3 Anak Pasangan Buta Ke Menara Gading


Azmi (kiri) dan Noraini yang sentiasa bersama-sama ke mana-mana saja.
BACHOK - Jerit perih yang dilalui pasangan suami isteri buta membesarkan tiga anak mereka dengan hasil jualan minyak angin dan tisu terbalas dengan kesemuanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Pasangan itu, Azmi Abd Manaf, 50, dan Noraini Majid, 51, dikurniakan tiga anak, Mohd Afiq Nazhan Azmi, 26, Nur Azra Nadhirah, 21, dan Nur Atihirah Nadhilah, 19.


Anak sulung, Mohd Afiq Nazhan adalah gaduan Ijazah Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Nur Azra Nadhirah kini menuntut jurusan Diploma Perniagaan di UiTM Machang manakala Nur Atihirah Nadhilah pula mengikuti pengajian Diploma Kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Azmi berkata, kedua-dua belah matanya sakit dan rabun sejak kecil sebelum lama-kelamaan menjadi buta sepenuhnya menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat.

Azmi (kanan) dan Noraini berpimpin tangan serta saling membantu ketika keluar rumah di Jelawat, Bachok. “Saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 25 tahun lalu dan melakukan pelbagai kerja sebelum bertemu jodoh serta dikurniakan tiga anak.

“Saya berniaga minyak angin dan tisu di pasar-pasar malam di Jalan Tengku Abdul Rahman, Setiawangsa dan Chow Kit untuk menyara kehidupan kami sehinggalah tiga anak berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Ujarnya, hasil jualan tidak menentu sekitar RM30 sehari manakala isterinya yang buta sebelah mata kanan pula hanya suri rumah sepenuh masa.


“Sebagai orang kurang upaya (OKU) kami memang memerlukan pertolongan orang lain tetapi saya tidak boleh malas atau hanya menunggu sahaja kerana rezeki tidak turun dari langit.

“Saya perlu berusaha agar mendapat keberkatan daripada Allah selainnya berserah dan bertawakal kepada-Nya,” katanya.

Azmi berkata, dia dan isteri setiap seorang menerima bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Nur Azra Nadhirah berkata, mereka tiga beradik berasa amat bangga mempunyai ibu bapa yang dapat membesarkan mereka sehingga berjaya ke menara gading walaupun dalam keadaan kekurangan fizikal buta mata. Anak kedua, Nur Azra Nadhirah Azmi, 21, (kanan) sentiasa menemani dan membantu kedua ibu bapanya yang buta. “Kami tidak pernah malu untuk mengaku mereka adalah ibu bapa kami malah berbesar hati dan kini sudah dewasa serta tiba giliran untuk membalas jasa dengan menjaga mereka pula.

“Sejak Covid-19, kami sudah berpindah ke Kelantan dan ibu bapa tidak lagi dapat berniaga tetapi diganti dengan abang sulung yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara kami sekeluarga,” katanya.


Jelas Nur Azra Nadhirah, abangnya bekerja sebagai penghantar makanan sementara mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun Azmi Abd Manaf Bank Islam 14041020525548 atau hubungi 0139701431.

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/3-anak-pasangan-buta-ke-menara-gading.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 409 hits
Selebriti TikTok Indonesia Ragil Mahardika pernah sebelum ini mencuri perhatian di media sosial apabila dia berkongsikan kepada umum mengenai kehidupannya sebagai gay dan sudah berkahwin dengan pasangannya di Jerman
Anak Kongsi Pengorbanan Ibu Buta Membesarkannya Di Tiktok

Anak Kongsi Pengorbanan Ibu Buta Membesarkannya Di Tiktok

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 324 hits
Gambar ibunya yang OKU dikongsikan wanita tersebut di media sosial PETALING JAYA Busukkan pampers Ummi kotor itu nanti Ummi dah tak ada jangan takut dengan kubur Ummi ya Demikian perkongsian seorang wanita berkenaan kisah silamnya yang dibe...
Cinta Itu Buta Bagai Kopi Dan Susu Pasangan Nur Khamid Dan Polly Alexandria

Cinta Itu Buta Bagai Kopi Dan Susu Pasangan Nur Khamid Dan Polly Alexandria

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 373 hits
NUR Khamid dan Polly Alexandria berkenalan di tepi pantai di Bali JAWA TENGAH Pasangan sejoli Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin Wa...
Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap

Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 338 hits
Pernah atau tidak sesekali mama papa rasa yang anak terlalu bising Asyik bercakap tanpa henti macam macam soalan yang dia ajukan pada kita Nak melayan pun sampai penat Memang itu lumrahnya bila anak nak membesar ada saja yang dia ingin tahu...
Terlalu Banyak Bercakap Suami Hentak Kepala Isteri Ke Dinding Berkali Kali Sampai Mati Di Depan Anak Anaknya

Terlalu Banyak Bercakap Suami Hentak Kepala Isteri Ke Dinding Berkali Kali Sampai Mati Di Depan Anak Anaknya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 395 hits
The ReporterSeorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di hadapan anak anak mereka kerana terlalu banyak bercakap Menurut siasatan polis suspek mengaku mereka bertengkar dan dia membunuh isterinya kerana bengang dengan mangsa yang terl...
Hiburan Ada Anak Kecil Di Rumah Che Ta Enggan Berlakon Sekiranya Ada Pelakon Tak Vaksin

Hiburan Ada Anak Kecil Di Rumah Che Ta Enggan Berlakon Sekiranya Ada Pelakon Tak Vaksin

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 323 hits
Pelakon jelita yang tidak dimamah usia Rozita Che Wan berkata bahawa dia tidak akan berlakon dalam mana mana produksi yang mengambil pelakon atau kru penggambaran yang tidak mengambil suntikan pelali COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Hiburan Taknak Show Off Pun Fiza Halim Muat Naik Foto Anak Netizen Minta Jangan Kongsi

Hiburan Taknak Show Off Pun Fiza Halim Muat Naik Foto Anak Netizen Minta Jangan Kongsi

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini perkongsian gambar di Instagram pelakon Fiza Halim bersama dua anak gadisnya iaitu Feera Aryanna dan Feeya Adyrra telah menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan mereka ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Fiza atau na...
Sebak Anak Pertahankan Bapa Walaupun Sudah Di Tampar Sampai Tersungkur

Sebak Anak Pertahankan Bapa Walaupun Sudah Di Tampar Sampai Tersungkur

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 175 hits
Melalui satu perkongsian video yang tular di Twitter seorang pengguna yang dikenali sebagai admqrie telah memuat naik kembali satu video yang diperoleh daripada salah satu akaun tiktok milik seorang lelaki yang memberi amaran kepada seorang...
Pesawat Berpatah Balik Penumpang Tertinggal Anak

Pesawat Berpatah Balik Penumpang Tertinggal Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 182 hits
Penerbangan SV832 dari Jeddah ke Kuala Lumpur berpatah balik selepas seorang ibu warga Arab Saudi memberitahu kru kabin beliau tertinggal anaknya di kawasan berlepas di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz DUBAI Sebuah pes...
Data Analytics For Business Decisions

Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game