3 Peralatan Dapur Paling Berguna Yang Harus Anda Miliki
3 Peralatan Dapur Paling Berguna yang Harus Anda Miliki | Pastikan anda sudah memiliki 3 peralatan dapur elektronik ini. Dijamin, 3 peralatan dapur ini akan sentiasa berguna dan pasti akan anda gunakan setiap hari. Sudahkah anda memiliki 3 peralatan dapur yang berguna ini? Jika belum, mungkin sekaranglah waktunya bagi anda untuk mula mencari dan membeli peralatan elektronik untuk dapur anda
sumber foto : google
Terdapat banyak jenis peralatan dapur yang ditawarkan pada masa kini. Namun, tidak semua alat dapur yang ditawarkan akan berguna dan kita gunakan setiap hari. Lihat semula dan teliti kembali peralatan dapur manakah yang paling berguna dan efektif untuk dibeli kerana tidak banyak peralatan dapur ini dijual dengan harga yang mampu milik. Jangan muda tergoda dengan iklan, jika tersalah beli anda mungkin jarang menggunakan peralatan dapur ini atau mungkin tidak pernah digunakan sama sekali..
Jadi, peralatan dapur apa yang harus dimasukkan dalam senarai teratas untuk dibeli? Jom check 3 peralatan dapur yang berguna ini dan wajib anda miliki
3 Peralatan Dapur yang Berguna yang Wajib Anda Miliki
1. Microwave
sumber foto : google
Adakah membeli microwave berguna untuk anda? Jawapannya sudah tentu 'ya'. Memiliki alat dapur yang satu ini akan menjadikan memasak itu lebih mudah, praktikal dan cepat. Hidangan yang anda boleh buat menjadi lebih pelbagai.
Microwave mempunyai fungsi untuk memanaskan makanan, memanggang, dan memasak. Sekiranya anda mempunyai lebihan makanan, tentu akan lebih praktikal untuk menyimpannya dalam peti sejuk dan memanaskannya kemudian dengan menggunakan microwave. Atau semasa Anda ingin menikmati roti hangat pada waktu pagi, hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk memanaskannya dengan microwave.
Microwave juga sangat praktikal untuk memasak bagi anda yang bekerja. Beberapa resepi masakan dapat anda buat dalam masa yang singkat hanya dengan microwave, tanpa perlu menghidupkan tungku
Yang harus anda perhatikan adalah kuasa elektrik microwave, pastikan kuasa elektrik rumah anda mencukupi. Pelbagai jenis microwave ditawarkan dipasaran sekarang. Dari jenama terkenal seperti Sharp dan Samsung, hingga jenama yang lebih berpatutan seperti Aqua
2. Blender
sumber foto : google
Satu lagi alat elektronik dapur yang wajib anda miliki. Blender bukan hanya untuk membuat jus buah kegemaran anda pada waktu pagi. Carilah pelbagai resepi smoothie dan minuman atau sarapan sihat lain yang boleh anda buat dengan blender. Menghaluskan rempah untuk memasak hidangan kegemaran keluarga juga akan lebih mudah dengan blender. Bahkan anda juga boleh menggunakan blender untuk mengisar biji kopi jika anda tidak mempunyai coffee maker. Memiliki blender di dapur akan menjadikan kerja dapur anda lebih mudah dan praktikal
Jadi, tunggu apa lagi! Kunjungi kedai elektronik atau kedai dalam talian kegemaran anda dan pilihlah salah satu daripada pembagai jenama blender yang ada kini..Blender jenama Philips umumnya lebih popular kerana ia dikenali dan tahan lama.. Tetapi tidak ada salahnya melihat jenama tempatan yang lebih berpatutan seperti Miyako atau Panasonic.
Pada masa ini juga, terdapat banyak jenis blender portable yang lebih kecil.. Walau bagaimanapun, blender jenis ini hanya mempunyai fungsi terhad untuk membuat jus atau minuman sahaja.. Kuasa motornya lebih lemah.. Untuk penggunaan yang lebih efektif di dapur, sebaiknya pilihlah blender yang lebih baik dan tahan lama serta multifunction.
Kunjungi toko elektronik atau toko online kesayangan Anda, dan pilihlah satu dari berbagai macam merk blender. Blender merk Philips umumnya lebih digemari karena terkenal bagus dan awet. Namun tak ada salahnya juga untuk melirik merk lokal yang lebih terjangkau seperti Miyako atau Panasonic. Saat ini juga banyak beredar jenis blender portable yang lebih kecil. Namun, jenis blender ini hanya memiliki fungsi yang terbatas untuk membuat jus atau minuman saja. Daya motornya pun lebih lemah. Untuk penggunaan yang lebih efektif di dapur, sebaiknya pilihlah blender yang bagus dan awet serta multifungsi
3. Rice cooker
sumber foto : google
Bagi kita orang Asia, dah tentu nasi adalah suatu yang wajib dalam menu harian. Nasi adalah makanan ruhi yang mesti ada di dapur setiap hari. Walaupun bagi ada yang jarang memasak, alat dapur yang satu ini mesti kena ada kerana tidak menolak kemungkinan kita akan memerlukannya di suatu saat.
Rice cooker hadir dalam perbagai jenama dan pilihan. Alat dapur yang satu ini mempunyai perbagai pilihan kapasiti volume yang dapat anda sesuaikan dengan keperluan anda bermula dari kapasiti 0.8 liter untuk keperluan peribadi atau keluarga yang kecil hinggalah yang berukuran 5 liter atau lebih untuk penggunaan bisnes restoran misalnya. Secara amnya, keluarga kecil dan sederhana memiliki rice cooker dengan kapasiti 1 hingga 2 liter
Selain untuk memasak nasi, rice cooker biasanya mempunyai fungsi lain iaitu untuk menghangatkan nasi dan mengukus. Beberapa rice cooker digital seperti jenama Yongma juga dapat digunakan untuk memasak sup atau bubur. Jenama rice cooker lainnya yang paling banyak diminati diantaranya adalah Miyako, Cosmos, Kirin, dan lain-lain. Itulah 3 peralatan dapur yang berguna dan harus anda miliki untuk mempermudah anda memasak dan menyediakan makanan.
Sebelum membeli, teliti terlebih dahulu jenama yang diingini kerana terdapat banyak jenama dan jenis yang ditawarkan.. Jadi, pastikan peralatan dapur yang anda beli sesuai dengan keperluan anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2020/07/3-peralatan-dapur-paling-berguna-yang-harus-anda-miliki.html