3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap


Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin
Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .
Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
1. CHEESE CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
250gm krim keju250gm gula ising2 sudu makan susu pekatBAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein½ sudu kecil garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm airCARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.
10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.
12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.
Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
PUFF BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:
40 biji bebola ayam20 batang lidi pencucukBAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
125gm tepung tinggi protein½ sudu kecil garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm airCARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
11. Hidangkan bersama sos dan mayones.
Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar
PUFF PIR

BAHAN-BAHAN:
UNTUK PASTRI PUFF:
125 g tepung tinggi protein½ sudu teh garam15gm marjerin70gm pastri marjerin65gm AirBAHAN UNTUK INTI PIR:
50gm gula perang50gm air1 biji pir |potong dadu kecil1 sudu teh serbuk kulit kayu manisCARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.
10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.
11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.
12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis
Cara memasak: Bakar
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/3-aneka-puff-pastri-lapis-yang-gerenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Nak Buat Bebola Daging Sedap Gerenti Jadi Punya

Resipi Mudah Nak Buat Bebola Daging Sedap Gerenti Jadi Punya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 470 hits
Bebola daging memang sedap dimakan macam tu saja Cara nak masak pun senang sesangat tau Korang sebenarnya boleh buat sendiri bebola daging ni Puas hati Nah RASA bagi resipi Buat tau BEBOLA DAGINGBahan bahan 20 biji bebola daging1 cawan susu...
3 Spagheti Western 2 Spagheti Fusion Rasa Barat Asia Gerenti Sedap

3 Spagheti Western 2 Spagheti Fusion Rasa Barat Asia Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 492 hits
Spaghetti sajian yang sungguh mengenyangkan Kalau dah makan sajian ni memang tak pandang dah nasi dan lauk lain Spaghetti kini bukan sahaja disajikan gaya menu barat tetapi boleh dimasak ala citarasa Asia yang berempah Apa pun pilihan menu ...
Koleksi 6 Resipi Roti Lembut Gebu Buat Sendiri Sedap Ni

Koleksi 6 Resipi Roti Lembut Gebu Buat Sendiri Sedap Ni

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1027 hits
Percaya atau tidak membuat roti sebenarnya sangat mudah korang pasti seronok bila melihatkan hasil roti yang gebu dan lembut Tambah sedikit kreativiti anda boleh pelbagaikan rasa sama ada tambah inti atau taburkan manisan di atasnya Ternyat...
Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

Aneka Resipi Cucur Pelbagai Rasa Yang Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1106 hits
Petang petang begini kalau dapat makan aneka cucur yang lembut gebu dan garing dekat luar ni memang sedap Cicah pula dengan sos atau kuah kacang Fuhhh Menyandar la juga Bagi yang tak ada idea nak makan apa bolehlah cuba aneka resipi Cucur y...
Cara Buat Pancake Sedap Gebu

Cara Buat Pancake Sedap Gebu

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 625 hits
Sarapan dengan pancake dengar macam mudah dan ringkas je nak buat Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah betul tak Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya...
Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 697 hits
Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah pasti menarik selera untuk menjamahnya Untuk ibu ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap...
Resepi Ayam Masak Kicap Simple Pasti Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Simple Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 660 hits
Masak simple simple ni memang paling mudah sekali untuk mak mak berkerja macam kita ni kan Yela nak berlama lama kat dapur tak sempat so cari yang mudah dan cepat di masak je kan Kali ni saya nak share satu resepi ayam masak kicap yang simp...
Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke

Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 604 hits
Tarikan Terbaharu Kopi Wonda Zero Max Latte Tu Sedap Ke Assalamualaikum Hai semua Jenama Kopi Wonda yang terkenal dan tak asing lagi di kalangan peminat kopi telah memperkenalkan dua varian kopi tanpa gula iaitu Wonda Zero Max Original dan ...
Resepi Donut Maggie Krispies Viral Yang Sedap Jom Cuba

Resepi Donut Maggie Krispies Viral Yang Sedap Jom Cuba

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 856 hits
Resepi Donut Maggie Krispies Viral Resepi yang dikongsikan oleh Aznie Khasri ini memang sangat mudah untuk dibuat dan paling penting rasanya memang sedap Sesuai untuk dinikmati hujung minggu ini Bahan bahan 2 bungkus Maggi 2 batang sosej di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba