3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat


3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah. Nombor #1 Penting Sangat | 
Salam semua, Sekarang ni dah ramai yang berjinak - jinak untuk menjadi seorang youtuber. Kawan- kawan  blogger ni pun rasa ramai jugak youtuber kan. Nak jadi seorang youtuber bukan semudah itu. Kalau bagi sis sendiri akaun youtube memang dah lama ada cuma tak buat video jerr. 


Berjinak - jinak nak edit video bagai masa awal tahun lepas selepas dengar yang adsense pun boleh jana income dengan youtube.

Tapi masa tu sis tak ambil tahu sangat. Edit video bukan kegemaran sis sebenarnya, sebab rasa macam leceh, renyah nak buat itu ini haa. Betapa egonya diri ini dulu. Sekarang phone penuh dengan video - video, kalau dulu bersepah dengan gambar, ni dah dua - dua ada dah. :D.

Sekarang pun asyik nak cari app editing video mana yang terbaik. Dulu tak ambil tahu pun.

Sampai satu masa sis bersemangat nak edit video, walaupun mula - mula tu, video caca marba memang tak tahu apa :D. Bila lihat youtuber lain dah berjaya buat income dengan adsense, jadi sis fikir sis akan cuba dulu. :).

Berjaya Dapatkan 1000 Subscriber Dan 4000 Watch Hours

Punyalah usaha macam - macam nak naikkan subscribers, dan akhirnya bulan 6 lepas, sis berjaya naikkan subscribers 1000 dan 4000 watch hours. Itu syarat sekarang untuk youtubers nak mohon adsense untuk youtube.

Rasa macam bersyukur sangat. Macam mana nak naikkan subscribers, kalau korang dengar, panjang nak bercerita ni.

Sis nak fokus topik hari ini untuk pemahaman asas sebagai seorang youtuber wajib tahu.  Apa yang menyebabkan naik mendadak subsribers sis sampai dah cecah 1000 subs tu. Mungkin rezeki Allah, semua video dalam tu sis edit sendiri video, tak ambil content orang pun.

Subscribers naik mendadak di sebabkan video resepi kek marble yang lembut dan gebu. Entah kenapa selepas 3 minggu sis upload, tiba - tiba viewers makin tinggi dan subs pun naik drastik. Memang terkejut la.


Baru nak check, rupanya orang yang dah subs hanya kerana video ini dah masuk 1K dah. Korang boleh check ya dekat youtube studio, berapa orang yang subs setiap video kita upload. Dalam banyak - banyak video, ini lah subs paling banyak sebab video ini lah view paling tinggi.

Teringat balik susah -payah nak shoot video ni, nampak buat video masak - masak, ingat senang ke nak record video sambil masak - masak. Kiranya berbaloi sebab dah terbayar hasil penat lelah.

Tak putus - putus ada yang komen, like pun makin meningkat tak kurang orang yang dislike pun ada. Biasalah yang tak suka pun ada di sekeliling kita.

Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah 
Bagi yang dah ada channel youtube, mesti korang tertanya - tanya bagaimana nak naikkan jumlah viewers di setiap video kita. Jumlah viewers di youtube bergantung kepada banyak faktor juga. Kalau orang kata content video menarik dan penonton suka terus mereka akan subs

Itu secara automatik jumlah viewers pun meningkat dalam masa yang sama subs pun naik. Ini macam kes sis punya yang viral punya video kek marble tu. 
Cuma buat masa sekarang ini, sis nak fokus satu - satu, nak suruh buat benda yang mudah dulu. Tahu lah kita bukan retis oitt. Kalau retis tak apa lah sekali upload berduyun - duyun yang tonton. Dalam masa 3 jam tu pun dah cecah 30K views dah. Siapa lah yang tak nak macam tu, kita pun nak. 



1. Youtube Pun Kena Pandai Main SEO 
Ingat blog jer ke kena pandai main SEO, youtube pun kena pandai SEO jugak ya hii. Bila orang nak google search video kita boleh naik first page jugak. Sis imbas balik yang video ni viral sekejap selepas 3 minggu upload. Untuk 'basic' info kat sini, dari 'title', 'description' sampailah kat bawah sekali 'tag', semua kena isi ya jangan tinggal kosong

Bahagian ini biasanya orang malas nak isi, tapi bahagian ini lah yang paling penting kita nak letak keyword semua tu. Jadi, jangan malas menaip. Cuba tengok balik gambar atas, hashtag pun penting ya, boleh letak di description atas sekali sebelum nak taip panjang lebar kat bawah. Disebabkan ini resepi, sis letak resepi penuh kat sini

Dan dekat description, kalau betul - betul nak ikut SEO, bilangan patah perkataan mestilah dalam 200 patah perkataan. Susah tak, hii. Sis pun sendiri tak buat semua, sis pilih video yang ada potensi nak viral jer. Untuk kes sis, bila view naik mendadak sis pun tak tahu apa punca. Sis fikir ni mesti bila kena betul - betul SEO, memang naik video kita. 
Faham ke tak ni, penting ya sini isi, jangan tinggal kosong. Lagipun, bila orang sentiasa like dan komen channel kita, maknanya youtube tahu video ni memang orang suka dan youtube akan jadikan video kita untuk recommendation dan selalu akan nampak di newsfeed youtube


Ini bahagian tags, bahagian bawah sekali. Kalau korang create channel betul - betul ikut niche, rasanya tak ada masalah. Ikut 4 langkah ini ya, yang penting isi. Sentiasa hasilkan dengan kata kunci yang menarik audiens korang ya

2. Isi bahagian di Advanced Settings

Yang kedua, isi di bahagian advanced settings. Korang klik dekat video manager dan seterusnya klik advanced settings. 
Nanti akan keluar seperti gambar di bawah.  Daripada langkah 1 hingga 14 tu ada yang isi ada yang tak, bergantung atas video yang korang upload jugak. Walaupun kita nak publish terus, kadang- kadang sis sendiri pun terlepas pandang kat bahagian ini. Ingatkan tak payah nak isi.

Tapi bila tengok balik untuk komen tu, memang youtube set untuk hold dulu sekiranya ada orang komen video kita. Jadi kat sini sis dah set allow for all comment.


 Jadi, pastikan klik betul - betul apa yang ada kaitan dengan video korang ya sebelum klik save changes. 

3. Tambah add card di setiap video 



Mula - mula tak tahu juga  fungsi card ni, bila dah tahu rupanya memang sangat penting jugak ya. Kalau korang perasan setiap kali korang tonton video, nampak tak naik suggested kat tepi sebelah kanan. Kalau mata tak terlepas pandang memang akan nampak.

Fungsi add card tu untuk letak kita punya link video kita yang lain dalam video tersebut. Faham ke tak ni. Itu caranya nak promote link video korang yang lain. Tengok gambar di atas, sebagai contoh korang cari video yang paling banyak view, klik edit dan klik card.


Seterusnya akan keluar seperti gambar di atas. Klik video or playlist dan akan keluar senarai video korang, tapi tak semua ada kat situ. Ataupun nak senang kalau korang dah banyak video, copy link video yang masih tak banyak lagi view dan paste di dalam ruangan kotak seperti di bawah.

Seterusnya boleh klik create card.


Seterusnya, link video yang kita nak letak akan ada kat situ seperti gambar di bawah.

Korang boleh adjust minit ke berapa yang korang nak link video tersebut keluar. Ikut lah 6 langkah ini ya. Nak letak link video kita kat sini hanya terhad kepada 5 video sahaja. Jadi pandai - pandai nak adjust letak minit ke berapa. Kalau video panjang mudah sikit nak adjust.

Kalau lagi rajin boleh buat untuk setiap video. Nampak tak tanda simbol tanda seru sebelah kanan tu, kat situ lah link video akan keluar, kalau audiens nak tahu sangat, mungkin mereka akan klik.



