Kisah Benar Antara Hidup Dan Mati Empat Hari Dikejar Tentera Jepun



Awang Besar Awang Damit dan tujuh lagi rakannya sudah nekad untuk melarikan diri dari kem tentera Jepun di Miri, Sarawak tempat mereka bekerja. Sudah sebulan mereka bekerja di kem tersebut, dan pagi itu salah seorang pegawai tentera Jepun datang membawa satu berita buruk - mereka akan dibawa ke Tokyo dengan kapal.

"Kita mesti lari malam ini juga. Kalau kita dibawa ke Jepun maknanya kita tak akan balik-balik lagi," kata Awang, sambil menyambung, "Kau tujuh orang lari ke Brunei, kemudian ke Sabah."

Pakaian ditanggalkan sehelai demi sehelai, kecuali seluar pendek yang telah lusuh. Dalam gelap malam, mereka keluar dari markas tersebut. Akhirnya mereka berjaya dan berpisah dan berpisah membawa nasib masing-masing. Awang terus berjalan meredah hutan belukar hinggalah matahari terbit keesokan harinya.

Tengah hari itu Awang sampai di Kuala Sungai Baram yang luasnya kira-kira dua kilometer. Awang termenung. Dia tidak gentar dengan keluasannya, tapi yang lebih menakutkan Awang ialah di kuala sungai itu kerap kelihatan ikan yu. Bukan sekali orang melihat sirip ikan berkenaan berlegar-legar di permukaan air dan menyambar mangsanya.

"Patut ke aku seberangi sungai ini?"

Awang duduk di atas, berkira-kira dan bersoal jawab seorang diri. Lama dia termenung sebelum berdiri semula dan mencapai pisau di pinggang yang telah patah matanya. Hulu pisau itu dipegang erat. Apa yang hendak dilakukannya?

"Saya ambil sebatang kayu yang panjangnya kira-kira dua depa dan pacakkan pisau dalam-dalam. Sambil baca Bismillah, saya masuk ke dalam air. Saya nekad untuk berenang ke seberang. Tidak guna berpatang balik sebab Jepun sedang mencari saya. Klau terserempak bermakna tamatlah nyawa saya.

"Saya peluk kayu tersebut, tangan kanan pegang hulu pisau erat-erat dan berenang perlahan-lahan. Di kepala saya mula terbayang ikan yu meluru laju ke arah saya, macam mana giginya yang tajam menyiat dan mengoyak-ngoyakkan tubuh saya dan akhirnya mayat saya berkecai. Air sungai yang sejuk menyebabkan saya makin gementar. Berada di dalam air, di tempat yang banyak ikan yu samalah seperti menyerahkan nyawa kepada Izrail. Saya tahu, sekali saya diserang bermakna saya tidak akan mampu menyelamatkan diri. Saya berdoa supaya segera dihanyutkan ke seberang.

"Malangnya, air beralun ke laut dan saya makin dibawa ke tengah. Hati saya berkata "Mungkin aku akan mati di laut." Lantas saya pejamkan mata dan berdoa. Bayangan ikan jerung dan yu terus berlegar dalam kepala saya.

"Semasa terapung, saya terbayang segala kesusahan yang ditanggung selama ini selepas tentera Jepun menawan  Sabah. Makan ubi, ditangkap, kemudian dibawa ke Sarawak, belajar bahasa Jepun, larikan diri dari kapal Jepun yang hendak membawa saya ke Manila, kemudian jalan kaki balik ke Papar, ditangkap semula dan macam-macam lagi.

"Terbayang juga di kepala saya pengalaman ngeri sewaktu kami naikikapal tentera Jepun , 30 orang kesemuanya bertolak balik dari Manila ke Miri, Sarawak. Dalam perjalanan itu kapal kami diserang kapal selam British. Sebuah demi sebuah kapal tenggelam yang menyelinap di dasar laut. Suara jeritan kedengaran dan mayat terapung di sana sini. Semuanya saya tengok, tapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Malah saya cuma tunggu giliran saja untuk turut sama tenggelam di laut.

Awang Besar menceritakan kegetiran menyambung nyawa di zaman kekejaman tentera Jepun yang terpaksa beliau tempuhi
"Tapi alhamdulillah akhirnya kami selamat, sampai ke Sarawak semula. Namun daripada 30 buah kapal yang meninggalkan Manila, yang sampai ke Miri cuma dua buah sahaja. Tapi pengalaman itu sudah lama berlalu, kini sekali lagi saya berhadapan dengan maut, juga di dalam laut. Juga kerana Jepun laknat itu!

"Selepas lebih sejam terapung, tiba-tiba kaki saya terpijak pasir, Di mana ni? Saya buka mata...Oh! rupanya saya dah berada di seberang!

"Sambil mengucap syukur, saya naik ke pantai dan berjalan lagi. Badan terlalu letih kerana belum makan dan minum. Tapi terlepas dari maut di laut, satu lagi ancaman saya lalui. Ketika hari hampir senja, saya terserempak dengan lelaki Sikh.

