3 Disember Bermulanya Sejarah Kebangkitan Anak2 Muda Malaysia


 
Pada pagi 3 Disember 1974, empat puluh tujuh tahun yang lalu, beribu-ribu orang pelajar universiti dari seluruh negara telah berhimpun di ibukota Kuala Lumpur untuk menzahirkan sokongan kepada perjuangan petani-petani miskin di Baling, Kedah yang terhimpit dalam kemiskinan akibat kejatuhan harga getah.
Dalam tempoh hampir setengah abad itu, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pergerakan anak-anak muda di Malaysia yang dipelopori oleh para pelajar universiti.
Antara yang nyata ialah mulai 15 Disember tahun 2021 ini, anak-anak muda Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas secara otomatik sudah boleh mengundi di dalam pilihanraya dan juga boleh bertanding sebagai calon ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri.
Peranan anak-anak muda sangat terserlah semasa tempoh hampir dua tahun negara mengharungi Pandemik Covid-19 di mana berlaku tiga kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika sebahagian rakyat miskin dari golongan B40 keputusan makanan di ambang kebuluran, anak-anak muda muncul dengan inisiatif, “Kibarkan Bendera Putih” di seluruh negara.
Begitu juga untuk menarik perhatian akan suasana cemas tentang kegagalan kerajaan menangani jumlah kematian angkara Covid-19 yang meningkat setiap hari, maka anak-anak muda tanpa rasa takut ditangkap atau dipenjara telah turun ke jalan-jalanraya mengisytiharkan gerakan “Kibarkan bendera hitam” di seluruh negara.
Perjuangan para pelajar universiti dan anak-anak muda Malaysia tidak pernah berhenti. Mereka sentiasa dapat mengesan denyut nadi kehidupan rakyat jelata.
Kini anak-anak muda dan para pelajar universiti tampil sekali lagi ke hadapan menyuarakan keresahan dan kebimbangan rakyat yang sedang menghadapi krisis harga barangan makanan seperti ayam, telor, sayur-sayuran dan roti naik melambung tinggi.
Apa yang berlaku 47 tahun lalu yang digerakkan oleh anak-anak muda di kampus-kampus universiti bukanlah satu perkara terpencil yang tidak meninggalkan kesan atau legasi.
Sejarah perjuangan adil dan berani para mahasiswa universiti hampir setengah abad yang lalu, berlanjutan hingga ke hari ini.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
3 Disember 2021 (Jumaat)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/3-disember-bermulanya-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bwf World Tour Finals Sejarah Kejohanan Dan Prestasi Pemain Badminton Malaysia

Bwf World Tour Finals Sejarah Kejohanan Dan Prestasi Pemain Badminton Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 570 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBWF World Tour Finals juga dikenali sebagai HSBC BWF World Tour Finals Kejohanan ini merupakan kejohanan tiap tahun dimana ia dilangsungkan pada setiap bulan Disember Pemain dengan mata ranking terbanyak d...
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Telekom Malaysia Disember 2021

Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Telekom Malaysia Disember 2021

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 596 hits
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Telekom Malaysia Disember 2021 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan koso...
Pm Isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia

Pm Isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 272 hits
PM isytihar 3 Disember Hari Batik Malaysia Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini Dalam ucapan khas disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia di saluran TV1 dan media s...
Malaysia Perlu Iktiraf Pemimpin Muda Penganalisis Politik

Malaysia Perlu Iktiraf Pemimpin Muda Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 217 hits
Eton KhirSIVAMURUGAN Calon muda itu mestilah seorang calon yang berkelayakan ada ketokohan ada kemampuan yang disegani oleh penduduk setempat Gambar fail KUALA LUMPUR Sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kedudukan anak muda yang mempunya...
Mencipta Sejarah Tpm Wanita Yang Pertama Di Malaysia

Mencipta Sejarah Tpm Wanita Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 278 hits
Mencipta sejarah TPM wanita yang pertama di Malaysia Mengukir sejarah TPM dan kerajaannya yang dijatuhkan bukan oleh rakyat tetapi oleh pengkhianat diketuai oleh PM sendiri Muhyidin semburit dan sekutunya umno dan Pas Jasamu dikenang Selama...
Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 530 hits
Dapatkan Pas Keluarga Malaysia Bermula 1 Disember 2021 Assalammualaikum semua Berita gembira buat keluarga di Malaysia yang ingin travel menggunakan pengangkutan awam Hari ini PAS KELUARGA MALAYSIA telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Pe...
Jangan Harap Pengundi Malaysia

Jangan Harap Pengundi Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 278 hits
The worst is yet to come Over the next two years Malaysians are going to suffer more and more My critics and sceptics say if I want to talk then come back to Malaysia More than 1 5 Malaysians live outside Malaysia And this is because they h...
Juara Piala Malaysia Wilayah Persekutuan Cuti Umum Jumaat Ini

Juara Piala Malaysia Wilayah Persekutuan Cuti Umum Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 348 hits
Oleh Shahidan Kassim meraikan kejayaan KL City FC muncul juara Piala Malaysia bersama Penaung KLFA Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Faizal Azumu malam tadi Gambar FB Shahidan Kassim KERAJAAN bersetuju supaya hari Jumaat ini diisytiharkan ...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Batuk Kering Vs Batuk Berkahak Apa Bezanya Untuk Si Manja

Rabu Tanpa Kata

Guardian Malaysia Sumbang 40 Juta Mandian Kepada Golongan Yang Memerlukan Untuk Kehidupan Yang Lebih Bermaruah

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Cameron Highlands Di Hari Hujan