3 Hari 3 Kuasa Besar Buat Aktiviti Tentera Kritikal Ini






IBARAT mimpi, tiga kuasa besar dunia dilapor melakukan aktiviti ketenteraan yang kritikal dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Pada 15 April Rusia melancarkan ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ (satellite killer) yang dikenali sebagai PL-19 Nudol.

Pada 16 April pula China dilapor melakukan ujian peluru berpandu nuklear rahsia bawah tanah di tapak Lop Nur – hari yang sama juga kapal China dilapor menceroboh perairan Malaysia.

Pada 17 April Amerika Syarikat melalui ‘US Space Force’ mengisytiharkan bahawa mereka sedang membina model baru sistem senjata penghalang komunikasi satelit selepas 16 unit ‘Counter Communications System Block 10.2’ sah dibangunkan.Menariknya, ketiga-tiga perkembangan ini berlangsung berturut-turut kurang 48 jam selepas ‘perang harga minyak’ tamat antara Rusia dengan proksi Amerika, iaitu Arab Saudi.Untuk rekod, tindakan Rusia melancarkan ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ PL-19 Nudol pada 15 April hadir kurang sebulan selepas Amerika Syarikat melancarkan satelit kalis perang nuklear, iaitu Advanced Extremely High Frequency (AEHF-6) pada 27 Mac 2020.Ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ oleh Rusia ini dilancarkan dari Plesetsk Cosmodrome dan terbang sejauh 3,000 km sebelum terhempas di Laut Laptev.‘Pembunuh satelit’ PL-19 Nudol Rusia ini dihasilkan oleh kontraktor pertahanan Rusia Almaz Antey, yang sememangnya mengkhusus dalam peluru berpandu jarak jauh – bahkan Nudol dibangun berasaskan sistem anti-peluru berpandu balistik A-235.China pula, meski pun menandatangani Comprehensive Test Ban Treaty (CTBT), namun ia tidak meratifikasinya sekali gus menjadikan perjanjian yang membolehkan pemantauan ke atas tapak ujian nuklear di negara itu tidak terpakai.Tindakan China menjalankan ujian nuklear rahsia bawah tanah ini dalam keadaan ia enggan untuk menyertai Perjanjian START (Strategic Arms Reduction Treaty) yang diusulkan oleh Presiden Amerika Donald Trump – kononnya atas alasan senjata nuklear China dibangunkan bagi tujuan defensif dan tidak mendatangkan ancaman – kini semakin mengundang rasa sangsi kuasa besar yang lain.Hakikatnya, China dianggarkan memiliki 300 senjata nuklear dan tindakan agresif mereka di Laut China Selatan – terbaru laporan kapal mereka menceroboh perairan Malaysia hadir pada hari yang sama apabila Jabatan Negara Amerika mendedahkan ujian nuklear bawah tanah di tapak Lop Nur – menafikan secara tidak langsung dakwaan bahawa China bersikap ‘defensif’.Amerika pula, di sebalik usahanya untuk memperbaharui Perjanjian START dengan Moscow yang bakal tamat pada Februari ini, bertanggungjawab untuk memarakkan ‘perlumbaan senjata ke arah perang angkasa’ dengan Rusia dan China.Jika Perjanjian START bertujuan untuk mengurangkan senjata strategik seperti peluru berpandu nuklear jarak jauh, Rusia telah mengusulkan satu perjanjian yang hampir serupa dalam konteks mencegah ‘perlumbaan senjata di angkasa lepas’ tetapi ditolak Amerika.Sebaliknya, tidak cukup dengan melancarkan satelit Advanced Extremely High Frequency (AEHF-6) yang mencetus tindak balas Rusia pada 15 April, Amerika pada 17 April mendedahkan bahawa mereka sedang membina model baru sistem senjata penghalang komunikasi satelit yang dikenali sebagai ‘Meadowland’.Leftenan Kolonel Stephen Brogan dari US Space Force dilaporkan Bloomberg mendedahkan bahawa empat unit model baru Meadoland akan disiapkan pada Oktober 2022 di mana ia lebih ofensif dengan keupayaan untuk menghalang lebih banyak frekuensi dan juga lebih ringan.Ternyata, dalam keadaan seluruh dunia dibelenggu krisis pandemik COVID-19 yang masih tidak kunjung reda, tiga kuasa besar dunia ini tidak sama sekali mengendurkan persaingan kuasa antara mereka.Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 20/4/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/3-hari-3-kuasa-besar-buat-aktiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Antara Hidup Dan Mati Empat Hari Dikejar Tentera Jepun

Kisah Benar Antara Hidup Dan Mati Empat Hari Dikejar Tentera Jepun

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 636 hits
Awang Besar Awang Damit dan tujuh lagi rakannya sudah nekad untuk melarikan diri dari kem tentera Jepun di Miri Sarawak tempat mereka bekerja Sudah sebulan mereka bekerja di kem tersebut dan pagi itu salah seorang pegawai tentera Jepun data...
Selamat Hari Kesihatan Sedunia Terima Kasih Semua Petugas Terlibat Tangani Covid 19

Selamat Hari Kesihatan Sedunia Terima Kasih Semua Petugas Terlibat Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 296 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan parti dan ahli ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan hari ini Saya dan barisan kepimpinan UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kesihata...
Warga Jepun Kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara Dalam 4 Hari

Warga Jepun Kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara Dalam 4 Hari

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 539 hits
Warga Jepun kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara dalam 4 HariLepas Viral di Jepun cara malaysia handle kebajikan kesihatan para pekerja semasa COVID 19 Malaysia sekali dapat perhatian di Jepun cara kita Build ...
Kisah Lagu Hari Raya Ciptaan Baru

Kisah Lagu Hari Raya Ciptaan Baru

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 707 hits
Semalam saya berkunjung ke pasaraya The Store Sungai Buloh untuk membeli juadah berbuka puasa untuk anak bongsu 8 tahun yang beria ia nak berbuka dengan Pizza Hut hmm walaupun tekak orang tua seperti saya dah tak boleh terima tapi untuk tek...
170 Kes Baharu Satu Kematian Akibat Covid 19 Direkodkan Hari Ini

170 Kes Baharu Satu Kematian Akibat Covid 19 Direkodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 354 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 170 kes baharu COVID 19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 3 963 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kematian ...
Covid 19 Kematian Hari Ini

Covid 19 Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 187 hits
Kes Kematian Baharu COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang 07 April 2020 adalah Seorang Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 63 orang StayAtHome BreaktheChain COVID19Malaysia KitaMestiMenang
Erick Thohir 9 Alat Uji Massal Virus Corona Mendarat Hari Ini

Erick Thohir 9 Alat Uji Massal Virus Corona Mendarat Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 179 hits
Erick mengatakan dengan adanya alat canggih tersebut maka pengujian virus corona bisa dilakukan lebih dari 1 000 per hari Nantinya alat ini tidak hanya dipasang di Jakarta namun juga daerah lain yang membutuhkan seperti Jawa Tengah dan Jawa...
Terkini 80 Kes Covid 19 Hari Ini Pulih Discaj Keseluruhan 1 321 Kes Sembuh

Terkini 80 Kes Covid 19 Hari Ini Pulih Discaj Keseluruhan 1 321 Kes Sembuh

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 288 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 80 kes telah pulih dan dibenarkan untuk discaj hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif semuanya adalah 1 321 kes bersamaan 33 3 peratus daripada jumlah keseluruhan...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking