3 Cara Bayar Zakat Online Mudah dan Cepat Rakyat Malaysia
Jom tahu cara bayar zakat online! Zakat merupakan kewajipan bagi umat Islam untuk membantu golongan yang memerlukan dan membersihkan harta mereka. Di zaman teknologi kini, proses membayar zakat menjadi lebih mudah dengan adanya platform atas talian (online). Dengan hanya beberapa klik, urusan zakat dapat diselesaikan tanpa perlu keluar rumah.
3 Cara Bayar Zakat Online Mudah dan Cepat Rakyat Malaysia
Setiap negeri di Malaysia mempunyai lembaga zakat yang menguruskan kutipan dan agihan zakat. Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) adalah beberapa contoh institusi yang menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat online melalui portal rasmi mereka.
Selain portal zakat, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui perbankan internet. Bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, dan banyak lagi membolehkan anda membayar zakat terus dari akaun bank anda.
Aplikasi e-dompet seperti Boost, Touch ‘n Go eWallet, dan ShopeePay juga telah bekerjasama dengan beberapa lembaga zakat untuk memudahkan pembayaran zakat. Anda hanya perlu membuka aplikasi e-dompet, pilih menu zakat atau sumbangan, dan pilih lembaga zakat negeri anda. Pembayaran boleh dilakukan terus melalui baki yang ada dalam e-wallet. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |