2h1m Geo Resort Genting Highlands Dan Iftar Selera Kampung
2H1M GEO RESORT GENTING HIGHLANDS DAN IFTAR SELERA KAMPUNG DI GEO CABANA RESTAURANT | Assalammualaikum semua! Salam Ramadan Mubarrak. Pasti pada bulan yang mulia ini kita ingin meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pada waktu berbuka puasa. Kalau boleh, nak ibu abah, kakak, abang dan adik ada bersama. Setuju?
Ruby ada satu lokasi best untuk anda seisi keluarga berbuka puasa. Sekali-sekala beri ibu atau isteri berehat dari masak dan menguruskan kerja rumah. Bawalah mereka dan seisi keluarga ke Geo Resort & Hotel di Genting Highlands
2H1M GEO RESORT GENTING HIGHLANDS DAN IFTAR SELERA KAMPUNG
Suasana di sini nyaman, sejuk dan tenang. Jauh dari kesesakan kota. Memang memenuhi waktu untuk berehat. Di Geo Resort & Hotel ni semua ada. Lokasi untuk bergambar banyak ruang cantik. Konsep Geo Resort & Hotel ni Luxury stail Eropah tu. Memang lain vibes apabila masuk ke ruang lobi dan bilik.
Setiap bilik ada balkoni, tinggal menara Eiffel Tower je takde. View sangat cantik dan kabus putih buat kita berasa nyaman. Kami menginap di bilik Family Suite di tingkat 6. Masuk je bilik, anak-anak palinv teruja. Mereka dah nampak katil dua tingkat. Bunk bed di Geo Resort & Hotel adalah signature room untuk kita yang berkeluarga. Memang best.
Geo Resort & Hotel terletak di Genting Highlands, 13 km dari First World Plaza sahaja. Geo menyediakan penginapan dengan kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma, pusat kecergasan dan teres.
Di antara kemudahan tempat penginapan ini ialah restoran, perkhidmatan bilik dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, berserta dengan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Best kan?
GEO RESORT & HOTEL FAMILY SUITE
Bilik Family Suite sesuai untuk tetamu berkeluarga seperti kami, 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Bilik ini dilengkapi dengan katil dua tingkat dengan tilam bersaiz queen dan satu katil bertilam saiz super king, bilik mandi dengan pancuran mandian berdiri lengkap dengan keperluan mandian. Selain itu, peralatan elektrik lain turut disediakan. Seterika, teko elektrik dan pengering rambut. Di Geo, anda tidak perlu bimbang tentang plug, memang banyak tersedia. Hehe
Permandangan di Geo Resort & Hotel sangat menakjubkan. Cuaca sejuk nyaman buat kami benar-benar berehat.
Daftar masuk: 3.00 petangDaftar keluar: 12.00 tengahariHarga RM 801.89 termasuk sarapan pagi
Telephone Room Service Inhouse Movies Internet Air Conditioning Desk LED/LCD Flatscreen Child Friendly Coffee / Tea Maker Television Balcony / Terrace Ironing Facilities Mini Bar Satelite / Cable TV Shower Bathrobes Laptop Safe Box AM/FM Radio In Room Safe Hair Dryer Non-Smoking Wireless Internet
IFTAR SELERA KAMPUNG DI GEO
Bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023, GEO Resort & Hotel memyediakan hidangan berbuka puasa bertemakan “Selera Kampung D-Geo” di Restoran Cabana. Banyak juadah kegemaran tempatan yang diilhamkan oleh resipi unik chef tersedia untuk kita menjamu selera.
Nyalakan semangat Nostalgia berbuka puasa bersama keluarga dengan mengimbau kenangan asli deligasi Masakan Kampung rakyat Malaysia. Semua menu tradisi tersedia dan anda juga akan dapat melihat dapur pertunjukan langsung
Kuali panas hidangan tradisional masakan tempatan dan antarabangsa juga turut tersedia. Diantaranya adalah Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Aneka Ikan Bakar, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi.
MENU UTAMA
HIDANGAN DAPUR PANAS
ULAM, ANEKA SAMBAL, PECAL DAN HIDANGAN RAYA
MINUMAN PANAS DAN SEJUK
KUIH-MUIH, BUAH-BUAHAN DAN MANISAN
Akhiri iftar anda dengan pelbagai jenis pencuci mulut seperti Aneka Kuih-Muih Melayu, buah-buahan, menu manisan dan banyak lagi. Semua makanan yang dihidangkan di Restoran Cabana disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
INAP, IFTAR, SAHUR DI GEO RESORT & HOTEL
Makan malam Nostalgia Geo Resort & Hotel tersedia dari 23 Mac hingga 24 April 2023 dan tetamu boleh menikmati kadar early bird pada RM138 bersih dewasa mulai sekarang hingga 23 Mac 2022.
Harga biasa akan berharga RM168 seorang dewasa dan RM75 bersih bagi seorang kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan RM85 bersih bagi warga emas berumur 65 tahun ke atas
Bagi tetamu yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa peribadi atau acara korporat, anda boleh menghubungi terus pasukan GEO Resort & Hotel. Semua harga adalah termasuk cukai kerajaan dan caj perkhidmatan semasa.
Tetamu digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.
IFTAR CABANA RESTAURANT
FUSION SET DINNER
PAKEJ STAYCATION D-GEO
Geo Resort & Hotel menawarkan 252 bilik hotel yang luas dengan pemandangan tanah tinggi yang indah dan menakjubkan. Hotel ini juga mempunyai dua pilihan tempat makan
Cabana Restaurant, menyajikan masakan klasik tempatan dan antarabangsa di tepi kolam renang.
Kafe dé Geo, kawasan luar kafe membolehkan anda menikmati kopi, teh, minuman dan snek ringan sambil menghadap ke kawasan kejiranan dengan angin sejuk yang sesuai untuk suasana privasi
Untuk tempahan Buffet Ramadan atau maklumat lanjut, sila hubungi
GEO RESORT & HOTELJalan Permai 2,Genting Permai Avenue,69000 Genting Highlands,Pahang, Malaysia
+6019-236
[email protected]://www.georesort.my/selera-kampung-d-geo/
GEO RESORT & HOTEL | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/04/2h1m-geo-resort-genting-highlands-dan.html