3 Resepi Masakan Telur Ikan Mayong


Dulu telur mayong ni memang mudah umi dapat bila ke rumah kakak yang dulunya menetap di Melaka. Telur ikan mayong ni ada yang besar dan kecil dan juga ada yang lembut dan keras tapi semuanya memang sedap

  Isi Kandungan  
Telur mayong ni kalau tidak kena caranya, memang tak lalu nak makan sebab hanyir, jadi bolehlah cuba tip dan resepi dibawah dalam cara menyediakan juadah dari telur ikan mayong. Sedap sampai lupa diet tau!


Cara Penyediaan telur mayong sebelum dimasak
Basuh telur ikan, rendam dalam air kapur dalam 30 min dan dibasuh dengan air biasaPanaskan periuk pengukus dan masukkan telur yang diletakkan di dalam loyang pengukus. Kukus selama 15 - 20 minit. Jangan kukus terlalu lama kerana telur akan menjadi liat saperti getah.Angkat dan buang air yang keluar dari telur tersebut. 


Gulai Cili Api Telur Mayong 


Bahan-bahan:-
Telur ikan mayong
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 atau 2 batang serai diketuk
5 biji belimbing buluh - dibelah dua
Sehelai daun kunyit dipotong ikut kesukaan
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara penyediaan:-
Telur mayong dibersihkan dengan direndam dengan tepung dan limau kasturi dalam lebih kurang 1 jam kemudian dibuat usus yang melekat dengan berhati kalau tidak kampuh telur akan koyak dan telur akan pecah.


Cara memasaknya:-

Masukkan bahan yang dikisar tu kedalam periuk dan direnih hingga agak kering supaya bahan tu masakMasukkan asam keping dan serai yang diketukMasukkan 1/2 cawan air dan bila nampak menggelegak, masukkan telur dan daun kunyit.Bila telur tu nampak dah separa masak, terbalikkan dengan cermat ya kalau tidak telur tu akan pecah dan kalau perlu tambah airMasukkan santan cair dan belimbing buluh dan dikacau perlahanBila kuah dah menggelegak, masukkan santan pekat dan perlahan kan api.Dikacau biar santan sebati dan tutup api, letakkan garam secukup rasa




Gulai Telur Ikan MayongBahan 
Telur ikan mayong
2 sudu rempah ikan, dicampur dengan air hingga menjadi pes
1 mangkuk air asam jawa
2 keping asam gelugur (optional)
1 cawan air
sedikit garam


Bahan - ditumis
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah, dihiris 
3 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu besar halba campur


Cara Penyediaan :

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga naik bau dan masukkan rempah kari ikan, tambah air (jika perlu) supaya rempah dimasak sempurnaBila rempah telah masak dan pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa, kacau biar sebati Apabila kuah sudah mendidih, masukkan telur ikan, kacau dan biarkan dimasak dalam 3 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan tutup api. 


Asam Pedas Telur Ikan Mayong


Bahan-bahan
Telur Ikan Mayong
1 mangkuk air asam jawa
1 kuntum bunga kantan, dibelah empat
1 biji tomato
3 helai daun limau purut
Garam dan gula
3 keping asam gelugur


Bahan dikisar
10 tangkai cili kering, direbus 
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan


Cara Membuat;

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik wangi dan pecah minyakMasukkan air asam jawa, kacau biar sebati dan masukkan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang diingini, jangan terlalu cair. Masukkan bunga kantan, kacau biar sebati hingga kuah mengelegakBila dah menggelegak masukkan telur ikan mayong dan biarkan seketika, masukkan bendi, tomato dan daun limau purut.Perasakan dengan garam secukup serta serbuk perasa. Siap




Resepi Pais Telur Ikan Mayong


Bahan-bahan
Telur ikan
1 mangkuk kelapa parut
7 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan
pes asam jawa
1 helai daun kunyit, dihiris


Cara Penyediaan:



Tumbuk cili kering, bawang putih , halia dan belacan hingga lumat, kemudian masukkan kelapa parut bersama, tumbuk hingga mesra dan akhir sekali masukkan pes asam jawa serta garam secukupnya.Balut telur ikan di dalam daun pisang bersama bahan yang ditumbuk serta daun kunyit hingga menutupi telurBakar dengan api perlahan, terbalikkan supaya telur masak di kedua-dua belah bahagian. Siap dan boleh dihidangkan!


Tip Supaya Telur Ikan Tak HanyirTelur ikan yang telah dibasuh, ditos kemudian bolehlah dibuat seperti cara-cara dibawah supaya telur ikan tidak berbau hanyir hingga boleh menghilangkan selera.      Cara 1 : Limau KasturiPerahkan jus limau kasturi ke dalam bekas berisi telur, gaul hingga serata. Biarkan dalam 10 minit kemudian dibilas dan toskan.


    Cara 2 : Air Asam JawaRendam telur ikan di dalam air yang dicampurkan dengan asam jawa dalam 10 ke 30 minit. Bilas dan toskan.


    Cara 3 : Air KapurRendam telur ikan di dalam air berisi air kapur beberapa minit, bilas dan toskan



Tip Telur Tidak Pecah Basuh telur ikan, toskan dan cuba tip-tip yang boleh dicuba supaya telur ikan tidak pecah sewaktu di masak.  tip 1 : KukusKukus telur didalam periuk pengukus dalam 15 minit. 


Tip 1: Rendam dahulu dalam air
telur ikan mayong


Bahan-bahan:


Telur ikan mayong
Air
Cara-caranya:


Rendamkan telur ikan yang hendak dimasak di dalam bekas berisi air dengan suhu bilik.
Masak kuah gulai, kari atau lauk anda terlebih dahulu sehingga mendidih.
Kemudian, tapis telur daripada air rendaman dan masukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Pastikan api lauk tidak terlalu kuat.
Kacau perlahan-lahan sehingga kuah kembali mendidih dan telur ikan agak masak.
Tutup api segera dan tutup periuk lauk anda. Biarkan telur masak sendiri dalam kuah yang masih panas. Cara ini boleh mengelakkan telur menjadi pecah dan terlebih masak. 


Tip 2: Rendam dengan air kapur
Bahan-bahan:


Telur ikan mayong
Air kapur
Air 
Cara-caranya:


Basuh atau bilas telur ikan sehingga bersih secara perlahan-lahan.
Kemudian, sediakan air kapur dalam besen atau bekas.
Rendamkan telur ikan yang telah dibasuh ke dalam air kapur selama 10 minit.
Setelah 10 minit berlalu, toskan telur ikan daripada air kapur dan bilas sehingga bersih.
Panaskan air dalam periuk dan rebus telur ikan seketika.
Sedia untuk dimasak dengan lauk kegemaran anda.






Basuh bersih telur ikan secara perlahan-lahan.
Kemudian, panaskan periuk kukusan yang telah berisi air.
Masukkan telur ikan ke dalam periuk.
Jika mahukan telur ikan yang benar-benar masak sepenuhnya, kukus ia lebih lama.
Setelah siap dikukus, anda boleh masukkan ke dalam kuah atau lauk anda.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/07/3-resepi-masakan-telur-ikan-mayong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ibu Berpantang Ikan Bawal Kukus Asam Jawa

Resepi Ibu Berpantang Ikan Bawal Kukus Asam Jawa

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 214 hits
BAHAN BAHAN Ikan bawal dikelar sedikitDua keping halia dihirisSekeping kunyit hidup dihiris1 sudu teh pes asam jawa AdabiLada hitam ditumbukGaram CARA CARA Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak Hidangkan
Resepi Ikan Kering Masak Sambal

Resepi Ikan Kering Masak Sambal

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 305 hits
Bahannya Segenggam lada kering 3 ulas bawang putih1 biji bawang merahBilis blender4 sudu gula1 cmca gramSedikit perasa2 sudu cuka tumis sampai kering pekat Cara2 Goreng ikan kering Toskan minyaknya Tumis bahan2 blender itu Masukkan air sedi...
Resepi Sambal Telur Rebus Berempah

Resepi Sambal Telur Rebus Berempah

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 289 hits
Resepi Sambal Telur Rebus Berempah Tentu bosan kalau masak sambal telur rebus macam biasa setiap masa maka kali ini pihak Kisah Resepi kongsikan pula cara buat sambal telur rebus berempah iaitu guna jintan manis dan ketumbar Lepas tu gabung...
Port Makan Ikan Bakar Seafood Masakan Ala Thai Di D Seafood Paradise Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang

Port Makan Ikan Bakar Seafood Masakan Ala Thai Di D Seafood Paradise Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 249 hits
D Seafood ParadiseRestoran D Seafood Paradise ni terletak di Jalan Teluk Tempoyak Batu Maung Pulau Pinang Di restoran kira port untuk korang nak menikmati makanan seafood la Semua seafood korang boleh pilih segar segar Ikut suka menu apa ya...
Resepi Ibu Berpantang Singgang Ikan Tenggiri

Resepi Ibu Berpantang Singgang Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 252 hits
BAHAN BAHAN Ikan tenggiri 3 keping besar3 ulas bawang putih dimayang7 ulas cili api2 cm lengkuas dihiris nipis2 cm kunyit hidup dihiris nipis3 keping asam gelugur4 cawan airgaram secukup rasa CARA CARA Ikan dipotong kecil dan dibersihkan Ma...
Asam Pedas Ikan Kerisi

Asam Pedas Ikan Kerisi

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 205 hits
Masak dan makan masa kami duduk dikampung bila duk kampung memang jarang lah nak keluar ke pekan semata nak cari makan tapi kalau dah malas sangat nak masak tu kena lah g jugak kan so bila balik kampung kak rose akan sentiasa pastikan simpa...
Acar Ikan Masin Talang Produk Industri Kecil Sederhana Kuala Kurau Pencetus Selera Hidangan

Acar Ikan Masin Talang Produk Industri Kecil Sederhana Kuala Kurau Pencetus Selera Hidangan

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 198 hits
ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN Assalammualaikum semua Program Lawatan Media Influencer Cuti Cuti Malaysia Perak 2023 pada 12 14 Julai 2023 anjuran Tourism Malaysia telah memberi R...
Sup Ikan Jenahak

Sup Ikan Jenahak

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 307 hits
Bahan Bahan 3 keping ikan jenahak 1 peket sup ikan adabi 3 biji bawang merah ditumbuk 3 ulas bawang putih ditumbuk 1 2 inci halia 1 biji bawang besar dipotong dadu 1 2 batang lobak merah 4 biji cili hijau diketuk 2 cawan air putih Sedikit g...
Gulai Tempoyak Ikan Kembung Perak

Gulai Tempoyak Ikan Kembung Perak

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum semua Hari ini saya ingin kongsikan resipi mudah negeri Perak yang sedap Sebelum itu jangan lupa klik iklan ya g keluar di blog dan klik follow blog tau Seperti biasa kita masuk sedikit bab perkongsian ilmu Hmm tak perlu jad...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat