3 Idea Menu Sihat Untuk Kurangkan Risiko Sakit Jantung


Jantung adalah organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia terdiri daripada empat ruang iaitu dua atrium (ruang atas) dan dua ventrikel (ruang bawah).
Jantung memainkan peranan penting dalam sistem peredaran darah, mengedarkan oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh serta membuang karbon dioksida dan bahan buangan. Ia juga membantu mengekalkan tekanan darah yang stabil. Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan jantung di tahap yang paling optimum.
CIRI-CIRI MAKANAN UNTUK JANTUNG YANG SIHAT
Memilih makanan yang penuh khasiat dapat menyokong kesihatan jantung yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang diperlukan untuk jantung yang sihat termasuk:
1.KAYA DENGAN LEMAK BAIK SEPERTI OMEGA-3
Makanan yang mengandungi Omega-3 membantu dalam menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan keradangan serta menurunkan tekanan darah.
2.TINGGI SERAT
Makanan yang berserat tinggi membantu menjaga jantung dengan cara menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan serta mengawal gula dalam darah.
3.TINGGI VITAMIN DAN MINERAL
Untuk dapatkan jantung yang sihat, anda harus memastikan sumber makanan yang diambil tinggi dengan kandungan vitamin dan juga mineral seperti Kalium, Magnesium, Vitamin D, Vitamin B, Vitamin B6, B12 dan folat.
4.KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Makanan tinggi antioksidan memberi manfaat kepada kesihatan dari segi membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel, mencegah penyakit kronik, menyokong sistem imun, mengurangkan keradangan, menjaga kesihatan kulit dan meningkatkan fungsi otak.
Coenzyme Q10 atau nama singkatannya CoQ10 merupakan antioksidan yang membantu jantung mengekalkan kekuatan otot dan menjana tenaga. Ia boleh didapati dalam jumlah yang kecil pada ikan, bijirin penuh, daging dan banyak lagi.
5.RENDAH LEMAK TEPU, KOLESTEROL & NATRIUM
Pengambilan makanan tinggi lemak tepu dan kolesterol akan meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah yang berisiko menyebabkan penyakit jantung. Manakala pengambilan natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah yang juga meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
SENARAI MAKANAN SIHAT YANG TINGGI OMEGA 3 & COQ10
Cara paling mudah untuk dapatkan jantung yang sihat adalah menerusi pengambilan makanan yang tinggi Omega-3 dan CoQ10.
Memasukkan makanan-makanan ini dalam diet harian dengan sukatan yang tepat dapat membantu menjaga kesihatan jantung serta fungsi sel dengan lebih baik sekaligus menjana tubuh badan yang lebih cergas.
1.BUAH-BUAHAN:
•Buah-buahan seperti beri, epal dan pisang kaya dengan antioksidan dan serat.
2. SAYUR-SAYURAN:
•Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kale serta sayuran berwarna seperti brokoli dan lobak merah memberikan vitamin dan mineral penting.
3. IKAN BERLEMAK:
•Ikan seperti salmon, mackerel, dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung.
4. KACANG DAN BIJI-BIJIAN:
•Badam, walnut, kacang tanah dan chia seed mengandungi lemak sihat dan serat.
5.BIJIRIN PENUH:
•Oat, quinoa, dan beras perang membantu menurunkan kolesterol dan menstabilkan gula darah.
6.MINYAK ZAITUN:
•Minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil) kaya dengan lemak tak tepu yang baik untuk jantung.
7. COKLAT GELAP:
•Mengandungi flavonoid yang baik untuk kesihatan jantung dan boleh diambil dalam jumlah sederhana.
NAK BADAN CUKUP OMEGA-3 & CoQ10? IKUT CARA NI
Tahukah anda tubuh manusia tidak menghasilkan sendiri Omega-3? Ia diperoleh dari sumber-sumber makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3.
Salmon, sardin, mackerel, kacang walnut, chia seed, flax seed adalah makanan yang kaya dengan omega-3. Malah alga dan rumput laut juga adalah sumber Omega-3 yang baik untuk vegetarian dan vegan.
Berlainan pula dengan CoQ10. Ia adalah sebatian yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga.
CoQ10 membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menyokong kesihatan jantung, fungsi otak serta sistem imun.
Bila semakin berumur, tahap CoQ10 dalam tubuh akan semakin berkurangan. Tahap CoQ10 yang rendah berkemungkinan meningkat risiko penyakit berbahaya.
Gaya hidup warga kota yang sibuk, ada kalanya menyukarkan kita untuk menikmati sajian yang sempurna. Jangan risau! Anda boleh dapat sumber CoQ10 & Omega-3 yang cukup dan mudah menerusi pengambilan makanan tambahan (food suppliment) yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi farmasi-farmasi berdaftar di seluruh negara.
JOM SAYANGI JANTUNG ANDA
Penyakit jantung adalah penyebab kematian paling tinggi di Malaysia dan dengan pengambilan Omega 3 serta CoQ10 boleh membantu anda untuk kekal sihat.
Blackmores, syarikat dari Australia yang khusus dalam penghasilan produk suplemen kesihatan & nutrisi amat fokus dalam usaha menyampaikan informasi ini kepada masyarakat di semua lapisan umur.
Oleh itu sempena Hari Jantung Sedunia, Blackmores & Institut Jantung Negara (IJN) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan kesihatan jantung di kalangan rakyat Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut cara nak jaga kesihatan jantung? Jom datang beramai-ramai ke Aeon Mall, Shah Alam pada 24 -29 September 2024 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Blackmores akan berkongsi pelbagai ilmu mengenai kesihatan jantung dengan orang ramai melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan. Antaranya ialah ceramah kesihatan oleh pakar, agihan ‘sample’ produk percuma dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Jumpa anda disana ya!
Istimewa untuk anda, Blackmores juga kongsikan tiga resipi sihat yang mudah & sedap yang boleh anda masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
1.SALMON PANGGANG BERSAMA KENTANG & BROKOLI

BAHAN-BAHAN:
2 keping filet salmon
2 biji ubi kentang sederhana – potong dadu
1 cawan brokoli – potong kecil
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih – cincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Jus lemon (pilihan)
Sedikit mix herbs
Hirisan lemon
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Sediakan dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
2. Ambil salmon dan gaulkan bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan mix herbs. Ketepikan seketika.
3. Dalam mangkuk, campurkan kentang dengan 1 sudu besar minyak zaitun, bawang putih, garam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
4. Susun kentang di dulang pembakar dan bakar selama 15 minit.
5. Sementara itu, masukkan brokoli ke dalam bekas. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak zaitun, garam dan sedikit serbuk lada hitam.
6. Setelah 15 minit, keluarkan dulang pembakar dari ketuhar, dan susun salmon di tengah-tengah dulang dan letakkan brokoli di sekelilingnya.
7. Bakar semula selama 12-15 minit atau sehingga salmon masak dan brokoli lembut.
8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan lemon.
2.SUP AYAM BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam – dipotong
1 biji bawang merah – dicincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 batang lobak merah – hiris
1 batang saderi – hiris
3 cawan air atau air rebusan ayam
2 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan hirisan ayam dan masak hingga sedikit keperangan.
3. Masukkan lobak merah dan saderi. Masak hingga sayur sedikit lembut dan masukkan air. Masak lagi hingga sayur lembut.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam dengan secukupnya.
5. Tabur daun sup dan tutup api. Sup Ayam sedia untuk dinikmati.
3.AYAM PANGGANG BERSAMA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam
2 cawan tomato ceri – belah dua
4 ulas bawang putih – cincang
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh herba oregano kering
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk, campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, garam dan serbuk lada sulah.
2.Lumurkan campuran ini ke atas ayam dan biarkan selama 15 minit.
3.Masukkan hirisan tomato ke dalam mangkuk kaserol dan susun ayam diatasnya.
4.Panggang dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-35 minit atau hingga ayam masak dan berwarna keemasan. Tomato akan lembut dan berair.
5.Keluarkan dari ketuhar, perah sedikit jus lemon dan sedia untuk dinikmati.
 
 


from RASA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/09/3-idea-menu-sihat-untuk-kurangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurangkan Gula Maka Tubuh Akan Berubah Sihat Dan Awet Muda

Kurangkan Gula Maka Tubuh Akan Berubah Sihat Dan Awet Muda

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 132 hits
Kurangkan Gula Maka Tubuh Akan Berubah Sihat Dan Awet Muda Memang terbukti berkesan Jika anda nak mula diet buang gula dalam sebulan dua Bukan tak ambil langsung benda bergula sebaliknya ganti gula dengan buah buahan yang mengandungi rasa m...
Ini Tanda Tanda Gejala Jangkitan Mpox Awas Sakit Kepala Demam

Ini Tanda Tanda Gejala Jangkitan Mpox Awas Sakit Kepala Demam

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 69 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini semalam mengejutkan ramai pihak Pun begitu bagi mengelakkan sebarang penularan yang tidak diingini KKM turut mengeluarkan beb...
Sendi Saya Sakit Semula Selepas Rawatan Rheumatoid Arthritis

Sendi Saya Sakit Semula Selepas Rawatan Rheumatoid Arthritis

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 96 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya pesakit rheumatoid arthritis dan telah menjalani rawatan sejak tahun 2020 Keadaan saya telah beransur baik tetapi sejak kebelakangan ini sendi saya kembali berasa sakit Bolehkah doktor mencadangkan suplemen y...
Ww Dugaan Pak Zain Pula Sakit

Ww Dugaan Pak Zain Pula Sakit

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 85 hits
Assalamualaikum Dugaan SA lagi nampaknya kali ni Pak Zain plak sakit masalah saraf atau lebih tepat Sciatica saraf dari tulang punggung membawa sampai ke kaki mengalami keradangan dari Sabtu Pak Zain x tido sampai la semalam menjerit2 bila ...
Anak Sakit

Anak Sakit

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 77 hits
Assalamualaikum Dugaan bermusafir Doakan anaknda LM Marsya cepat sembuh ye Sesak nafas muntah dah cirit birit sejak hampir tengah malam tadi Pagi niselepas sarapan terus LM bawa ke klinik berdekatan dengan hotel dan nadi dia laju dah kurang...
Pas Parti Sakit Yang Perlu Rawatan Segera

Pas Parti Sakit Yang Perlu Rawatan Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 139 hits
Oleh Adam Malik PAS parti sakit yang perlu rawatan segera Baru baru ini telah berlangsung muktamar PAS yang ke70 Jika umat Islam dan orang Melayu jangka kan Pemimpin PAS akan persembahkan kejayaan PAS mentadbir Empat negeri yang dikuasai PA...
5 Makanan Yang Disyorkan Diambil Semasa Sakit

5 Makanan Yang Disyorkan Diambil Semasa Sakit

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 85 hits
Bila demam batuk atau selsema datang melanda makanan bukan hanya sekadar pengisi perut Ia juga boleh jadi penawar semulajadi Jadi apa yang patut korang makan bila badan korang rasa macam ada pesta huru hara di dalam Jom baca apakah 5 makana...
Pesakit Sle Mudah Sakit Kepala

Pesakit Sle Mudah Sakit Kepala

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 84 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya seorang pesakit SLE Dah hampir sebulan ini apabila meneran untuk buang air besar kepala saya sakit sangat Bukan berdenyut doktor tetapi sakit di sekeliling kepala Bila tersedak atau batuk yang memerlukan kita...
Mengalami Sakit Perut Dan Cirit Birit Setelah Ambil Minyak Zaitun

Mengalami Sakit Perut Dan Cirit Birit Setelah Ambil Minyak Zaitun

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 83 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Mohon pencerahan Saya ingin bertanya apabila saya mengambil olive oil saya mengalami sakit perut dan cirit birit Mengapa ia berlaku dan apa alternatif atau solusi utk perkara ini Terima kasih Waalaikumussalam Miny...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar