3 Resipi Dari Olahan Coklat Padu Rasa


Coklat merupakan salah satu simbol kasih sayang. Tidak hairan ramai yang memberi coklat pada yang mereka cintai. Selain itu coklat juga memberi manfaat untuk kesihatan
Biji koko kaya dengan nutrisi tanaman yang disebut flavanoid. Coklat hitam adalah yang paling banyak mengandungi nutrisi tersebut. Apa manfaat dari flavanoid? Zat tersebut memiliki sifat antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, menurut pakar kesihatan dari Universitas Harvard, makan coklat dalam jumlah sederhana juga mengurangkan risiko atrial fibrillation-keadaan detak jantung yang tidak teratur yang dapat meningkatkan risiko stroke, gagal jantung, dan komplikasi jantung lainnya.
Selain itu memperbaiki otot lebih cepat Setelah berolahraga, jangan lupa minum atau makan coklat kerana dipercayai dapat memulihkan tubuh lebih cepat, terutama pada bahagian otot. Kurang percaya? Sebuah kajian dari University of Texas di Austin menemui bahawa atlet yang minum coklat rendah lemak setelah latihan–bukan minuman olahraga berasaskan karbohidrat atau minuman bebas kalori–mengalami pemulihan lebih cepat.
Minum dan makan coklat juga dapat meningkatkan kemampuan otak Kalau anda mulai sering lupa, cuba ambil coklat. Mungkin dahulu orang tua pernah melarang kita makan coklat kerana akan merosakkan kulit. Ternyata, makan coklat dapat memperbaiki kulit. Beberapa penelitian mengungkapkan coklat dapat membantu melindungi dari sinar UV yang berbahaya. Tapi sebaiknya memilih coklat yang rendah gula kerana kebanyakan gula akan meningkatkan risiko munculnya jerawat.
Jika merasa terlalu banyak makan, coklat hitam boleh jadi penyelesaian untuk menurunkan nafsu mengunyah lebih banyak lagi. Makan coklat hitam dapat membantu mengatur nafsu makan, menurut sebuah penelitian kecil oleh para peneliti Universiti Kopenhagen. Hal itu berlaku kalau anda menyukai makanan manis, masin atau berlemak.
Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala. Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.

BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscoth’
50gm cip coklat strawberi
BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 150C.
2.Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
3.Masukkan telur dan esen vanila.
4.Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.
5.Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata.
6.Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk.
7.Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
8.Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit.
9.Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai.
10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan 90 keping
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Terdapat badam da oat di dalamnya
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 20
RESIPI: TERIMA KASIH NOOR HASLINDA ABDULLAH, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG SELANGOR.

KEK COKLAT BUCKEYE
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MEMBUAT INTI MENTEGA KACANG:
180gm mentega kacang
125gm krim keju
30gm gula ising
1 biji telur | dipukul
3 sudu makan susu segar
UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT
230gm air
170gm mentega
1 sudu makan serbuk kopi segera
250gm tepung
75gm koko
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
350gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
110gm yogurt
UNTUK MEMBUAT SALUTAN COKLAT :
115gm krim tenusu
1 sudu makan gula
2 sudu makan sirap jagung
60gm mentega kacang
120gm coklat hitam
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat isian mentega kacang, putar semua bahan sehingga licin. Ketepikan.
2.Untuk membuat kek coklat, panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang acuan bulat berbentuk cincin yang mempunyai lubang di tengahnya.
3.Air, mentega dan serbuk kopi dimasak bersama sehingga menggelegak.
4.Tepung, koko, baking soda dan garam ditapis bersama. Masukkan campuran air panas tadi dan diikuti dengan telur, esen vanila dan yogurt. Gaul sebati.
5.Tuangkan ¾ adunan ke dalam loyang. Sudukan isian mentega kacang di tengah-tengah loyang. Tuangkan adunan selebihnya dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
6.Untuk membuat salutan coklat, panaskan bahan-bahan menggunakan kaedah double-boil sehingga coklat licin dan berkilat. Tuangkan pada kek untuk hiasan.
7.Sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 15 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan : Kek
Keistimewaan : Mempunyai elemen kejutan, ada mentega kacang di tengah-tengah kek coklat
Jenis Masakan : Pencuci mulut
Cara Memasak : Bakar
Anggaran Kos : RM 35-RM40
TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH

KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN :
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt
CARA MEMASAK :
1.Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
2.Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
3.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
4.Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
5.Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
6.Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
7.Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
8.Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 8 hingga 10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mewah coklat putih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 35-RM40
INFO CHEF : Hiaskan dengan coklat hitam dan putih yang dicairkan bersama buah-buahan masam seperti strawberi.
TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/3-resipi-dari-olahan-coklat-padu-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

Rasa Anak Emak Anak Bapak Ozlynn Kongsi Resipi Kari Kepala Ikan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 683 hits
RASA kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod pertama yang bersiaran hari ini menampilkan selebriti cantik manis Ozlynn dan bapanya Encik Ismail sebagai tetamu jemputan Ozlynn sememangnya antara selebriti tanah ...
Resipi Puding Coklat Sempoi

Resipi Puding Coklat Sempoi

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 204 hits
Selamat berpuasa semua Hari aku nak share resipi penyejuk tekak untuk berbuka Resipi Puding Cokelat Sempoi
Cendana Dan Dbkl Lancar Panggung Rakyat Untuk Pupuk Rasa Penghargaan Yang Lebih Mendalam Terhadap Sejarah Budaya Negara

Cendana Dan Dbkl Lancar Panggung Rakyat Untuk Pupuk Rasa Penghargaan Yang Lebih Mendalam Terhadap Sejarah Budaya Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 353 hits
Hi Korang Dalam pada rakyat Malaysia bersatu meraikan perpaduan serta menzahirkan rasa patriotisme dan cinta terhadap negara sempena bulan kemerdekaan ini Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mel...
Rasa Macam Nak Tukar Template Blog Baru

Rasa Macam Nak Tukar Template Blog Baru

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum Hi kome Ntah kenapa tiba tiba harini macam terpanggil nak update entri kat blog ni haha Bila tatap sedalam dalam blog ni rasa macam blog ni perlukan baju baru lah Dah terasa lama sangat blog ni tak bertukar baju nya Bila dif...
Rasa Kebas Sakit Mencucuk Di Pergelangan Tangan Apa Penyakit Anda

Rasa Kebas Sakit Mencucuk Di Pergelangan Tangan Apa Penyakit Anda

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 896 hits
Pernah dengar tentang CARPAL TUNNEL SYNDROME CARPAL TUNNEL SYNDROME Penyakit dimana berlaku tekanan pada pergelangan tangan disebabkan penggunaan tangan untuk tempoh yang lama pada PERGERAKAN yang berulang ulang dan apa apa keadaan yang com...
Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 552 hits
Dilema bagi mak mak terpaksa tolak undangan sebab komitmen Sebagai ibu dalam apa juga keputusan anak bukanlah menjadi alasan anak adalah keutamaan Hanis Zalikha menyuarakan isi hatinya yang terpaksa menolak undangan pada sebelah malam keran...
Tu Akhbar Pertama Aku Baca Masa Kecik Didakwa Bakal Tutup Netizen Dan Selebriti Zahir Rasa Sedih

Tu Akhbar Pertama Aku Baca Masa Kecik Didakwa Bakal Tutup Netizen Dan Selebriti Zahir Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 318 hits
Malam tadi kita dikejutkan dengan perkhabaran bahawa syarikat Utusan didakwa bakal ditutup esok Namun buat masa ini Pengerusi Eksekutif Utusan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir masih belum menyatakan tarikh sebenar tentang perkara berkenaan Mesk...
Tragedi Ikan Mati P Pinang Akui Tak Dapat Sembunyi Rasa Malu

Tragedi Ikan Mati P Pinang Akui Tak Dapat Sembunyi Rasa Malu

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 230 hits
WAWANCARA Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah pada Sidang Kemuncak Makanan Laut Dunia 2019 yang akan dihadiri kira kira 350 perwakilan bulan depan Bagaimanapun negeri itu kini berhadapan dengan isu apabila kira kira 50 000 ikan dilaporkan ...
Rasa Ayam Green Chili Crunch Kfc Malaysia

Rasa Ayam Green Chili Crunch Kfc Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 429 hits
Sekarang ni orang dok sibuk dengan Ayam Goreng McD 3x pedas tapi memandangkan saya masih tak berani nak makan makanan yang pedas kerana pembedahan yang aku lakukan tempohari maka saya abaikan je semua tu Lagipon perut saya ni bukan yang jen...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi