3 Jenis Kitar Semula Yang Boleh Dibuat Di Rumah


Kitar semula tak semua orang buat. Konsepnya sangat bagus tapi dari segi implementasinya amat sukar kerana ia memerlukan komitmen. Komitmen yang bagaimana? Ianya perlu dipraktikkan oleh setiap individu barulah boleh dikatakan kitar semula. Diatas kertas konsep ini sangat cantik dan mampan alam sekitar. Hakikatnya ia mesti dipraktikkan oleh setiap orang pada setiap masa. Sampah dihasilkan setiap hari malah dilaporkan bertan-tan sampah dibuang di tempat pelupusan sampah pada setiap hari. Jadi kitar semula juga mestilah seiringan dengan kadar pembuangan sampah juga. Bagaimana untuk motivasi setiap orang untuk jalankan aktiviti kitar semula walaupun untuk sampah yang ada di rumah mereka sendiri? Perkara ini tidak mudah.
Cuba tanya kepada diri masing-masing. Adakah anda mengitar semula sampah anda di rumah? Untuk membantu anda menjawab soalan ini biar kita dingatkan tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah di atas bumi ini. Manusia telah dicipta sebagai makhluk yang paling baik ciptaanNya untuk menjadi pemimpin. Oleh antara tugas kita ialah menjaga alam ini agar kekal dalam keadaan yang baik dan teratur. Kita selalu menganggap solat, puasa, zakat, haji itu ibadah. dan terlupa ibadah yang lain-lain. Menepati waktu adalah ibadah. Menjaga kebersihan adalah ibadah. Bekerja adalah ibadah. Begitu juga memelihara alam sekitar adalah ibadah. Sekiranya anda nampak dan jelas ini akan lebih memotivasikan diri kita untuk mempraktikkan kitar semula.
Mungkin ada meremehkan kitar semula ini tak akan memberikan kesan kerana lebih ramai yang mencemarkan alam sekitar dari orang yang cuba untuk peliharanya. Untuk mematikan hujah ini dan menghilangkan keraguan anda kita kena kembali kepada kisah burung yang cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim sewaktu dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang besar. Burung ini kecil dan mengangkut air dalam jarak yang jauh dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Apabila dipersoal kenapa burung ini sanggup melakukan perkara sedimikian yang tidak masuk akal. Burung ini menjawab dia khuatir diakhirat nanti apabila di tanya oleh Allah swt.
Apakah usahanya yang dibuat sewaktu dia nampak kemungkaran berlaku, sekurang-kurangnya burung ini berkata dia telah berusaha dengan kudrat yang dia mampu adalah lebih baik dari langsung tidak membuat apa-apa. Allah swt Maha Adil dan melihat kepada usaha yang dilakukan. Samada usaha itu berjaya atau tidak ianya adalah satu perkara yang lain. Begitu juga dengan usaha untuk kitar semula ini. Ia sepatutnya dibuat dengan kemampuan dan ilmu yang ada. Dengan itu juga dikongsikan disini 3 jenis kitar semula yang boleh dibuat dirumah masing-masing untuk difikir, rancang dan dibuat. Teknik ini mudah sahaja dan boleh diselidiki dengan lebih mendalam dari Google sahaja.
Kitar semula sisa kertas, plastik, kaca dan logam Sekarang ini hampir semua kawasan perumahan ada program kitar semula. Sampah dari rumah perlu diasingkan kepada sampah kertas, plastik, kaca dan logam. Ini adalah program kitar semula yang paling minimum yang boleh semua orang buat sebab ia mudah. Cuma perlu asingkan sampah sebelum dibuang dan tidak memerlukan apa rawatan atau proses. Semua sampah setelah diasing, diserah terus ke peti sampah untuk diambil oleh kontraktor. Berbanding dengan kitar semula sisa makanan dan kitar semula sisa kebun yang akan diterangkan dibawah, ianya melibatkan sedikit pengetahuan untuk memproses dan digunakan semula dikawasan rumah. Walaubagaimanapun, ia masih melibatkan proses yang minima sahaja.
2. Kitar semula sisa kebun/laman
Setiap rumah pasti ada sampah kebun/laman seperti rumput yang dipotong, daun pokok bunga/buah yang gugur dan paling banyak jika ada laman belakang yang tak dijaga pasti banyak lalang atau tumbuhan yang menjalar. Banyak orang setelah buat pembersihan, sampah seperti ini akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam plastik sampah untuk dikutip oleh lori sampah. Ada juga yang biarkan sampah ini terkumpul di atas tanah dan dibiarkan mereput sendiri. Langkah ini adalah lebih baik dari yang pertama tadi. Ini adalah kerana sampah kebun/laman adalah sampah organik yang boleh mereput dan boleh dikembalikan kepada tanah secara semulajadi sebagai baja organik. Pembuangan sampah organik ke tapak pembuangan sampah adalah langkah yang kurang bijak kerana ianya boleh melalui proses pereputan dengan bantuan organisma secara semulajadi tanpa melalui proses yang rumit. Cuma kumpulkan sampah ini diatas tanah dan biarkan ia mereput. Jika nampak mahu lebih kemas, boleh dibiarkan sampah ini mereput diatas tanah dahulu dan menjadi cebisan kecil kemudian setelah mereput sedikit boleh alihkan sampah (bersama organisma pereputan) tadi ke dalam tong sampah hitam agar ia terus sambung proses mereput menjadi tanah hitam di dalam tong tadi dengan bantuan organisma. Proses ini dipanggil pengkomposan dan hasil yang terjadi seperti tanah hitam dipanggil kompos. Tak susah kan.
3. Kitar semula sisa makanan
Sisa makanan adalah sisa yang agak rumit. Apabila dibiar lama ia akan berbau busuk. Agak sukar untuk membuat kompos dari sisa makanan kerana berbau berbanding sampah kebun/laman yang tidak berbau busuk. Bagi yang ada ilmu dan mahir tak jadi masalah untuk hasilkan kompos tapi ada satu lagi pilihan untuk merawat sendiri sisa makanan ini dirumah. Caranya ialah dengan pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara. Berbanding dengan cara kompos biasa yang mengambil masa yang panjang untuk menguraikan sisa makanan, pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara mampu menguraikan sisa makanan dalam 24-48 jam sahaja. Merujuk kepada istilahnya pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara, sisa makanan perlu diproses peram dalam bekas terkedap. Cara untuk mengelakkan udara berada dalam bekas adalah dengan memenuhkan sisa makanan sehingga tahap maksimum yang boleh dimuatkan ke dalam bekas agar tiada lagi ruang udara yang boleh terkumpul didalamnya. Kemudian bekas tersebut ditutup dengan ketat dan kedap bagi mengelakkan pengaliran keluar masuk.
Walaubagaimanapun teknik ini perlu sediakan starter yang mana mudah nak disediakan. Starter yang dimaksudkan adalah najis lembu yang dicairkan. Jadi tak susah mana kan. Cairkan najis lembu dalam nisbah 1:1 dan peram dalam bekas kedap tanpa udara selama 2-3 minggu. Starter ini disediakan sekali sahaja. Selepas starter ini matang kemudian baru ditambah sisa makanan ke dalam bekas kedap udara tersebut. Sisa makanan tidak kira samada segar atau yang sudah busuk mampu dirawat dengan cara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://affiliatesecretfornewbie.com/3-jenis-kitar-semula-yang-boleh-dibuat-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Tanaman Yang Ditakuti Jin Dan Iblis Boleh Ditanam Disekitar Rumah Rileks Media

Jenis Tanaman Yang Ditakuti Jin Dan Iblis Boleh Ditanam Disekitar Rumah Rileks Media

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 462 hits
Ketika mendengar kata Sihir kira kira apa yang terlintas dalam benak Anda Kata sihir pastilah tidak asing lagi ditelinga kita karena sejak zaman dahulu sihir begitu dapat dipercaya menjadi alat untuk mecelakakan orang lain Bahkan di zaman y...
Penggunaan Tin Kitar Semula Bahaya Kp Kesihatan

Penggunaan Tin Kitar Semula Bahaya Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 422 hits
ISMA WEB Kementerian Kesihatan boleh ambil tindakan terhadap peniaga ingkarBANGI Penggunaan tin kitar semula bagi tujuan penyediaan minuman mengundang risiko kepada pengguna termasuk kebersihan yang diragui malah berpotensi mendatangkan kec...
Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

Pencuri Pecah Masuk Rumah Tapi Tak Boleh Keluar Kerana Nampak Laut Dan Air Amalkan Doa Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 466 hits
Pernah Dengar Pasal Pencuri Masuk rumah Tapi Tak Boleh Keluar Nampak Laut Je tak de Jalan Keluar Ni Ayat yang boleh kita AmalKan Video Penuhnya Disini Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar dia nampak laut dia nam...
Bosan Asyik Makan Nasi Putih Ini Idea Masak 6 Jenis Nasi Tumis Yang Mak Mak Boleh Cuba

Bosan Asyik Makan Nasi Putih Ini Idea Masak 6 Jenis Nasi Tumis Yang Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1063 hits
Asyik makan nasi putih je tak teringin ke nak masak nasi tumis seperti Nasi Minyak Nasi Tomato Basi Hujan Panas Nasi Briani dan banyak lagi yang biasa kita jumpa di majlis kenduri kahwin atau majlis keraian di Malaysia Kalau teringin anda b...
Kelak Anda Boleh Membeli Rumah Dan Hartanah Melalui Lazada

Kelak Anda Boleh Membeli Rumah Dan Hartanah Melalui Lazada

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 327 hits
Lazada pada hari ini sedia menawarkan kemudahan untuk membeli pelbagai jenis barangan termasuk kereta Terkini bergerak setap lagi kehadapan Lazada dijangka akan turut membolehkan para pengguna untuk membuat pembelian hartanah melalui platfo...
Gaji Rm5 000 Sudah Boleh Memiliki Rumah Makmur Pahang

Gaji Rm5 000 Sudah Boleh Memiliki Rumah Makmur Pahang

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 365 hits
KUANTAN Syarat hak kelayakan untuk memohon skim Rumah Makmur Pahang pada kadar pendapatan ditetapkan sebanyak RM5 000 bagi membolehkan rakyat memiliki kediaman sendiri Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abdul Rahim Muda berkata ind...
Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1620 hits
Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam Rumah Salam Jumaat semua Sekejap je dah Jumaat kan Dah potong kuku ke tu Sunat potong kuku hari ini Sesama kita ingatkan Mummy pun kekadang lupa jugak Rezeki Sempit Boleh Berpunca Dari Dalam RumahBila...
Di Rumah Pun Boleh Nak Ber Me Time Asal Happy Mama Kena Bijak

Di Rumah Pun Boleh Nak Ber Me Time Asal Happy Mama Kena Bijak

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 384 hits
Kecoh juga bila wanita bergelar mama menuntut masa untuk diri sendiri atau me time Sebenarnya me time ni teramatlah perlu untuk wanita bagi merehatkan seketika minda mereka Nak juga relakskan diri sekejap sambil santai dan minum kopi kegema...
Sis Saman Mais M Tinggi Dengar Semula Rasuah Lge Boleh Tarik Balik

Sis Saman Mais M Tinggi Dengar Semula Rasuah Lge Boleh Tarik Balik

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 28 Rabiulawal 1440H Khamis Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Sisters In Islam Penetapan tarikh itu dibuat berhubung permohonan SIS sebelum ini ya...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je