Jika Muhyiddin menulis surat kepada Tun Mahathir menjelaskan perkara itu dengan baik, tidak ada sebab beliau tidak bersetuju dengannya.Masalahnya, mungkin bersandarkan alasan bekas Perdana Menteri itu enggan berjumpa dengannya, maka Muhyiddin terus membuat keputusan memecat Marzuki tanpa sebarang perundingan dengan Tun Mahathir.Kaedah berunding tidak semestinya dengan bersemuka, malah boleh juga secara bersurat atau cara-cara lain yang bersesuaian dengan keadaan.Kedua, Muhyiddin tidak berhati-hati dan gopoh dalam bertindak sehingga sanggup melakukan pemecatan di ketika beliau selaku Perdana Menteri baru saja mengambil langkah mengumumkan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara sehingga 31 Mac kerana ancaman wabak Covid-19.Dengan tindakan yang diambilnya terhadap Marzuki itu, Muhyiddin terlihat lebih ghairah menjaga kedudukan dan jawatan peribadinya berbanding menjaga kepentingan rakyat yang terkesan dengan wabak merbahaya dalam negara.Sepatutnya, dalam tempoh kawalan pergerakan ini, tiada sebarang tindakan politik diambil oleh mana-mana pihak dan tunggulah selepas 31 Mac jika mahu memecat atau memberhentikan Marzuki itu.Apa yang Muhyiddin perlu gopoh gapah sangat untuk melakukan pemecatan sedangkan Pendaftar Pertubuhan sudah mengumumkan tiada sebarang aktiviti atau perhimpunan parti, termasuk pemilihan pucuk pimpinan Bersatu, dibenar diadakan sebelum 30 Jun ini?Ketiga, hasrat mahu melantik Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Bersatu yang baru juga adalah suatu kesilapan paling besar buat Muhyiddin.Sebagaimana semua sedia maklum, Hamzah adalah bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti menyertai Bersatu sebaik saja BN hilang kuasa pada PRU14 lalu.Sebaik menyertai Bersatu, beliau diperkatakan sebagai dalang utama untuk menggagalkan peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar, sehingga akhirnya perancangan berterusan beliau itu mengakibatkan Tun Mahathir sendiri hilang jawatannya dan Muhyiddin secara tak semena-mena dapat memintas laluan menuju puncak kuasa ke Bangunan Perdana Putra.Dalam semua keadaan itu, selain kedudukan Hamzah yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, menjadikannya sebagai Setiausaha Agung Bersatu pula terlihat sangat tidak kena dan seolah-olah Muhyiddin telah memingkirkan pemimpin-pemimpin lain yang berjuang sejak bermulanya Bersatu ditubuhkan.Apakah tidak ada pemimpin dalam Bersatu sendiri yang layak dijadikan Setiausaha Agung menggantikan Marzuki?Tindakan lebih mengutamakan Hamzah yang dikenali sebagai pelompat parti berbanding sekian ramai pemimpin Bersatu yang setia sejak awal parti ditubuhkan, tidak mustahil akan digunakan oleh Tun Mahathir sebagai sentimen meraih undi menumbangkan Muhyiddin sebagai Presiden dalam pemilihan nanti.Lebih buruk jika hasrat melantik Hamzah itu dijadikan hujah untuk kecenderungan Muhyiddin akhirnya membawa Bersatu bergabung dengan UMNO.Kalaulah dalam hal ini Muhyiddin menulis surat kepada Tun Mahathir berhubung hasratnya untuk memberhentikan Marzuki, sambil itu menamakan beberapa pemimpin daripada Bersatu sendiri sebagai penggantinya, barangkali Tun Mahathir tidak ada masalah untuk menyetujuinya.Tetapi, disebabkan Hamzah yang dicalonkan, tambahan lagi tiada sebarang inisiatif perundingan diambil dalam memberhentikan Marzuki selaku Setiausaha Agung, Muhyiddin seperti cuba mengejutkan Tun Mahathir yang sedang menjalani kuarantin peribadi di rumahnya untuk berbalah dan “berperang” dengannya.Bergaduh, berbalah dan “berperang” adalah kesukaan Tun Mahathir, meskipun semakin ramai tidak setuju dengannya ketika ini.Namun, apa yang Muhyiddin perlu sedar, beliau tidak boleh kalah jika benar-benar mahu berbalah dan “berperang” dengan Tun Mahathir kerana jika kalah, galang gantinya ialah jawatan Perdana Menteri yang baru saja nikmat manis dikecap olehnya.Gagalnya Muhyiddin dalam isu perlantikan Setiausaha Agung ini, apalagi jika melarat sehingga dapat dikalahkan dalam mempertahankan jawatan Presidennya nanti, ia tentu saja akan menyebabkan keupayaan mempertahankan kedudukannya semakin lemah dan berkurangan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |