3 Tips Motivasi Diri Untuk Berjaya Yang Selalu Diabaikan
Motivasi diri untuk berjaya timbul acapkali apabila ada kesedaran yang mendalam. Namun kita sendiri sedar yang motivasi ini boleh tenggelam dan timbul mengikut rentak hidup kita. Masa tengah hepi memang kita akan fikir macam-macam nak buat itu ini, tengah semangat la katakan. Tapi bila tengah down, semua benda tak menjadi dan kita jadi malas nak terus bangun dan fight untuk teruskan impian. Macammana pun, kita kena kuat untuk terus bertahan.
Tips pertama motivasi diri untuk berjaya ialah FOKUS. Ini bermakna kita tahu apa yang kita nak. Elakkan dari letak target banyak sangat sampai mana satu dulu nak capai pun kita tak tahu. Apa jua yang kita buat dan rancang mestilah menjurus ke arah target yang kita ingin capai. Jangan buat perkara yang tidak berfaedah atau melaksanakan aktiviti yang mencapah dan jauh dari apa yang ingin kita plan. Ironi manusia ini mudah bosan jadi kita akan buat sesuatu yang berlainan dari impian kita kononnya sebagai menghilangkan rasa boring walhal kita yang tidak fokus sebenarnya.
Tips yang kedua adalah JANGAN PUTUS ASA – selalu mohon pada Alllah swt agar kita berjaya suatu hari nanti. Tips ini nampak mudah tapi ramai tak buat. Semudah mengangkat tangan dan berdoa tapi lebih ramai orang percaya bahawa Allah swt itu Maha Tahu isi hati kita jadi kita tak perlulah luahkannya. As simple as that! Itulah kelemahan manusia dan untunglah manusia yang tahu rahsia Allah swt ini. Tuhan Maha Mengetahui tetapi tahukah kita bahawa Allah swt sangat suka akan hambanya yang suka mengadu padanya. Itulah kunci kejayaan. Kita mesti mengadu dan mengaku bahawa kita insan yang lemah. Hanya Allah swt yang gagah maka mengadulah dan mohon pertolongan dari Allah swt. Allah swt pasti menolong dengan menurunkan malaikat-malaikatnya untuk membantu kita. Jangan putus asa, teruskan usaha dan doa sampaikan kejayaan itu sampai.
Tipe ketiga ialah BERTINDAK. Selain berdoa kita mestilah bertindak dengan cara berusaha bersungguh-sungguh. Tiada perkara yang makbul sebegitu mudah melainkan kita usaha dahulu.
Kesimpulannya, motivasi diri untuk berjaya perlu selaras dengan norma-norma kehidupan yang terarah kepada hasrat yang dikehendaki. Perasaan malas, menyerah sahaja tanpa usaha yang bersungguh tidak akan menggerakkan kita ke mana-mana.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://affiliatesecretfornewbie.com/3-tips-motivasi-diri-untuk-berjaya-yang-selalu-diabaikan/