Kesimpulannya 
Itu lah ya 3 cara yang mudah dulu, hadam yang ini, walaupun banyak cara lain jugak nak naikkan views. Yang penting rajin upload tapi ada kualiti, yang ada potensi audiens nak tonton. Kadang - kadang video syok sendiri pun bila dah viral dan ramai pengikut ni, upload video apa pun orang tetap nak tengok kan. 
Kenapa sis cakap yang nombor 1 tu penting sangat. Sebab kat situ lah kita nak mengoptimumkan kekuatan kata kunci dari segi title, description, tag semua tu. Kat situ semua maklumat penting. Jangan tinggal kosong kat situ ya

Kat sini kena banyak buat research keyword ya. Sis pun banyak nak belajar lagi ni. Kadang- kadang pening jugak dengan algoritma youtube ni. Ok lah  harap dapat membantu korang semua ya terutamanya yang baru nak bergelar youtube. 
Jangan lupa subscribe channel sis ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/09/cara-meningkatkan-jumlah-viewers-youtube-dengan-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Mudah Dan Sederhana Untuk Menjaga Dan Meningkatkan Kesehatan Penglihatan

5 Cara Mudah Dan Sederhana Untuk Menjaga Dan Meningkatkan Kesehatan Penglihatan

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 257 hits
Selain dengan berkonsultasi ke dokter terdapat sejumlah hal lain yang bisa membantumu menjaga kesehatan penglihatan secara mudah Hal ini bisa kamu lakukan secara mandiri dan rutin
Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

Cara Buat Nutella Homemade Yang Sangat Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 363 hits
Anak anak memang sukakan coklat Nutella Selain disapu pada roti makan macam tu je pun boleh habis satu balang Jadi bolehlah cuba buat Nutella homemade perkongsian Puan Danita Daniels ni Mudah sahaja Malah kebersihan terjamin dan lebih jimat...
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1135 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
Menurut Penelitian Begini Cara Mudah Agar Anak Mau Untuk Mengonsumsi Sayur

Menurut Penelitian Begini Cara Mudah Agar Anak Mau Untuk Mengonsumsi Sayur

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 324 hits
Cara yang bisa dilakukan oleh orang tua adalah dengan menawari anak dengan beragam jenis sayuran Diketahui bahwa cara ini dapat meningkatkan penerimaan anak terhadap sayur dan juga membuat mereka mau mengonsumsinya
Cara Mudah Lagi Berkesan Membersih Dan Menggilap Hanya Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

Cara Mudah Lagi Berkesan Membersih Dan Menggilap Hanya Dengan Bahan Sedia Ada Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 379 hits
Seorang suri rumah yang tinggal di London Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah Membersih permuk...
Ingin Makanan Cepat Saji Lebih Sehat Begini Cara Mudah Yang Bisa Kamu Lakukan

Ingin Makanan Cepat Saji Lebih Sehat Begini Cara Mudah Yang Bisa Kamu Lakukan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 291 hits
Untuk mengubah makanan cepat saji milikmu menjadi lebih sehat disarankan untuk menghilangkan sejumlah penambah rasa yang ada di dalamnya Perubahan rasa ini bisa membuat makanan yang kamu konsumsi lebih sehat serta keinginanmu untuk terus me...
Cara Mudah Dan Murah Wangikan Kenderaan Anda

Cara Mudah Dan Murah Wangikan Kenderaan Anda

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 373 hits
Anda pasti pernah berdepan dengan masalah kenderaan berbau busuk disebabkan hapak kasut atau tumpahan makanan dan minuman Biarpun selepas dicuci kadangkala aroma yang kurang menyenangkan itu masih melekat Justeru bagi mengatasi masalah bau ...
Cara Untuk Reset Instagram Password Menggunakan Nombor Telefon

Cara Untuk Reset Instagram Password Menggunakan Nombor Telefon

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1610 hits
Tahukah korang sebenarnya kita boleh reset instagram password menggunakan nombor telefon Bagaimanakah caranya Korang boleh baca artikel ini sampai habis insyaallah kalau ikut tutorial mudah ini dengan betul korang dapat recover balik instag...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut