3 Jenis Orang Yang Duduk Dalam Sesebuah Negara Pastikan Anda Masuk Jenis Ke 3





Ada 3 golongan manusia dalam sesebuah negara. Golongan itu terbentuk hasil dari 3 jenis pemikiran.Di mana saja negara, termasuklah di negara kita, ketiga-tiga golongan ini boleh dilihat dengan jelas kewujudan mereka melalui fahaman yang mereka pegang.

Saya terangkan 3 jenis fahaman tersebut di bawah.
Fahaman Tongong – jenis pemikiran paling teruk yang boleh ada dalam sesebuah negara.Fahaman Kesukuan – lebih baik dari yang pertama. Namun fahaman ini tidak dapat membantu kemajuan sesebuah negara.Fahaman Warga Negara – Setiap negara perlukan penduduk yang berfahaman ini untuk maju, stabil aman dan sentosa.Jom lihat pemikiran itu satu persatu.

Fahaman TongongOrang berfikiran tongong ini bukan bermaksud dia ada masalah kecerdasan akal atau bermasalah mental. Mereka ni tak bodoh. Tidak juga gila. Boleh berfikir. Boleh buat kerja. Boleh cari jalan penyelesaian. Malah tidak mustahil ada kecerdasan akal yang tinggi.
Apa yang sangat ketara ada pada golongan ini adalah, tumpuan luar biasa terhadap diri mereka sendiri sahaja.
Orang Tongong ni, apa saja yang dia buat, semuanya kearah kepuasan dan kepentingan dirinya semata. Pi mampus dengan orang lain. Dia tak ambil pertimbangan lansung. Tak terlintaspun untuk fikir pasal hak atau kepentingan orang lain.
Soalan pertama keluar dalam otaknya setiap kali nak buat sesuatu adalah, 'apa yang dia dapat?'.
Kalau ada, dia teruskan. Kalau tak ada dia belah. Bila dia libatkan diri, fokusnya 100% untuk bolot apa saja untuk faedahnya tanpa kira orang lain. Sasarannya adalah 100% untuk dia saja.
Oleh sebab terlalu obses pada diri sendiri, orang tongong ini tiada ilmu dan kemahiran untuk bertindak secara satu kumpulan. Kemampuan bekerjasama mereka zero!
Jika tak dikawal dia boleh songlap duit, tipu laporan, tipu kerja dan apa saja boleh. Asalkan mencapai matlamat untuk kepentingan diri sendiri.
Dia beroperasi tanpa ambil kira apa berlaku pada sekeliling atau pada orang lain. Dia akan mengelak hanya jika tindakannya mendatangkan masalah atau bahaya buat drinya. 
Orang macam ni lah yang anda sering lihat buang sampah keluar dari kereta. Parkir ikut suka hati. Kona tanpa bagi signal dan lain-lain seumpamanya.
Mereka lansung tak tergerak dalam hati untuk memberikan sumbangan pada masyarakat atau negara.
Anda akan tersiksa jika tinggal berjiran dengan manusia macam ni.

Fahaman KesukuanIni jgolongan kedua. Bagus sikit daripada kat atas tu. Ada kerjasama berkumpulan.
Tapi malangnya, mereka sangat kuat berpegang pada semangat kesukuan sesama mereka sahaja.
Mereka fanatik sesama suku. Sangat setia pada ketua suku atau kumpulan mereka. Fokus utama adalah kepentingan kumpulan mereka sendiri sahaja tanpa ambil kira orang atau suku lain.
Kalau dalam masyarakat, jika dia duduk dalam satu taman, kebetulan dalam taman ada beberapa kumpulan kecil lain, akan ada jenis yang taat setia pada satu kumpulan mereka sahaja.
Kumpulan ini akan jaga kepentingan sesama mereka tanpa pedulikan kepentingan atau hak orang lain. Mereka tak ada masa nak fikirkan kepentingan masyarakat taman keseluruhannya.
Mereka bergerak secara kumpulan. Mungkin tak satu taman. Contohnya mereka dari satu negeri yang sama sekalipun berlain taman atau lokasi, tetap akan bersatu jadi satu kumpulan fanatik kesukuan.
Dalam bahasa orang putih kita panggil 'tribalisme'. Fahaman ini sangat kuat syak wasangka terhadap kumpulan lain. Semua perkara yang berlaku ditafsirkan sebagai menentang kumpulan mereka.
Fahaman ini memberikan manfaat sesama ahli kumpulan mereka tetapi tidak menjadikan masyarakat harmoni.
Ada satu puak sebegini tinggal di taman anda, habis kucar kacir satu taman.

Fahaman KewarganegaraanIni fahaman yang perlu ada pada setiap orang dalam sesebuah penempatan.
Orang yang punya pemikiran ini punya pengetahuan dan kemahiran untuk memberi pertimbangan terhadap kesemua orang yang ada di sekeliling mereka.
Mereka tahu bina perhubungan dan pandai menjalin kerjasama secara win-win situation.
Mereka tahu hak yang mereka ada dan perjuangkan hak tersebut tanpa menafikan hak semua orang lain. Mereka juga sanggup perjuangkan hak orang lain sekecil manapun demi mencapai maksud kesejahteraan sama rata untuk dikecapi oleh semua orang.
Golongan berfahaman begini sudah tentu akan memberikan sumbangan besar terhadap negara di mana mereka tinggal. Sebab mereka sentiasa melihat semua perkara dalam kontek yang lebih besar dalam membuat apa saja tindakan dan keputusan.
Selain dari berikan pertimbangan terhadap diri mereka sendiri, sanak saudara dan keluarga, jiran tetangga, kumpulan atau suku yang berbeza, mereka juga ambil berat terhadap alam persekitaran.
Manusia jenis macam ni mudah untuk diajak berbincang. Tujuan mereka bukan untuk saling jatuh menjatuhkan, sebaliknya untuk saling faham memahami agar satu titik pertemuan dan persetujuan dapat dicapai.
Pekerja syarikat anda jenis mana?Jika anda seorang usahawan, ada pekerja, Pekerja anda jenis yang mana satu?
Kalau jenis tonggong atau kesukuan, elok buang sahaja. tak ada pun tak apa dalam syarikat.
Jika anda makan gaji, pastikan masuk dalam kumpulan pekerja yang ke-3 di atas. Itupun jika anda mahu terus kekal kerja kat syarikat tersebut.
Paling penting lagi jika anda nak jadi warganegara Malaysia yang menyumbang. Pastikan jadi manusia jenis yang ke-3 sahaja. Selain dari itu, elakkan lah.
Nota: Kredit pada ucapan Dr. Kethoser (Aniu) Kevichusa. Lihat pautan di sini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2019/12/dungu-tribalisme-atau-warga-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Kilau Masuk Senarai Top 10 Di Lebih 15 Buah Negara Termasuk Di Israel

Mat Kilau Masuk Senarai Top 10 Di Lebih 15 Buah Negara Termasuk Di Israel

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Filem Mat Kilau yang dikritik penonton tempatan selepas mula ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak minggu lalu menerima sambutan baik penonton di negara luar Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh portal FlixPatrol f...
Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 157 hits
Dengan pelbagai kelemahan yang melanda Kerajaan BN PN para ahli dan penyokong Pakatan Harapan digesa berkerja lebih kuat untuk memastikan berlaku perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata den...
Mengejar Surga Perjuangan Seorang Anak Mencari Ayahnya Ke Negara Belanda

Mengejar Surga Perjuangan Seorang Anak Mencari Ayahnya Ke Negara Belanda

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 211 hits
Filem Mengejar Surga berkisah mengenai seorang perempuan bernama Atikah yang berusaha untuk bertemu ayah kandungnya Sebab ia akan segera menikah dengan tunangannya Iqbal Sebagai muslim Atikah ingin ayahnya dapat The post appeared first on
Pm Di Luar Negara Menteri Kanan Mana Yang Paling Berkuasa

Pm Di Luar Negara Menteri Kanan Mana Yang Paling Berkuasa

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 243 hits
PM tiba di New York sertai pemimpin dunia ke Perhimpunan Agung PBB
Kadar Inflasi Malaysia Masih Rendah Bank Negara Perlu Lebih Agresif Naikkan Opr

Kadar Inflasi Malaysia Masih Rendah Bank Negara Perlu Lebih Agresif Naikkan Opr

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 299 hits
Bank Negara Malaysia perlu memberikan tindak balas pada kadar yang lebih agresif dari segi menaikkan Kadar Dasar Semalaman menurut Manulife Investment Management Ketua Peruntukan Aset untuk Asia Luke Browne berkata memandangkan kadar inflas
Satu Rci Untuk Menyiasat Salahlaku Bekas Peguam Negara Tommy Thomas Perlu Ditubuhkan

Satu Rci Untuk Menyiasat Salahlaku Bekas Peguam Negara Tommy Thomas Perlu Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 215 hits
Pada zaman Tommy Thomas menjadi peguam negara terdapat banyak kes melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang digugurkan tanpa sebab dan selective prosecution terhadap orang Barisan Nasional dilancarkan
Dasar Kebudayaan Negara

Dasar Kebudayaan Negara

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 258 hits
Pada 17 Mac 2022 saya telah dijemput menjadi panel Forum yang bertajuk DASAR KEBUDAYAAN NEGARA DARI PERPEKSTIF SASTERAWAN NEGARA bersama Dr Tan Awang Besar Setiausaha Bahagian Kebudayaan MOTAC dan Sasterawan Negara Dato Dr Anwar Ridhwan Ber...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization