30 Eksperimen Sains Mudah Buat Di Rumah Untuk Musim Pkp Covid 19


Untuk PKP musim COVID-19 nih rasanya, ramai mak ayah yang mati kutu dengan anak-anak nak buat apa, sebab cuti panjang sangat. Cikgu-cikgu pun panik, bagi kerja online sampai kadang-kadang belajar dalam keadaan tertekan, sedangkan sepatutnya pembelajaran sepatutnya jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.


30 Eksperimen Sains Mudah Buat di Rumah Untuk Musim PKP COVID-19
Jadi saya kongsikan kat sini 10 aktiviti ataupun eksperimen sains yang mudah, dan boleh mak ayah laksanakan sendiri bersama anak-anak di rumah untuk cuti nih. Eksperimen ini semuanya menggunakan bahan-bahan yang inshaAllah ada kat rumah, kalau takdek pun sangat senang dicari. Dan yang paling penting, adalah eksperimen yang memang anak-anak kita ada belajar kat sekolah.

OK, jangan lupa juga SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi untuk lebih banyak video pembelajaran Sains yang menarik. Jom selamat mencuba!


Aktiviti 1 - Poster Tumbuhan
Minta anak-anak tangkap gambar tumbuhan yang ada di sekeliling rumah yang boleh dijadikan ubat tradisional. Tentu banyak kan. Lepas tangkap gambar mintak mereka edit guna fon dan tuliskan nama tumbuhan serta kegunaannya. Pastu share dalam group keluarga.




Aktiviti 2 - DIY Enzim Sampah
Sisa makanan kat rumah yang banyak-banyak sempena PKP nih jangan buang. Simpan sket untuk gunakan buat Enzim Sampah. Mudah saja. Dengan menggunakan nisbah 1 : 3 : 10, anda boleh bersama-sama siapkan enzim nih. Lepas 3 bulan dah boleh tuai. Yeay, dapat baja free akhirnya!




Aktiviti 3 - Faktor Pengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
Saat genting masa PKP, roti Gardenia susah nak dapat. Jangan risau, boleh je gantikan dengan lebih makanan yang sama. Pun akan dapat hasil yang sama nanti. Anak-anak boleh nampak bagaimana faktor macam kelembapan, cahaya dan lain-lain boleh pengaruhi pertumbuhan kulat. Euww..




Aktiviti 4 - Bina Model Mikroorganisma
Satu lagi cara nak paksa anak-anak belajar adalah dengan mintak mereka mencipta model. Secara tak langsung, anak kena juga study, buka buku, tengok Internet nak cari maklumat pasal model tersebut. Dicadangkan juga menggunakan bahan-bahan terpakai yang banyak kat rumah tu. Jadi tak perlu lah nak ke kedai buku beli yang lain-lain. Guna je apa yang ada.




Aktiviti 5 - Xilem Angkut Air
Ini pun aktiviti mudah nak tunjukkan bagaimana air diangkut oleh xilem dalam tumbuhan. Hanya guna batang saderi / sawi / tumbuhan hijau yang tak tebal dan pencelup saja. Kalau nak nampak hasil yang lebih baik, pencelup tu kasik pekat sket.




  SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi


Aktiviti 6 - Wayang Kulit 
Aktiviti Sains Tingkatan 1 ini adalah bagi tajuk ciri-ciri cahaya. Jadi mintak anak buat wayang kulit, dengan menggunakan pelbagai jenis material. Nanti dia akan nampak bahawa permukaan legap akan menghasilkan bayang. Pilih lah kisah-kisah teladan yang ada di Malaysia dan juga di luar negara.




Aktiviti 7 - Jenis Darah
Aktiviti simulasi jenis darah ini pun gunakan bahan yang sangat mudah, iaitu pencelup merah, dan tepung je. Untuk bikar tu boleh gantikan dengan bekas-bekas yang sesuai, macam tin susu, botol mineral yang dipotong etc. Anak-anak akan belajar bahawa ada 4 jenis kumpulan darah, dan setiap jenis pun ada yang boleh bercampur (terima darah) dan ada yang tak boleh.




Aktiviti 8 - Solar Cooker
Aktiviti nih hanya gunakan kotak kasut dan aluminium foil. Mintak anak-anak lukis dulu supaya dia ada gambaran apa benda dia nak buat nih. Sebab target akhir adalah kita nak masak gunakan solar cooker yang dihasilkan. Dengan cuaca yang panas macam sekarang, saya rasa satu keluarga boleh makan telur yang digoreng guna solar cooker hasil buatan sendiri. Jom cuba!



Aktiviti 9 - Denyutan Nadi
Aktiviti mudah ini hanya memerlukan kemahiran anak-anak ambil denyutan nadi masa dia berehat, berjalan dan berlari. Lepas habis aktiviti boleh lah mintak anak-anak buat kesimpulan daripada catatan dia. Barulah sehat musim-musim PKP nih.




Aktiviti 10 - Fototropisme
Fototropisme adalah gerakbalas tumbuhan terhadap cahaya. Bagi eksperimen ini anda boleh gunakan kacang hijau dan bikar boleh digantikan dengan botol mineral yang dipotong. Letak di tempat yang ada cahaya, dan minta anak-anak buat pemerhatian pada biji kacang pada setiap hari sehingga seminggu.




Aktiviti 11 - Kereta Belon
Aktiviti menarik ini juga menggunakan bahan yang mudah dapat, iaitu belon, botol mineral, straw dan getah. Boleh mintak anak-anak buat pelbagai jenis design dengan buat ubahsuai supaya dia boleh nampak apa beza jika ada perubahan. Akhirnya kita buat pertandingan.




  SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi


Aktiviti 12 - Model Bangunan Hijau
Mak ayah juga boleh bersama anak-anak untuk hasilkan model bangunan yang mesra alam nih, atau kita panggil Bangunan Hijau. Fikirkan konsep Teknologi Hijau yang nak diterapkan pada model. Mulakan juga dengan isu setempat dan keadaan sekeliling yang anak-anak boleh kaitkan. Kemudian mintak dia bentang apa yang dia nak buat, kenapa dan mengapa.




Aktiviti 13 - Model Sistem Suria
Satu lagi aktiviti menarik adalah membina model sistem suria. Anak-anak boleh gunakan kertas surat khabar lama, atau bungkusan atau apa-apa bahan terpakai untuk dijadikan asas planet.




Aktiviti 14 - Label Makanan
Mak ayah dapatkan 3 jenis pembungkus makanan. Minta anak-anak senaraikan apa maklumat yang ada pada setiap bungkusan. Kemudian carilah apa persamaan dan perbezaan pada maklumat yang ada pada 3 bungkusan tadi.




Aktiviti 15 - Baldi Inersia
Aktiviti ini boleh menggunakan baldi atau bekas yang sama fungsi seperti tin, botol mineral dan lain-lain. Mudah saja, mintak anak teka baldi berisi batu atau baldi yang kosong akan berhenti dulu jika dihayunkan. Kemudian mintak dia buat eksperimen untuk lihat betul ke tak, pilihan dia berhenti dulu. Anda pun pasti terkejut nanti.



Aktiviti 16 - Water Filter
Tugasan ini anak-anak kena bina penapis air yang berkesan. Jadi bekalkan mereka dengan botol mineral yang besar. Selain itu anak-anak boleh gunakan apa saja bahan yang ada di rumah, seperti tisu, kapas, serbuk kayu dan sebagainya. Jika terus berjaya dapat air bersih, TAHNIAH! Jika tak berjaya, minta anak buat modifikasi apa yang perlu diubah supaya dapat hasil air yang lebih baik.




Aktiviti 17 - Origami Angkasa
Mungkin ramai kita yang tak tahu bahawa banyak kejuruteraan di angkasa dapat diselesaikan dengan menggunakan penyelesaian mudah iaitu Origami. Ini adalah salah satu contoh origami yang saya pelajari ketika saya ikut kursus guru bersama NASA di US Space and Rocket Centre tahun 2018. Cuba lah!




  SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi


Aktiviti 18 - Aiskrim Goyang
Yes! Ini aktiviti kesukaan budak-budak saya. Memang mudah, dan best sekali sebab semua boleh makan bersama-sama. Selain daripada gunakan kain untuk goyangkan aiskrim tu, anda juga boleh masukkan dalam tin biskut kemudian goncang.




Aktiviti 19 - Flipped Notes Kelas Makanan
Aktiviti ini memerlukan 7 kertas warna yang pelbagai supaya nak nampak cantik. Setiap satu kertas adalah untuk satu kelas makanan yang kita ada. Minta anak-anak lukis gambar, tulis fungsi dan bagi contoh setiap makanan.




Aktiviti 20 - Nutrien Pada Tumbuhan
Mintak anak ke taman di rumah, kemudian kenalpasti tumbuhan yang bermasalah. Mintak mereka lukis atau tangkap gambar dan cari tahu nutrien apakah yang menyebabkan tumbuhan tersebut tidak tumbuh dengan baik.




Aktiviti 21 - Rantai dan Siratan Makanan
Aktiviti mudah nih hanya gunakan cawan kertas dan marker. Minta anak-anak tulis beberapa jenis tumbuhan dan haiwan, kemudian minta dia telangkupkan bermaksud makan haiwan tersebut. Tulis juga dalam sekeping kertas flow makanan tersebut.



Aktiviti 22 - Baju Sistem Badan
Jika tengah mengemas baju-baju musim PKP nih terjumpa baju yang sudah tak digunakan, maka bolehlah bagi anak conteng-conteng dan tunjukkan kreativiti. Macam contoh nih adalah sistem badan manusia yang pelbagai. Pastu boleh gantung dan jadikan hasil kerja kreatif anak.




Aktiviti 23 - Kromatografi
Aktiviti ringkas ini hanya menggunakan M&M, pencungkil gigi dan juga kertas A4 kosong je.. nak try guna tisu pun boleh.




Aktiviti 24 -Timbul atau Tenggelam
Aktiviti mudah nih boleh gunakan pelbagai barang yang ada di rumah kita. Ambik besen atau baldi, masukkan air dan letak barang-barang tadi satu persatu. Minta anak-anak buat catatan, apa objek yang tenggelam dan apa yang timbul. Kaitkan boleh tenggelam atau timbul dengan ketumpatan. Iaitu, kalau timbul, maksudnya kurang tumpat berbanding air. Kalau tenggelam, maksudnya lebih tumpat berbanding air.



SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi


Aktiviti 25 - Buat Pelangi
Mesti anak-anak excited kan nak hasilkan sendiri pelangi. Bahan nak buat pun sangat mudah, hanya guna besen, cermin dan air. Skrin paparan tu boleh tembak ke dinding saja.



Aktiviti 26 - Diorama Kitar 
Tentu masih teringat projek diorama masa sekolah rendah kan. Gantung-gantung binatang, tumbuhan semua tu. Boleh lah cuba dengan anak-anak untuk tajuk kitar nitrogen, kitar air dan pelbagai lagi tajuk yang sesuai.




Aktiviti 27 - Kitar Haid
Bagi tajuk kitar haid, bolehlah mak ayah perkenalkan kepada anak-anak melalui aktiviti ini. Gunakan pinggan kertas saja. Kalau tak ada, gunting kertas biasa dalam bentuk bulat pun dah ok. Boleh minta anak-anak study apa yang berlaku pada setiap fasa juga.



Aktiviti 28 - Doh Roti
Musim PKP nih ramai yang suka buat kek, donut, makan apa semua kan. Jadi sebelum nak buat donut tu, boleh lah buat 2 bekas doh roti. Satu ditambah dengan yis (ragi / Mauripan etc) dan satu lagi tak payah tambah. Mintak anak tengok apa beza doh yang diuli dengan yis, dan doh yang takdek yis. Lepas dah buat pemerhatian, boleh lah sambung uli buat donut dan makan beramai-ramai.




Aktiviti 29 - Cipta Alat Pemadam Api
Banyak bahan yang ada kat rumah tu, boleh lah minta anak-anak explore, apa yang boleh memadamkan api dan apa yang tidak. Boleh guna bahan macam cuka, tepung dan sebagainya. Letakkan juga sedikit syarat ketat seperti tidak menggunakan air ke, barulah aktiviti jadi lagi mencabar.




SUBSCRIBE channel Cikgu Hailmi


Aktiviti 30 - Kamera Lubang Jarum
Bekas botol macam Pringles dan Mister Potato tu jangan buang. Sebaliknya boleh gunakan untuk buat kamera lubang jarum nih untuk anak belajar tajuk cahaya. Hanya guna botol tadi tu, aluminium foil dan kertas surih. Kalau takdek kertas surih boleh jer lembabkan kertas A4 guna minyak untuk dapat hasil yang sama.





Tudia! Selesai perkongsian saya tentang 30 eksperimen atau aktiviti sains yang mudah yang anda boleh buat di rumah sepanjang musim PKP COVID-19 nih. Bukan untuk seronok-seronok saja, tetapi aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang ada dalam pembelajaran Sains bagi murid sekolah menengah. Best kan? Happy happy main-main camnih pun boleh belajar jugak.

Jadi jangan buang masa, jom kita berkreatif!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2020/03/30-eksperimen-sains-mudah-buat-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 844 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 banyak memberi kesan ekonomi kepada kita Yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan kecil pendapatan mereka terjejas Yang bekerja makan gaji secara gaji harian meman...
Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 3141 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang PKP Musim COVID 19 Hai Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan YB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 baru baru ini internet percuma 1GB set...
Covid 19 Makan Apa Yang Ada Disekeliling Rumah Jer Semenjak Pkp Dilaksanakan

Covid 19 Makan Apa Yang Ada Disekeliling Rumah Jer Semenjak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 477 hits
Kami sembilan beranak hanya makan makanan yang boleh didapati di sekeliling rumah seperti ubi kayu keladi pucuk ubi dan ikan yang didapati dalam parit seperti puyu serta sepat Itulah yang dikatakan oleh Abdul Hadi Yunus 50 dari kampung Pari...
Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 379 hits
Tempoh PKP yang disambung sehingga 14 April ini pastinya membuatkan ramai diantara kita mula tercari cari pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan rasa bosan Aktiviti bersama anak anak pastinya dapat menjalinkan hubungan yang lebih...
Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 874 hits
Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya wabak Covid 19 semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia Setakat artikel ini di tulis seramai 428 orang telah dijangkiti coronavirus menjadi...
Covid 19 Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui Pkp Fasa Dua

Covid 19 Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui Pkp Fasa Dua

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 248 hits
KUALA TERENGGANU 2 April Kerajaan negeri dengan kerjasama semua pihak dan agensi agensi barisan hadapan akan memastikan suasana kes COVID 19 di Terengganu lebih terkawal dan dengan pelaksanaan baru Perintah kawalan Pergerakan fasa dua ini M...
Cara Membuat Pasta Di Rumah Mudah Dan Enak

Cara Membuat Pasta Di Rumah Mudah Dan Enak

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 242 hits
Berikut cara membuat pasta apabila Anda ingin berkreasi di rumah
Covid 19 208 Kes Baru 5 Kematian 10 April Jadi Penentu Pkp Diteruskan Atau Sebaliknya

Covid 19 208 Kes Baru 5 Kematian 10 April Jadi Penentu Pkp Diteruskan Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 298 hits
COVID 19 208 kes baru 5 kematian 10 April jadi penentu PKP diteruskan atau sebaliknyaMalaysia hari ini mencatatkan lima kes kematian akibat Covid 19 setakat jam lima petang Khamis 2 April 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham A...
Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna Magic Sponge

Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna Magic Sponge

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 676 hits
hi there Cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGE menjadi seorang surirumah memerlukan kita untuk mengetahui life hacks yang menyenangkan kerja kerja surirumah Hari hari duduk rumah boleh stress mak mak surirumah selalu berdep...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Ai Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka Saya Akan Lebih Berhati Hati

Dah Tumpang Bermalam Pandai Pandai Je Kemas Rumah Orang

Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source