3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah


3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah | Hijrah? Bicara tentang hijrah ini selalu berdendang bila kita mendekati tanggal 1 Muharam iaitu hari pertama, bagi bulan Hijriah. Musim ini kita akan sibuk lah  dengan program kacau bubur asyura di sana sini. Sunnah katanya



Bukan jadi kesalahan pun mengacau bubur asyura, tapi kita saban tahun duk meraikan tahun baru Hijri (tahun ini sudah 1440H pun), namun masih gagal untuk menghayati pengertian sebenar HIJRAH itu sendiri. Bila kita benar-benar boleh berhijrah

Setiap tahun kita renew azam tahun baru kita, nak berubah, nak berhijrah katanya. Tapi momentum itu makin lama makin hilang energy nya bila tiba pertengahan tahun. Hangat-hangat tahi ayam kata orang Melayu

Tapi hangat nya tahi ayam itu boleh jadi lebih lama dari momentum jiwa yang nak berhijrah itu barangkali. Iya lah. Hari ini berazam nak sucikan rezeki, dan taknak dah makan dari sumber haram. Taubat katanya~
Tapi dua saat selepas berazam, awak seluk kocek, ambil sebatang rokok lalu di letakkan di celah bibir. Cucuh api~ i.iskk..puhhhh~
Hmm.. sedang mufti sudah keluarkan fatwa rokok itu haram, namun disedut, hembos sedut hemboss jua. hmm kata dah taubat taknak "makan" benda haram~ Acaner tu


Suka Mencari Alasan Setiap kali Usaha Hijrah kita GagalHijrah. Semua orang mampu berhijrah. Masalahnya, adakah kita benar-benar nak berhijrah atau sekadar hanya nak-tak-nak berhijrah saja

Andai kita benar-benar nak, Allah akan buka jalan seluas-luasnya! DiberiNya kemudahan dan kekuatan yang luar biasa kepada kita

Orang yang selalu beralasan itu ini untuk berubah, itulah orang yang nak-tak-nak hijrah sebenarnya

  “Susah lah nak hijrah”  “Aku bukan dari family background yang kuat agama macam kau”

Sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus duk block minda kita dari berganjak

Jom kita sama-sama mencuba 5 kaedah ini untuk kekal istiqomah untuk berubah. Konsep berubah dan berhijrah sangat persis dengan konsep fizik inersia. 
Eh.. Mula-mula momentum, sekarang inersia pulak. Nak cerita tentang hijrah ke nak mengajar fizik ni hakhak. Ok. Jom terus ke point pertama Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah

3 Cara Kekalkan Momentum Untuk Berhijrah
1) Melazimi Taubat
Bila nak berhijrah, pertama sekali kita perlu mengaku salah, serta memohon ampun terhadap kesalahan yang kita dah buat. Seterusnya, bertekad dan usaha supaya tidak ulangi lagi

Sekian lama kita bergitu biadap terhadap Allah

Allah telah beri banyak nikmat ke atas kita. Tapi kita

Gunakan segala nikmat itu untuk tujuan maksiat

Part mengaku salah dan memohon ampun itu kita akan kena selalu buat berulang-ulang dan ulang lagi setiap hari. Kena sedar diri lah. Level iman kita masih lagi terlalu rendah sehingga gagal berkali-kali untuk TIDAK MENGULANGI DOSA YANG SAMA. 
Itulah maksud melazimi taubat. Buat salah, taubat. Buat lagi, terus cepat-cepat taubat. Jangan bertangguh untuk memohon ampun dan bertaubat

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…” (Ibn Qayyim)
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”(Imam al- Ghazali)


2) Jaga Solat FardhuHayatilah kisah-kisah hijrah Allayarhamah Sharifah Aini, dan lain-lain. Bila mereka ditanya maca mana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:
“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila tiang pun sudah kita runtuhkan, bagaimana nak dapat kekuatan untuk berhijrah ke arah agama? 
Malah solat itu sendiri merupakan amalan pertama yang akan di hitung. Jika tak solat, amalan kita yang lain-lain nya tidak akan diterima. Allahu~


3) Bergaul Rapat dengan Orang Yang Baik-baik, Jauhkan Diri Dari Rakan yang FasikBila nak jadi baik, kita kena duduk bersama orang yang sama-sama dengan kita nak jadi baik

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita ke arah kebaikan

Kata seorang penyair:“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Ulama juga ada berpesan:“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan menjauhkan diri dari TEMAN YANG JAHAT”

Akhir sekali, pesan Imam Al-Qushairi:“Orang yang mahu bertaubat, mesti mulakan dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat. Kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niat dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah”

So, untuk kekalkan momentum dan kekuatan tekad hati itu untuk berhijrah, aku rasa kita perlu banyak ikuti jemaah masjid, kaki surau, kumpulan usrah, badan dakwah kampung ke, tak kisah lah. Asalkan jangan duduk bersendirian di rumah

Ye lah. Dah kata kena tinggalakan rakan-rakan yang jahat. Kita pula, berkawan nya semua dari kalangan kutu berahak belaka hakhak. So bila tinggalkan mereka, tiada kawan dah la kita pun

Ada seorang rakan aku pernah pesan. Bila dalam masalah atau sedang dalam dilema (nak hijrah ke tak), jangan sesekali duduk bersendirian. Kita hanya memberikan ruang untuk syaitan "meniti" masuk ke hati kita. Bahaya!


Maksiat; 
jika tak mampu tinggal semua. Jangan buat semua.Ibadat; 
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua.

So, ini sahaja lah perkongsian aku pada Jumaat minggu ini. Apa-apa pun, semua nya datang dari dalam hati. Nak seribu daya, taknak seribu dalih, ye tak


Jumaat 10 Safar 1440H19 Oktober 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2018/10/5-cara-bertaubat-cara-nak-berhijrah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reds Perlu Kekalkan Momentum Klopp

Reds Perlu Kekalkan Momentum Klopp

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 202 hits
JURGEN Klopp mahu pemain Liverpool kekal fokus meskipun peluang mereka ke kelompok 16 terakhir semakin cerah selepas menewaskan Red Star Belgrade 4 0 dalam saingan Liga Juara Juara Kumpulan C di Anfield awal pagi tadi The Reds kini mendahul...
Cara Tangkap Ketam Ragi

Cara Tangkap Ketam Ragi

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 1928 hits
Ketam ragi sejenis ketam laut Ketam ragi mudah didapati di tepi pantai Menangkap atau igat ketam ragi tidak sukar Tidak perlu pergi jauh di tengah laut Tidak perlu bot atau perahu Malah untuk menangkap ketam ragi tidak perlu peralatan khas ...
Cara Untuk Menyunting Background Gambar Pasport

Cara Untuk Menyunting Background Gambar Pasport

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 380 hits
Tips kali ini kami ingin berkongsi cara 8211 cara untuk mengubah warna latar belakang gambar pasport menggunakan perisian Photoshop Caranya tidaklah serumit yang anda sangkakan ikuti sahaja langkah berikut nbsp Langkah 1 Pertama sekali buka...
Cara Daftar Akaun Tabung Haji Ke Atm Kad Cimb

Cara Daftar Akaun Tabung Haji Ke Atm Kad Cimb

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 966 hits
Ramai di antara kita yang masih tidak tahu Tabung Haji telah pun menjalankan usahasama bersama bank bank terpilih untuk memudahkan transaksi penyimpan di cawangan bank bank tersebut Antara bank yang terpilih ialah CIMB CIMB merupakan sebuah...
Bertemu Komunitas Medis Prabowo Minta Masukan Cara Kelola Layanan Kesehatan

Bertemu Komunitas Medis Prabowo Minta Masukan Cara Kelola Layanan Kesehatan

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 236 hits
Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto menghadiri simposium tenaga kesehatan di Pendapa Prawedanan Istana Mangkunegaran Solo Sabtu Simposium bertajuk meet the expert of vasular Medicine tersebut diikuti para dokter ahli paramedis dan...
5 Orang Sukses Ini Punya Cara Unik Jaga Kesehatan Tubuh

5 Orang Sukses Ini Punya Cara Unik Jaga Kesehatan Tubuh

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 266 hits
Umumnya orang orang sukses ini adalah petinggi dari sebuah perusahaan Mereka amat sibuk dan kerap pulang malam Ternyata pada pagi pagi sekali mereka sudah bangun untuk olahraga sebelum menjalani sibuknya keseharian mereka
Cara Bn Bazirkan Wang Rakyat Rm7 Juta Untuk Kaca Kalis Peluru Guan Eng

Cara Bn Bazirkan Wang Rakyat Rm7 Juta Untuk Kaca Kalis Peluru Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 467 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membatalkan sebuah projek bagi menggantikan tingkap di tiga tingkat teratas di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya dengan kaca kalis peluru Lim berkata projek yang diluluskan ketika pentadbiran BN ...
Cara Membuat Pancake Pisang Sederhana Dengan Bahan Bahan Di Rumah

Cara Membuat Pancake Pisang Sederhana Dengan Bahan Bahan Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 656 hits
Cara membuat pancake pisang sederhana dengan bahan bahan di rumah Takarannya pun cukup menggunakan sendok Waktu memasaknya juga benar benar singkat
Cara Buat Pasu Bunga Bertingkat Tingkat Dengan Paip Pvc

Cara Buat Pasu Bunga Bertingkat Tingkat Dengan Paip Pvc

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 1409 hits
Ramai yang berminat untuk menanam pokok bunga dan pokok sayur di halaman rumah Tapi tempat adalah menjadi masaalahnya Kawasan halaman rumah terhad dan sekangkang kera sahaja Hari ini aku jumpa cara buat pasu bertingkat tingkat dengan Paip P...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah