tepung hingga sebati.  Panaskan kuali yang berisi minyak.  Celupkan potongan ayam kedalam bancuhan tepung dan goreng ayam hingga masak dan bertukar warna agak perang.  Ulang hingga semua ayam habis digorengMasukkan semua bahan untuk membuat sos kedalam mangkuk besar dan digaul hingga sebatiPanaskan minyak dan masukkan bahan untuk sos dan dikacau seketika dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak pekat dan letakkan kepingan lemon untuk seketika dan tutup api.Tuang sos keatas ayam  dan kalau tak suka ayam tu nanti lembik, asingkan dan masukkan bila sudah sedia untuk dimakan.

2. GULAI AYAM KERISEK



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit
5 sudu rempah kari ikan, dimasukkan dalam mangkuk
1 pek santan segar (beli segar di Pasar Datuk Keramat)
2 biji kentang, dibelah 4
2 sudu kerisek
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 biji tomato,dipotong baji
1 - 2 tangkai cili merah/cili hijau


Bahan-bahan (ditumbuk)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia


Bahan (menumis)
1 labu bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun kari
1 helai daun pandan, disimpul


Cara-cara memasaknya


1. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk (saya suka guna kuali) dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan daun kari agak garing. Bahan yang ditumbuk dicampurkan dengan rempah kari hingga jadi pes. 
2. Masukkan bahan-bahan kisar dengan rempah kari  kacau dan biarkan dimasak hingga pecah minyak. Sesekali dikacau supaya tak hangit.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan ayam dan sedikit air. Kacau sebati dan masak biar ayam sebati dengan rempah.
4. Masukkan santan dan asam gelugur, kacau. Masukkan kerisek, kacau dan biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk. Tambah telur rebus goreng pun boleh.
5. Kalau suka boleh masukkan tomato dan cili hijau atau cili merah. Masak hingga nampak tomato dan cili agak lembut dan boleh dipadam api. Siap


3. TOM YAM AYAM



Bahan-bahan
500 gm ayam. dipotong kecil
2 sudu besar pes tomyam (saya guna pes tomyam Thai)
4 biji tomato, dipotong baji
8 biji cili padi, dibelah tak putus (kalau suka pedas, boleh ditambah)

2 batang serai, diketuk
1 batang lobak merah, dihiris
2 batang celery, dipotong
1 ulas bawang kuning (bawang holland)
1 inci lengkuas, diketuk
1 ikat daun ketumbar,
4 helai daun limau purut, dikoyak
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato


Cara-cara memasak
1. Rebus ayam bersama serai dan masukkan pes tomyam. Rebus hingga ayam masak benar-benar masak dengan 
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang


4. AYAM GORENG KUNYIT



Bahan-bahan
 isi ayam, dipotong kecil
1 labu bawang besar, dipotong bulat
3 ulas bawang putih, dihiris kasar


Bahan hiasan
1 labu bawang besar, dipotong kasar
3 batang kacang panjang, dipotong 1 inci
1 batang lobak merah, dipotong memanjang 1 inci
1 tangkai cili merah, dihiris


Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan garam dan kunyit dalam 10 minit
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Pastikan dengan api sederhana
3. Masukkan ayam, kacau dah balikkan supaya ayam dimasak rata.
4. Bila ayam elok masak, masukkan kacang panjang dan cili merah serta baki bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.


5. AYAM MASAK HALIA



Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa


Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. 
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.


6. AYAM MASAK MERAH



Bahan bahan
1/2 ekor ayam 
4 sudu besar sos cili 
4 sudu besar sos cili tomato 
1/2 biji bawang besar kuning, dihiris kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


Bahan kisar
15 biji cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Bahan hiasan 
Daun sup/daun bawang, dihiris
1 biji tomato, dipotong baji
Cili merah, dibelah dua


Cara membuatnya:
1. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki kemudian lumurkan  garam dan serbuk kunyit. 
2. Goreng ayam tapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan. 
3. Selesai menggoreng, tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau
4. Masukkan cili kisar dan masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 
5. Masukkan ayam dan bawang besar yang dihiris, sos tomato dan sos cili dan dikacau hingga rata dan sebatik.  Masukkan sedikit air biar sos sebati dengan ayam. 
 6. Masukkan tomato (kalau suka) dan kacau seketika dan masukkan cili merah yang dibelah dua, kacau dan boleh tutup api bila nampak kesemuanya agak layu dan angkat untuk dihidangkan dan taburkan daun bawang dan daun sup jika suka. 


7.  AYAM PERCIK BAKAR



Bahan-bahan
Beberapa bahagian ayam
1 batang serai (titik)
Rempah 3 serangkai
1/2 kilo santan
sedikit gula
garam kasar
2 keping asam gelugur


Bahan dikisar
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas


Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam kuali kecuali gula. Bila ayam hampir separuh masak,keluarkan ayam dan bakar.
2. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
3 Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih. Siap




8. SUP AYAM



Bahan-bahan
350 gm ayam, dipotong kecil
1 bungkus sup bunjut
Rempah 4 beradik
1 biji kentang, dipotong 4
1 batang loak merah, dipotong kecil
1 biji tomato, dibelah 4
1 batang celery, dipotong serong
Daun sup dan daun bawang, dihiris


Bahan ditumbuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara memasak

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan kekuninganMasukkan ayam dan air. Renih dengan api sederhana hingga nampak isi ayam hampir lembut, masukkan celery, kentang dan lobak merah serta sup bunjut.Masak dan biarkan sup mendidih, masukkan garam secukupnya serta daun sup dan tomato. Bila tomato nampak lembut, tutup api. Taburkan daun bawang dan sup ketika dihidang.




9. GULAI DAGING

Bahan-bahan
400 gram daging 
2 biji ubi kentang – potong 4
3 cawan santan segar
4 sudu rempah kari ikan (saya suka rempah kari ikan berbanding kari daging)
Garam secukup rasa
Setangkai daun kari


Bahan tumisan
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 inci halia, dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang


Cara Memasaknya:

Bersihkan daging dan potong kecil, campurkan rempah kari dan gaul rata.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga kekuningan dan naik bau kemudian masukkan  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau.Masukkan daun kari dan kemudian daging yang telah disatukan dengan rempah. Kacau sehingga rata dan tunggu sehingga pecah minyak.Masukkan ubi kentang dan kemudian santan. Kalau suka kari pekat, masukkan santan cair dahulu dan bila sudah sebati, masukkan santan pekat.Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk, tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.
Nota : masukkan kerisek supaya kuah menjadi pekat 


10. MASAK KURMA DAGING



Bahan-bahan :
400 gm daging, di potong, di basuh dan di tos
4 sudu serbuk rempah kurma Adabi
2 sudu besar kerisik
1 biji kentang, dibelah 4/6
2 biji cili hijau, dipotong tidak putus
2 labu bawang besar, di potong baji
Santan secukupnya
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak




Bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras


Bahan tumis:
1 biji bawang merah, di hiris
2 ulas bawang putih, di hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai, di ketuk


Cara membuatnya :

Campurkan bahan yang dikisar bersama rempah (jadi pes) tapi jangan terlalu pekatPanaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau wangi.Masukkan pes kurma (campuran bahan kisar dan rempah), kacau hingga pecah minyak. Pastikan dengan api sederhana supaya tidak hangitMasukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging dimasak perlahan hingga nampak kecut.Masukkan santan, kerisik dan kentang. Masak hingga daging dan kentang empuk.Akhir sekali masukkan garam dan asam gelugur dan biarkan dimasak hingga kuat menjadi pekat dan boleh ditutup api.

11. DAGING GORENG KUNYIT KACANG PANJANG




Bahan bahan:
1/2 kg daging, direbus dan dihiris


Bahan lain:
1 mangkuk kacang panjang 
1/2 batang karot
1 biji bawang besar kuning
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
Minyak


Cara membuatnya :1. Potong daging dengan nipis, perap dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng daging hingga air kering dan pecah minyak. Goreng sehingga daging empuk. 
3. Masukkan lobak merah (kalau ada), masak hingga nampak lembut. Masukkan kacang panjang, kacau dan masukkan bawang kuning. Akhir sekali cili merah dan cili api. Bila semuanya nampak lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan


12. DAGING MASAK HITAM



Bahan-bahan:
1 kg daging 
20 tangkai cili kering, dibuang biji dan dikisar
rempah 3 sekawan
1 mangkuk kecil kicap manis
1 mangkuk kecil kicap pekat
1 senduk cuka
1 sudu makan sos tiram
1 sudu gula


Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
1 biji buah keras
1 sudu makan kismis


Cara membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan A dan  perap dalam 1 jam.
2. Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan hingga naik wangi dan masukkan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging, renih hingga empuk dengan api sederhana. Masak hingga air yang keluar dari daging menjadi kering
4. Bila dah kering sedikit, masukkan sos tiram serta gula dan gaul supaya sebati dan dimasak hingga betul-betul kering dengan api kecil. Kacau kerap supaya tidak hangit dan dimasak dengan baik. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan




13. PARU SAMBAL

Bahan-bahan :
400 gm paru
30 tangkai cili kering, dibuang biji dan direndam dan dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kicap manis
belacan (kalau suka)
2 keping asam gelugur
Gula perang bagi mencantikkan sambal
Garam secukup rasa


Cara membuatnya

Paru direbus dan dihiris kecil-kecil kemudian digoreng hingga garing, ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan belacan. Masak hingga naik bau wangi kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar, masak hingga pecah minyak.Masukkan gula, kicap dan garam. Kacau sebati.Akhir sekali masukkan paru dan bawang yang dihiris, masak hingga kuah kering sedikit kemudian tabur bawang besar dihiris.




14. IKAN SENANGIN MASAK LADA




Bahan-bahannya 
2 ekor ikan senangin, dibersihkan dan dikerat dua
1 mangkuk air asam jawa
1 labu bawang besar, dimayang
3 - 4 tangkai cili kering, dikerat pendek
garam secukup rasa


Bahan untuk ditumbuk
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 inci halia, ditumbuk kasar
1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis, ditumbuk halus
1 sudu serbuk jintan putih, ditumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup, ditumbuk atau guna serbuk kunyit


Cara-cara memasak:-

Potong cili kering dan digoreng jangan sampai hangit, angkat dan letak tepiPanaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk kasar hingga kekuningan dan naik bauMasukkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih, dikacau hingga sebati dan masukkan air asam jawa, dikacau supaya mesra dan sebati. Tambah air jika perluBila kuah dah mendidih, masukkan ikan senangin. Pastikan ikan terendam dalam kuah supaya masak sempurna.  Masukkan bawang besar dan kemudian cili kering yang digoreng tadi. Kalau suka pekat, boleh biarkan kuah direnih menjadi lebih kering mengikut kesukaan.Akhir sekali perasakan dengan garam.  Siap!



15. IKAN BELANAK MASAK PINDANG UTARA 



Bahan- bahan
5 ekor ikan belanak
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
3 batang cili kering - dikerat 2 atau 3
cili api - kalau suka nak lebih pedas
serbuk kunyit 
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara memasak:

Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititik, asam gelugur, cili kering kedalam periuk yang berisi air.  Masak dengan api sederhana hingga kuah mendidihMasukkan ikan belanak atau ikan kesukaan anda dan perlahankan api. Alih-alihkan ikan supaya ianya dimasak dengan sempurnaTutup api dan masukkan garam secukupnya dan dikacau.



16. ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan pari, potong kecil
Minyak untuk menumis
2 sudu kecil halba
1 batang serai
3-4 helai daun limau purut
1 mangkuk cili kisar
sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Kacang bendi
tomato
daun kesum
garam dan gula secukup rasa


Bahan dikisar halus:
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
sedikit belacan


Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
4. Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
5. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
6. Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.


17. IKAN SIAKAP KENGSOM




Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap
1/4 biji nenas
1/2 ikat kangkung
2 batang serai, diketuk
1 biji limau nipis, diambil jusnya
2 sudu sos nampla
Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar
10 biji cili api (saya guna cili akar warna merah yang pedas tu)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan (kalau tak letak pun boleh terutama mereka yang ada resdung)
1/2 cawan air


Cara membuatnya:

Masukkan kesemua bahan kisar dan air secukupnya dalam kuali. Masak kuah hingga mendidih.Masukkan nenas dan serai, biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan gula.  Pastikan rasa masin dan masam serta manis seimbang kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan hati-hati supaya isi ikan tidak hancur dan tak perlu memasak ikan terlalu lamaSetelah ikan dah masak, masukkan masukkan kangkung dalam 3-5 minit dan tutup api bagi memastikan kangkung tidak terlalu layu.Perahkan limau nipis dan kacau supaya sekata dan sedia untuk dihidangkan.

18. IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung, digoreng
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
5 tangkai cili padi, dipotong dua
2 tangkai cili merah. dipotong memanjang
1 biji tomato, dibelah 4
3 sudu taucu cap Bilal
1 sudu sos ikan
1 biji timun jepun, potong 4 (jika suka)
Garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
Sedikit air 


Cara penyediaan:
Panaskan kuali dan tumis bawang, cili, bawang putih dan halia hingga naik bauMasukkan taucu ke dalam tumisan, kacau perlahan supaya tauchu tidak hancurMasukkan 1 sudu sos ikan serta sedikit air untuk jadikan kuah.Masukkan timun dan tomato dan kemudian masukkan ikan kembung yang telah digoreng, air asam jawa dan tambahkan sedikit air supaya lebih berkuah. Pastikan dimasak dengan api perlahan supaya kuah meresap ke dalam ikan. Biarkan kuah mendidih seketika dan tutup api. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam sebab tauchu pun sudah ada masinnya. Siap!

19. SOTONG GORENG ASAM



Bahan-bahan
300 gm sotong saiz sederhana, dipotong kecil
2 tangkai cili kering, digoreng dan letak tepi
4 tangkai cili api (optional)
1 ulas bawang besar
1 mangkuk pati asam jawa
minyak untuk menumis


Bahan (dihiris) 
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia


Cara memasaknya

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga naik bauMasukkan air asam jawa, masak hingga agak kering dan masukkan sotong. Kacau supaya keduanya sebatiAkhir sekali masukkan bawang merah, bila nampak kelayuan, masukkan cili kering dan cili api (kalau suka pedas)Masak hingga kuah menjadi agak kering dan perasakan dengan sedikit garam. Siap!

20. SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
500 gram sotong
2 sudu serbuk kunyit
5 batang kacang panjang, dipotong panjang
1/2 batang lobak merah, dipotong memanjang
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
garam
1 sudu sos tiram
5 helai daun limau purut dibuang urat


Cara memasak
1. Cuci bersih sotong buang dakwat, mata, dan mulut sotong, basuh dan toskan. Potong sotong ikut selera dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong yang telah diperap dan lobak. Bila nampak keduanya hampir masak, masukkan kacang panjang. Kacau rata
4. Masukkan sos tiram dan daun limau purut dan garam secukupnya. Biar direnih seketika dan sedia untuk dihidangkan


21. UDANG MASAM MANIS



Bahan bahan:
400 gm udang harimau
3 sudu cili kisar
3 sudu besar cili sos 
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam 


Bahan kisar:
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
2 inci halia
1/4 biji nenas


Cara membuatnya

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama dengan cili kisar. Masak hingga pecah minyakMasukkan cili sos, garam dan gula. Tambah sedikit air dan dikacau rata. Bila telah pecah minyak, masukkan udang dan kacau seketika. Siap dan sedia dihidangkan.




22  UDANG MASAK SERAI

Bahan bahan:
400 gm udang saiz sederhana
1 mangkuk santan
1 sudu kecil garam


Bahan kisar:
10 tangkai cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 


Cara membuatnya

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak


Masukkan santan dan garam, masak hingga santan nampak mendidih, masukkan udang. Gaul biar mesra dan masak hingga kuah menjadi kering. Siap dan sedia dihidangkan.

23. SAMBAL TUMIS UDANG DAN PETAI




Bahan-bahan:-
20 ekor udang sederhana besar
3 papan petai, diperisi dan dibelah dua
1 labu bawang besar, dimayang


Bahan dikisar
15 tangkai cili kering, dikisar hingga halus
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak
100 gm gula kabung (kurangkan dan bergantung pada kepedasan cili kering)
1/2 mangkuk kecil air


Cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih tapi jangan sampai terlalu lumat, kemudian masukkan belacan.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masukkan bawang besar yang dimayang, masak hingga bawang besar menjadi lembut kemudian masukkan cili kisar serta gula kabung.Bila cili sudah nampak pecah minyak, masukkan petai serta asam gelugur, kacau hingga sebati dan kemudian masukkan udang.  Kacau supaya cili dan udang sebati dan masukkan garam secukup rasa. Masak hingga udang berubah warna dan tutup api. Siap!


Nota:
Gula kabung boleh digantikan dengan gula putih dan kalau suka lebih basah boleh gantikan asam gelugur dengan air asam jawa.


24. KETAM GORENG BERCILI



Bahan-Bahan:
4 ekor ketam
10 tangkai cili kering, dibuang biji dan dikisar
1 biji bawang besar, dipotong kasar
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam


Cara memasak:
1. Bersihkan ketam. Ketam dibelah dua. Gaul rata dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak, gor\reng ketam sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga masak. Masukkan cili kering yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ketam, kacau hingga mesra dengan cili kemudian masukkan sos cili dan sos tiram serta garam secukupnya. Tambah air supaya ketam sebati dengan sos. Bila kuah agak kering, boleh tutup api dan ketam sedia untuk dihidangkan.




25. SUP KETAM

Bahan-bahan:
4 ekor ketam, dibelah 2 atau 4
2 biji tomato, dipotong baji
1 liter air
daun bawang, dihiris
daun sup, dihiris


Bahan untuk dihiris 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia, diketuk


Cara membuatnya :

Ketam yang sudah dibersihkan, sepit ketak tu diketuk supaya senang nak makan nanti.Masukkan bawang merah dan halia ke dalam periuk berisi air dan renehkan sehingga mendidihBila dah mendidih, masukkan ketam  dan dimasak hingga mendidih dan masukkan tomato.Bila tomato dah nampak masak, taburkan daun sup & daun bawang dan garam. Bila dah siap dan nak hidang boleh tabur bawang goreng


Nota :
Jangan masukkan terlalu banyak garam sebab ketam kalau tidak hilang manis ketam tu. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan.


26. KERANG REBUS


Bahan2 kg kerang3 batang serai, diketuk3 tangkai cili api
Cara membuatnyaKerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, serai dan garam. Tutup kuali dengan tudung periuk. Masak dalam 2 minit, kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan dan ciciah dengan sos cili

27. KERANG RENDANG




Bahan A2 kilo kerang - disangai dan dikeluarkan isi
Bahan B - untuk dikisar25 tangkai cili padi kampung (kalau suka lebih pedas, boleh tambah)2 -3 tangkai cili hijau4-5 biji bawang merah2 labu bawang besar4 ulas bawang putih7 batang serai2 inci halia1 inci lengkuas2 inci kunyit hidup

Bahan C2 cawan santan kelapa4 sudu kerisik2 - 3 keping asam gelugur2 helai daun kunyit, dihiris halus

Cara memasakPanaskan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.  Tumis sehingga pecah minyak.Masukkan asam gelugur dan santan, renihkan dengan api sederhana hingga kuah menjadi agak kering.Masukkan isi kerang, daun kunyit dan akhir sekali kerisik, dikacau hingga sebati.  Masak hingga sehingga agak kering dan pecah minyak. Terpulang kalau inginkan rendang yang kering, boleh biarkan rendang menjadi kering atau sukakan rendang yang masih lembab berkuah.Tutup api dan masukkan garam secukupnya.  Siap!Nota :Kerang ddibasuh, direndam dalam air campur garam kasar dalam 20 minit. Garam berfungsi sebagai agen pencuci kotoran di kulit kerang dan dapat membuang segala racun dan bakteria dalam kerang

Nak cuba rendang kerang pedas, baca SINI

28. KERANG SAMBAL




Bahan 
1 kg kerang (bersihkan, celur dan kopek isinya)


Bahan kisar
1 bawang besar saiz kecil
1 sudu besar udang kering/bilis  (optional)
1 inci belacan


Bahan hiris dan tumis
1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
1 keping asam keping saiz kecil
Garam dan gula
Air anggaran secawan.


Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan umiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau. Masukkan cili kering, asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi. Masak hingga pecah minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.


2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.  Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula secukupnya.


3. Masukkan isi kerang dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu. Masak lagi agar sambal dan kerang benar-benar serasi. Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.


29. LALA MASAK SAMBAL



Bahan bahan:
10 tangkai cili kering, dibersihkan dan dibuang biji
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai - ketuk
2 sudu sos tiram
Garam


Cara memasak :

Kisar cili kering, bawang merah dan putih serta halia. Panaskan minyak dan tumis serai yang dikisar hingga kekuningan, keluarkan dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan lala, sos tiram dan serai tadi dan dikacau rata rata. Perasaka dengan garam dan goreng hingga masak. 


30. LALA MASAM MANIS



Bahan-bahan
½ kg Lala (1 kampit)
1 batang serai - dititik
4 sudu sos tiram
2 sudu tomato sos
2 sudu kicap pekat
½ cawan air - tambah jika perlu
1 biji cili merah / hijau
daun kari


Bahan untuk ditumbuk:
10 biji cili api    
1 labu bawang besar                     
3 ulas bawang putih                    
1 inci halia                                              


Cara memasaknya:

Tumiskan serai yang dititik hingga kekuningan dan masukkan bahan yang ditumbuk, dimasak hingga kekuningan dan masukkan daun kari.Masukkan lala dan air, biarkan dimasak sehingga ia lala separuh terbukaMasukkan sos tiram, kicap, sos, masak seketika dan kacau hingga sebatiMasukkan cili hijau / merah sebagai hiasan dan tutup api. Siap!

Tip membersih lala:
Lala dimasukkan ke dalam besen berisi air hingga menutupi dan letakkan garam.  Tutup dan biar dalam 30 minit dan kemudian bersihkan kotoran, pasir dan selut pada lala. Toskan 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/04/30-resepi-lauk-pauk-ringkas-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 339 hits
RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN KACANG BUNCIS SENANG DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA Assalamualaikum Masak atau beli Mana satu jadi pilihan Sudah hampir ke penghujung Ramadan bazar Ramadan kembali sesak Orang ramai memilih untuk membeli...
7 Aneka Resepi Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Sedap Dan Menyelerakan

7 Aneka Resepi Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 264 hits
7 ANEKA RESEPI MENU BERBUKA PUASA YANG MUDAH SEDAP DAN MENYELERAKAN Assalamualaikum Masak sendiri di rumah untuk juadah berbuka puasa menjadi pilihan ramai orang Yelah kalau nak beli takut tak menepati selera ahli keluarga Juga harga yang a...
5 Resepi Puding Pencuci Mulut Berbuka Puasa

5 Resepi Puding Pencuci Mulut Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 237 hits
5 RESEPI PUDING PENCUCI MULUT BERBUKA PUASA1 Puding Ais Krim SodaBahan Bahan Bahan A Separuh agar agar bertali 1 2 cawan gula 1 cawan air 1 tin susu cair1 cawan aiskrim soda F NSedikit pewarna biruSecubit garamCara cara membuatnya 1 Masak a...
Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 381 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jom buat air milo soya cincau masa berbuka nanti confirm esok akan repeat lagi Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam rare je kan resepi ni Wa...
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh Ayam Kari Roti Jala Dan Sayur Kangkumg Tumis

Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh Ayam Kari Roti Jala Dan Sayur Kangkumg Tumis

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 298 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh Ayam Kari Roti Jala Dan Sayur Kangkung Tumis Dalam rumah ni menu paling kerap buat ialah kari dan sambal Tu pun sebab dua menu ni laki kita yang suka gila Kalau keluar tu bilrasa nak bel...
Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

Resepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning Dan Ayam Masak Kicap Kari Sambal

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 216 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Ke Lapan Ayam Masak Kuning dan Ayam Masak Kicap Sambal Terlambat pulak nak tulis hari ke lapan hehehhe Hari Ke lapan kita berpuasa jatuh pada hari Ahad Bila dah hari minggu mestila berbuka puasa...
Berbuka 20 Puasa Di Mat Am Al Baraqah Eco Botanic

Berbuka 20 Puasa Di Mat Am Al Baraqah Eco Botanic

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum wbtSELALU sangat lalu depan Mat am Al Baraqah sebuah restoran yang menyajikan hidangan timur tengah setiap kali ke Eco Botanic Bulan puasa kali ini belum lagi menikmati Nasi Mandhi Kambing kegemaran kami sekeluarga Nak ke te...
Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box

Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 236 hits
Berbuka Puasa Dengan Beriyani Gear Box Mungkin korang dah makan macam macam menu lauk pauk dan dessert serta minuman dalam bulan ramadan ini Agak agak menu apa yang korang belum rasa Apa kata saya bagi idea cuba beriani gear box Kalau nak m...
Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah

Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 145 hits
Tengok Biasa Je Belanja Orang Berbuka Puasa Tapi Sebenarnya Pahala Melimpah Ruah DALAM bulan Ramadan sebagai umat Islam kita digalakkan untuk mengikuti salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu memberi makan kepada orang yang berpuasa Galak...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever