3 Kali Mohon Pindah Dan 2 Kali Merayu Tetap Gagal
Isu pertukaran memang bukan isu kecil.
Beruntunglah kepada sesiapa yang sekali memohon terus lulus.
Berlipat kali ganda untung, bila terus ditempatkan di stesen yang dipohon.
Namun yang menjadi tanda tanya?
Alasan pindah pun biasa-biasa je.
Nak kawin!
Dah beli rumah!
Isteri sakit
Dan .....
Pelbagai alasan, walaupun tak kukuh tapi peliknya dapat pindah jugak!
Ada yang belum cukup syarat ‘edah’ untuk berpindah
Kadang-kadang tak sampai pun satu tahun jagung berkhidmat!
Begitu juga yang naik pangkat melalui laluan fast track.
Satu atau dua tahun dah dapat pindah semula ke setesen asal.
Kalau hanya 'celup' sekejap sebab naik pangkat cara begini, bukankah intergriti kerja-kerja 'orang di atas' boleh dipertikaikan
Lebih baik beri kenaikan pangkat tersebut kepada pegawai setempat!
Lebih komitmennya berbanding semata-mata berpindah secepat 'kilat' kemudian bali ke 'sarang' semula!
Orang tak kan marah
Ada peraturan, tapi hanya diguna pakai hanya kepada segelintir pegawai sahaja!
Namun yang telah berkali-kali buat permohonan pindah, dengan alasan yang ‘paling munasabah’ sangat kecewa.
Kes macam aku ni ha!
Isu begini sentiasa berlegar di kepala otak aku.
Adakah orang ‘atas’ mengamalkan sikap pilih kasih?
Atau
Adakah si pemohon guna ‘kabel’ besar?
Atau
Si pemohon ada hubungan keluarga, sahabat karib atau berkepentingan?
3 kali mohon pindah dan 2 kali merayu tetap gagal
Namun aku tetap redha dengan ketentuan ini.
Rezeki aku nampaknya masih di bumi Labuan.
Belum tiba masa untuk berkhidmat di negeri kelahiran ku, Johor.
Akur!
“Saya yang menurut perintah”
Namun aku mohon pindah bukan kerana suka-suka
Tolong faham akan perkara tersebut.
Aku telah berkhidmat di KML ni sebaik mungkin.
Komitmen terhadap ibu ku yang uzur sepatutnya menjadi pertimbangan sewajarnya untuk aku diluluskan dalam permohonan pindah.
Lebih-lebih lagi aku dan isteri sudah memenuhi syarat melebihi 5 tahun di Labuan.
Anak mana yang tak mahu berbakti kepada orang tuanya?
Lebih-lebih lagi di ketika ibu memerlukan nya seperti sekarang?
Jikalau orang 'di atas' mempunyai situasi seperti aku
Be profesional!
Namun sebagai manusia yang ada akal waras, ada kewajaran nya nilai kemanusian menjadi pertimbangan jugak.
Lebih 5 tahun jauh merantau bukan satu tempoh yang singkat.
Tak mungkin …..
Status bilangan pensyarah kritikal menyebabkan aku gagal di dalam permohonan pindah?
Atau
Subjek yang diajar merupakan subjek kritikal?
Kenapa…..?
Ada pensyarah di Jabatan lain mempunyai status kedua-dua kes di atas senang-senang dapat pindah!
Pelik kan?
Secara jujurnya, aku tak faham akan mekanisma yang digunapakai oleh ‘orang di atas’?
Ada mekanisma yang jelas tapi tak pernah diluhurkan!
Jikalau begitu, apa fungsi mekanisma sedia ada?
Mungkin mekanisma yang digunapakai hanya dikuatkuasakan terhadap sesetengah status pegawai sahaja?
Atau
Sesetengah status pegawai tertentu adalah dikecualikan dari makenisma yang sedia ada.
Kalau begitu, tak usah ada peraturan.
Kalau ada peraturan sepatutnya…..
Proses pertukaran pegawai mempunyai mekanisma yang lebih telus, tekal, ada keesahan dan dipercayai!
Itu namanya ada intergriti
Baru orang respectful orang yang ‘di atas’ buat kerja.
Kalau berlaku tiap tahun perkara yang sama macam ni, hampehh!
Orang akan menyumpah siang malam!
Kepimpinan Melalui Teladan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cakoayam.blogspot.com/2017/05/3-kali-mohon-pindah-dan-2-kali-merayu.html