3 Tips Simpan Telur Supaya Segar Dan Tahan Lama
3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama.
Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan makan telur separuh masak atau telur rebus 2 biji di waktu pagi. Tahu kan dengan amalkan telur setiap hari boleh meningkatkan metabolisma badan? Bila metabolisma badan makin tinggi, semakin banyak kalori ‘dibakar’ dan dapat mencegah kenaikan berat badan.
Bukan saya je yang suka makan telur ayam ni, anak-anak pun suka juga. Terutama telur mata digoreng, makan dengan kicap dan nasi putih panas. Memang berselera diorang.
Selalunya saya akan beli telur satu sarang tu untuk stok 2 minggu. 30 biji untuk 2 minggu, tapi sekali-sekala kalau saya gantikan sarapan dengan roti wholemeal dan peanut butter tanpa gula, dapatlah stok telur tu bertahan untuk 3 hingga 4 minggu.
Tapi selamat ke nak makan telur tu kalau disimpan untuk tempoh berminggu-minggu tu?
3 tips simpan telur
Gambar dari Google
Ok jom kita baca cara untuk simpan telur supaya tahan lama dan kita pun yakin untuk memakannya. Info yang saya kongsikan ni, saya terbaca di laman Facebook Public Health Malaysia. Memang bagus untuk kita semua tahu cara atau tips simpan telur ni untuk pastikan ianya selamat untuk dimakan.
Simpan telur di dalam peti ais.
Kalau nak tahu kuning telur mempunyai bakteria yang dikenali dengan nama Salmonella. Dengan menyimpan telur di dalam peti ais dengan suhu 4°C, bakteri ini dapat dibunuh. Dan telur juga akan tahan lama untuk tempoh sehingga 4 hingga 5 minggu.
Jangan letak telur di pintu peti ais.
Ha yang ni rasanya ramai orang buat. Simpan telur di pintu ais. Sebenarnya salah ya sebab suhu peti ais ini sentiasa akan dibuka dan ditutup. Jadi pintu ais ni dekat dengan suhu luar. Suhu yang berubah-ubah dan tidak stabil ini semestinya akan memendekkan jangka hayat telur.
Gunakan bekas asal telur.
– Nak tahu sebab apa lebih baik guna bekas asal telur? Ianya boleh elak telur dari pecah.
– Kemudian ia dapat mencegah telur dari menyerap bau dan rasa bahan yang yang ada dalam peti ais.
-Kita juga masih boleh melihat tarikh luput yang ada di bekas tersebut.
– Dan bila kita simpan telur dalam keadaan tegak ianya akan pastikan telur kuning akan sentiasa berada di tengah.
Tips tambahan tentang telur
Korang basuh tak telur sebelum masak? Kalau ya, memang terbaik!! Itu yang sangat penting.
Bila simpan telur dalam peti ais tak perlu basuh dulu tau. Basuh bila kita hendak masak telur tu sahaja, okay? Kenapa? Sebab masa proses bertelur, ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Dia lebih kurang protective layer yang menutup liang-liang di permukaan telur untuk elak kemasukan kuman selain bantu kekalkan kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jadi, kalau telur dibasuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang.
Takkan nak simpan telur yang bernajis dalam peti ais?
TAPI.. Takkan kita nak masukkan telur yang ada najis dalam peti ais? Nanti bercampur pulak dengan makanan yang ada dalam peti ais kan?
Jadi nak tau apa yang saya buat? Saya basuh telur yang terkena najis sahaja. Mana-mana yang kulitnya bersih tu saya simpan terus dalam peti bersama sarangnya. Jadi mana-mana telur yang saya dah basuh, itu yang saya utamakan untuk dimasak terlebih dulu.
Sebab telur yang sudah dibasuh ni, jangka hayatnya cuma dalam beberapa hari sahaja.
Faham ya?
Selalunya yang ambil tahu tentang keperluan dapur ni dah semestinya para ibu. Jadi para ibu bolehlah take note dan kongsikan kepada ahli keluarga yang lain.
Kes keracunan akibat telur tamat tempoh
Pernah dengar kan ada kes keracunan makanan selepas makan puding buih satu masa dulu? Memang puncanya dari penggunaan telur yang telah tamat tempoh.
Sikap ambil mudah ni memang patut dielakkan. Sebab telur yang sudah tamat tempoh atau kulitnya retak, akan tercemar dengan kuman Salmonella.
Kuman Salmonella ni boleh menyebabkan gejala demam, muntah, sakit perut dan boleh juga menyebabkan kematian. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan menjadi keluarga sendiri kan?
Diharap perkongsian 3 tips simpan telur ini bermanfaat untuk semua ya. Daaa
The post 3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/12/3-tips-simpan-telur-supaya-segar-dan-tahan-lama.html