30 Individu Terpedaya Skim Pelaburan Pinjaman Patuh Syariah


Zuhainy Zulkiffli

Sebahagian daripada 30 mangsa yang mendakwa terpedaya dengan skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah sebuah syarikat membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, hari ini. NSTP/ Zuhainy Zulkiffli BAYAN LEPAS: Kira-kira 30 individu `berputih mata' selepas terpedaya dengan janji manis skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah oleh sebuah syarikat swasta di sini.
Mangsa menyedari ditipu oleh pengurusan syarikat itu selepas pengasasnya gagal dihubungi dan dipercayai menghilangkan diri sejak setahun lalu.
Difahamkan, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 bertujuan membantu individu yang mengadapi masalah kewangan, menjana semula pendapatan.
Konsep digunakan ialah dengan mengutip wang pinjaman orang ramai dan menjanjikan keuntungan bermula antara 10 peratus setiap bulan dalam bentuk hibah dan patuh syariah.
Mangsa, Razak Othman, 52, berkata dia menyertai skim berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan melaburkan keseluruhan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM100,000.
Katanya, kebanyakan mangsa terpedaya selepas yakin melihat rakan mereka yang lain mendapat keuntungan menerusi pelaburan itu.
Malah, pengasas syarikat berkenaan mendakwa terbabit dengan pelbagai program amal dan membuat perjumpaan di hotel terkemuka menyebabkan mangsa yakin dengan skim berkenaan.
"Pada tahun pertama dan kedua, saya menerima pulangan keuntungan pelaburan itu antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap bulan.
"Sehinggalah pada Mac tahun lalu, pengasas syarikat itu memaklumkan bahawa bayaran tidak dapat dijelaskan kerana beberapa kekangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini sudah setahun berlalu menyebabkan kami berasa tertipu," katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini, semalam.
Razak berkata, wang pelaburan membabitkan kesemua mangsa dianggarkan berjumlah RM500 juta.
Mangsa turut melakukan carian dan semakan mengenai syarikat itu dan mendapati akaun berbilion ringgit yang didakwa milik pengasasnya adalah palsu.
Sementara itu, pesara syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Mahani, 53, berkata dia menyertai skim berkenaan pada 2019 selepas dua kali menghadiri perjumpaan di sebuah hotel di sini, yang ketika itu disertai seramai 3,000 ahli.
Dia melaburkan sebanyak RM19,200 wang simpanan pencen ilat dan mendapat pulangan keuntungan antara RM800 hingga RM2,300 sebulan selama setahun.
"Saya pernah menghubungi pengasasnya beberapa bulan lalu tetapi talian dimatikan.
"Ada mangsa yang melabur lebih RM2 juta kerana terpedaya dengan skim ini, malah abang saya juga hampir menjual bas miliknya bagi menyertai pelaburan itu," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi mangsa, mahu dikenali sebagai Muhammad, 43, dari Bayan Baru, berkata pengasasnya memberi alasan bahawa wang syarikat itu diseleweng oleh kakitangan pengurusannya.
"Jika benar, mengapa dia tidak buat laporan polis malah difahamkan dia masih aktif dan berselindung di sebalik kerja amal di sekitar negeri ini.
"Laporan polis juga sudah dibuat beberapa kali sebelum ini supaya siasatan dapat dijalankan dan berharap mangsa yang lain tampil bagi membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/30-individu-terpedaya-skim-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemputan Menyertai Zoom Meeting Pelaburan Emas Patuh Syariah Quantum Metal Jam 8 30 Malam Ini Semua Dijemput Joint

Jemputan Menyertai Zoom Meeting Pelaburan Emas Patuh Syariah Quantum Metal Jam 8 30 Malam Ini Semua Dijemput Joint

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 467 hits
Rakyat Malaysia yang tercari cari peluang menjana pendapat menerusi platform yang jelas dan kini dipelawa menyertai skim pelaburan emas yang diperkenalkan oleh syarikat Quantum Metal Sdn Bhd Sebagai permulaan sila tonton video rakaman TV Al...
Prestasi Dana Unit Trust Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Trust Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya Sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility Pks Bsn Dengan Pinjaman Sehingga Rm250 000 Mohon Secara Online Sahaja

Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility Pks Bsn Dengan Pinjaman Sehingga Rm250 000 Mohon Secara Online Sahaja

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 294 hits
Bank Simpanan Nasional mempelawa usahawan mikro dalam bidang pertanian untuk memohon Skim Pembiayaan Agrofood Facility sehingga RM250 000 Jadi untuk menggalakkan dan meningkatkan pengeluaran makanan untuk kegunaan domestik dan eksport BSN t...
Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Iksk Kedah Sebanyak Rm5000

Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Iksk Kedah Sebanyak Rm5000

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 451 hits
Permohonan Pinjaman Perniagaan 2021 Usahawan negeri Kedah khususnya yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh memohon bantuan melalui Inisiatif Kedah Sejahtera...
Semakan Baki Pinjaman Kereta

Semakan Baki Pinjaman Kereta

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 494 hits
SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA Kuasa beli rakyat Malaysia sememangnya agak tinggi dan inilah yang digunakan oleh institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan untuk pembelian kereta terpakai dan baru Kebanyakkannya mesti memiliki...
Hiburan Sedar Pekerja Juga Ada Komitmen Mila Jirin Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji

Hiburan Sedar Pekerja Juga Ada Komitmen Mila Jirin Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 309 hits
Banyak perniaga yang terjejas atas akibat pandemik COVID 19 yang melanda di negara kita sekarang ini Tidak terkecuali penyanyi dan usahawan terkenal Mila Jirin juga sedang mengalami detik sukar ketika ini namun dia hanya mampu berserah sega...
Video Nasabah Resah Ditransfer Uang Jutaan Dilacak Modus Pinjaman Online

Video Nasabah Resah Ditransfer Uang Jutaan Dilacak Modus Pinjaman Online

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 195 hits
Seorang nasabah bank mendapat transfer dari perusahaan jasa transfer dana Rp1 5 juta Setelah ditelusuri ternyata pinjaman online
Grep Mara 2021 Pinjaman Pasca Siswazah Bagi Sarjana Doktor Falsafah

Grep Mara 2021 Pinjaman Pasca Siswazah Bagi Sarjana Doktor Falsafah

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 338 hits
GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME MARA 2021MARA telah menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told