"Semasa saya berjalan terhuyung-hayang, tiba-tiba  dia memaki saya, "Celaka! kau rupanya  yang curi lembu aku!" Sikh itu heret saya ke rumah seorang tali barut Jepun. Sampai di satu belukar tidak jauh daru rumah tali barut Jepun itu, saya buat helah hendak pergi kencing. Sikh itu benarkan dan dia terus berjalan ke rumah tali barut Jepun.

"Bila tali barut Jepun muncul, saya segera bersembunyi di dalam belukar, "Mana orang itu?" jerkah tali barut Jepun bila lihat saya sudah tidak ada lagi. "Eh...tadi ada," kata Sikh tadi.

"Tapi ketika sedang bersembunyi, tiba-tiba lalat hutan menghurung seluruh badan saya yang separuh bogel. Lalat itu berbisa. Berpinar mata saya menahan sakit. Tapi hendak ditepuk tidak boleh takut didengar. Saya cuma ketapkan gigi, Saya lurut badan dengan tangan hingga tiada seekor pun lalat yang tinggal.

"Sementara itu, lelaki Sikh  dan tali barut Jepun terus mencari saya. Tapi dalam cuaca yang semakin gelap, mereka gagal. "Kau jangan main-main!" tengking tali barut, terus membebel dan memarahi Sikh berkenaan yang saya tengok terkulat-kulat.

"Bila mereka sudah tidak ada lagi, saya teruskan perjalanan menuju ke pantai. Sambil mulut saya menyumpah-nyumpah Jepun. Kalau bukan sebab mereka, saya takkan susah begini. Badan sudah terlalu letih, tak makan dan minum. Malam itu saya tidur di pantai dengan menimbuskan badan di dalam pasir. Kepala saya tutup dengan sabut kelapa.

"Siang harinya saya masuk ke hutan semula berjalan lagi, hinggalah malam menjelang semula. Terlepas dari dua bahaya itu, kini saya terserempak pula dengan sebuah rumah tempat tentera Jepun. Letaknya di atas bukit berhampiran pantai dengan seorang pengawal menyuluh ke bawah menggunakan sebuah lampu besar.

"Alhamdulillah, ketika pening mencari helah, saya ternampak sepasang uniform Jepun yang sudah buruk tidak jauh dari rumah itu. Saya ambil uniform itu, selempangkan di bahu seperti jala dan berjalan ke pantai semula. "Manyak Ikan Ka?" jerit tentera Jepun dari rumah berkenaan "Nai!" (tak ada) jawab saya.

" bila lampu tidak menyuluh lagi, saya segera melarikan diri, sampailah ke pertemuan kuala Sungai Belait dan Sungai Tutang. Selepas entah berapa kilometer berjalan kaki, saya terpaksa  pula berenang menyeberangi kuala sungai itu. Sebuah demi sebuah kampung saya temui, hutan demi hutan saya redah, tidur di dalam timbunan pasir. Pada hari keempat saya sampai ke Batu 10 Brunei. Tidak ada Jepun di Brunei. Malam itu sekali lagi saya tidur di dalam pasir.

"Paginya, bila terjaga, saya berjalan ke Bandar Sri Begawan. Di sana saya terserempak dengan seorang lelaki tua yang tinggal di Kampung Siti Pahlawan. "Boleh saya ikut pak cik ke sana?" saya ada saudara, nama dia Mandur Buntar," kata saya. "Boleh. Itu majikan saya," jawab lelaki tua itu.

" kampung Siti Pahlawan adalah kampung air. Saya banyak saudara di sana sebab keturunan kami berasal dari Brunei. bila sampai di kampung itu, lelaki berkenaan turunkan saya dan dia balik kerumahnya.

" bila ditinggalkan seorang diri, saya tidak tahu apa yang hendak dibuat kerana saya tidak tahu dimana letaknya rumah Mandur Buntar. Lantas dengan hanya berseluar pendek, muka yang comot, rambut kusut masai, saya duduk di hujung jambatan seorang diri. Berfikir apa yang perlu dibuat.

"Tiba-tiba seorang lelaki menyapa, "Buat apa tu kang?" dia fikir saya orang Indonesia. "Tak ada apa-apa , tunggu kawan," jawab saya.Seorang demi seorang yang lalu memanggil saya "kang". Hari itu saya menjadi orang Indonesia.

"Duduklah saya di situ dari pagi sampai ke petang, tapi tiada seorang pun mempelawa makan atau bawa balik ke rumah, hinggalah pada pukul 5.00 petang bila lalu seorang lelaki. Dia bawa saya balik ke rumahnya. Dalam berbual-bual itu saya dapati rupa-rupanya kami bersaudara.

"Ketika itu juga dia bawa saya ke surau, cukur janggut, mandikan saya, guntingkan rambut dan berikan pakaian baru. Kemudian saya dibawa balik ke rumahnya dan kami berpelukan, menangis terharu. Selepas empat hari empat malam berjalan kaki, tidak makan dan tidak minum, malam itu saya dijamu dengan bubur nasi. Saya makan dengan gelojoh. Enak sungguh rasanya.

"Keesokan harinya saya terlantar tidak boleh bangun. Rupa-rupanya makan terlalu banyak selepas makan terlalu banyak selepas beberapa hari tidak makan dan minum boleh memudaratkan badan. Seminggu lamanya saya terlantar. Apabila pulih, saya terus tinggal di kampung tersebut hinggalah perang tamat."

Kisah benar ini diceritakan sendiri oleh Awang Besar pada tahun 1999 yang pada ketika itu beliau telah menjangkau umur 80 tahun dan menetap di Kampung Brunei, Kimanis, Sabah. Begitu getir semangat juang orang-orang lama pada zaman penjajahan. Jangan mudah percaya kepada orang luar yang memberi harapan, kalau dah namanya penjajah tetap berperangai penjajah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.krissmerah.com/2020/04/antara-hidup-dan-mati-empat-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Polisi Pengawal Jenazah Covid 19 Di Antara Cemas Dan Tanggung Jawab

Kisah Polisi Pengawal Jenazah Covid 19 Di Antara Cemas Dan Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 245 hits
Sebelum bertugas katanya semua personel dilakukan pengecekan suhu tubuh dari diberi vitamin Semua wajib melakukan prosedur itu
Kisah Penternak Khinzir Jepun Diterjemah Melalui Gambar

Kisah Penternak Khinzir Jepun Diterjemah Melalui Gambar

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 427 hits
Seorang penternak di Jepun yang bernama Otchan ini menyayangi babi babi peliharaannya yang berjumlah kira kira 1 200 ekor Setiap hari babi babinya diberikan kasih sayang dan perhatian tanpa terkecuali Banyak perkara yang dilakukan oleh pent...
Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh

Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 416 hits
Kisah Benar Sembuh Virus Covid 19 Oleh Bekas Pesakit Tabligh Faiz dari Kota Bharu Kelantan aktif dengan dakwah Tabligh Beliau positif covid 19 selama 10 hari Ini adalah perkongsian saudara Faiz dengan Master Haji Roslan Saudara Faiz menceri...
Pohon Doa Semua Nak Rehat Dulu Perkongsian Kisah Hidup Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh

Pohon Doa Semua Nak Rehat Dulu Perkongsian Kisah Hidup Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 467 hits
Saban hari media sosial pada ketika ini tidak lekang dengan pelbagai kiriman yang menyaksikan betapa pemurah dan mulianya rakyat di negara ini dalam membantu golongan yang memerlukan Ustaz Ebit Lew sudah semestinya antara individu yang seti...
Hari Hari Kes Meningkat Dan Mati Patuhilah Pkp

Hari Hari Kes Meningkat Dan Mati Patuhilah Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 252 hits
Setiap hari ada peningkatan pesakit berkaitan jangkitan koronavirus dan hari ini aku terus terima berita duka Apa yang aku boleh buat selain berusaha mematuhi PKP serta berdoa agar musibah ini cepat pergi semuga Yang Esa perkenan doa hamba ...
Warga Jepun Kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara Dalam 4 Hari

Warga Jepun Kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara Dalam 4 Hari

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 529 hits
Warga Jepun kagum Pusat Konvensyen Terbesar Malaysia Menjadi Hospital Sementara dalam 4 HariLepas Viral di Jepun cara malaysia handle kebajikan kesihatan para pekerja semasa COVID 19 Malaysia sekali dapat perhatian di Jepun cara kita Build ...
Empat Hari Habis Pantang Isteri Hafiz Suip Turun Padang Beri Bantuan

Empat Hari Habis Pantang Isteri Hafiz Suip Turun Padang Beri Bantuan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 386 hits
Baru empat hari habis tempoh berpantang isteri kepada penyanyi popular Hafiz Suip sudah mula melakukan aktiviti sukarelawan dan gigih turun padang untuk memberikan bantuan Isteri Hafiz Nureffy Jesreel telah melahirkan anak kedua mereka pada...
Filem Pihu Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Berlaku Di Apartment Di New York Tahun 2017

Filem Pihu Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Berlaku Di Apartment Di New York Tahun 2017

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 785 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Filem PIHU diangkat dari kisah nyata yang terjadi di apartemen di New York tahun 2017 di mana seorang anak bernama Pihu yang terkurung di apartemen selama 3 hari untuk bertahan hidup Pihu merupakan anak b...
Posting Terakhir Glenn Fredly Buat Isteri Empat Hari Lalu Jadi Perhatian

Posting Terakhir Glenn Fredly Buat Isteri Empat Hari Lalu Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 238 hits
Sebentar tadi negara dikejutkan dengan berita kematian penyanyi terkenal dari seberang Indonesia Glen Fredly Penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra Jakarta Se...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Al Fatihah

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 3

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Do You Know About Penang S Baobab Tree