29 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan Manis Dan Masam


Ehh betul ke dah 29 tahun usia perkahwinan kami ni, duduk sebumbung, tidur sebilik dengan pelbagai kenangan manis dan masam? Tak perlu nak cubit pipi atau paha sebab memang 29 tahun pun kami dah bergelar suami isteri.
Setiap perkahwinan tu tak terlepas dari pertengkaran tapi tidaklah sampai bergaduh besar atau masam muka berminggu-minggu. Tidak semua apa yang dia suka, kita akan suka begitu sebaliknya. Sebagai suami isteri, kita akan cuba saling melengkapi satu sama lain, memahami kerja masing-masing dan tanggungjawab masing-masing serta saling membantu. 

Tarikh 01 November 1992 tarikh pernikahan kami, sewaktu saya berusia baru 23 tahun 3 bulan dan usia en suami baru 25 tahun dan kemudian menyambut kelahiran putera sulung pada tahun berikutnya. Bila dikenang dan diingat balik, memang buat saya tersenyum, betapa cepatnya masa berlalu.

Seperti tahun-tahun lepas, tiada sambutan istimewa candle light dinner atau makan di kedai makan (pernah beberapa kali jer dulu) sebab en suami suka kalau anak-anak ada sekali untuk raikan bersama-sama. Apa pun yang pasti, akan ada kek Tiramisu istimewa (semestinya kek dari Chef Ross - hp no:  013 324 2799) seperti kek harilahir en suami. Mungkin tahun depan bila sambutan 30 tahun, boleh la buat special tu pun kalau tak sibuk dan masih diberikan kesihatan yang baik untuk kami semua.

Ya Allah, limpahkan selalu rasa cinta dalam keluarga kami supaya kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera rumah tangga. Ya Allah, berikahlah keluarga kami kedamaian dan beriknlah perlindungan dan rahmat dariMu.
Jadikanlah keluarga kami untuk saling melengkapi, saling mengajarkan tentang akhlak dan keikhlasan, saling menjaga diri saat berjauhan, dan saling memahami.
Semoga Allah SWT jadikan keluarga kami menjadi sakinah, mawadah, warahmah. Dan ingatkan kami untuk menyempurnakan ibadah kami, jadikan kami pasangan yang dapat bertemu di akhirat kelak.






Buat en suami, thank your for the wonderful 29 sweet and sour years of our days and still counting
29 tahun penuh ceria dan gelak ketawa, masam dan manis kehidupan bersama dirasa walau sesekali (banyak kali) masakan dirasa tanpa rasa. Adakala terlebih gula manisnya, terkadang terlebih garam tapi masih tidak pahit hendaknya.
Terima kasih my darling half, yang sentiasa ada, sentiasa membantu walau kita sering tak bersependapat tapi kita selalu rapat. Citarasa dan selera sering tidak sama berbeza, itulah the wonderful colours of our life.
"Falling in love is easy but staying in love is SPECIAL"


Seperti tahun-tahun lalu, ayat en suami sama jer..hehe. Mujur dia tak lupa sebabnya selalunya 3 perkara yang selalu suami akan lupa iaitu tarikh lahir isteri, tarikh lahir anak-anak dan tarikh ulangtahun perkahwinan.

Sedar tak sedar 29 tahun kau mendampingiku, 29 tahun kau memahami karenah ku walaupun kerenah ku sering bertukar2 dan makin sukar utk difahami mungkin faktor usia kian meningkat, 29 tahun susah payah bersamaku 29 tahun hadapi segalanya bersamaku terimakasih permataku Fuzy Rahamah Hamid kerna masih bersamaku......semoga ianya sampai kehujung hayatku.....Kalau dia lupa mau saya akan mogok tak masak selama berapa hari dia lupa, eh mampu ke saya buat? hehe 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/11/29-tahun-layari-bahtera-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikah Khitbah Perkahwinan Kampus

Nikah Khitbah Perkahwinan Kampus

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 216 hits
Khitbah Bukan TunangSalah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan Alah takkan tak boleh couple ustaz kita ni bukan hidup zaman dulu lagi Lagipun bukan buat apa apa untuk suka suka aje Penulis menjawab Siapa kata tak...
Ikan Siakap Stim Masam Manis

Ikan Siakap Stim Masam Manis

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 201 hits
Resepi Atie JumaatBahan bahanIkan siakap 1 ekorHalia 3 inci Daun bawang Lada merah Limau nipis Bahan Perasa Sos plum 3sbJus limau nipis 4sbGula perang 2sbGaramBahan Kisar Halia 3 inciBawang putih 4 bijiCili padi 2 tangkaiCara Penyediaan1 Ba...
Hiburan Rutin Harian Sediakan Bekal Untuk Yusuf Zizi Kirana Akui Seronok Layari Alam Perkahwinan

Hiburan Rutin Harian Sediakan Bekal Untuk Yusuf Zizi Kirana Akui Seronok Layari Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 302 hits
Setelah genap sebulan mendirikan rumah tangga bersama Zizi Kirana mengakui dia gembira melayari alam perkahwinan bersama suami tercinta Yusuf Bahrin yang juga merupakan seorang pelakon ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Zizi atau nama s...
Hiburan Shuib Akui Tak Pandai Manjakan Siti Sarah Terkenang Memori Ketika Awal Tahun Perkahwinan

Hiburan Shuib Akui Tak Pandai Manjakan Siti Sarah Terkenang Memori Ketika Awal Tahun Perkahwinan

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 276 hits
Pelawak dan juga usahawan Shuib Sepahtu baru baru ini telah menjadi jemputan dalam rancangan temu bual popular Wanita Hari Ini pada hari Selasa yang lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementShuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad telah dije...
Fasa Perkahwinan 5 Tahun Pertama Selalunya Diuji Allah Nak Tahu Kita Sabar Atau Tak

Fasa Perkahwinan 5 Tahun Pertama Selalunya Diuji Allah Nak Tahu Kita Sabar Atau Tak

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 337 hits
Kenapa orang kata 5 tahun fasa pertama perkahwinan selalunya kita diuji Kenapa masa bujang hidup senang tapi lepas kahwin susah sangat nak atur kewangan Bukan ke orang kata lepas berkahwin ada rezeki lain yang tak dijangka tapi mana Kenapa ...
Udang Sambal Vs Udang Masam Manis

Udang Sambal Vs Udang Masam Manis

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum DAH beberapa kali asyik makan di luar jadi kita masak la pulak Tapi ni cerita sebelum pergi berkelah hehe Sekali sekala kena tunjuk rajin la ahaksPak Inche minta Sambal Udang Iman kata boleh tak kalau masakkan untuk dia Udan...
Hiburan Isteri Pernah 13 Kali Keguguran Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

Hiburan Isteri Pernah 13 Kali Keguguran Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 310 hits
Cef selebriti dan juga penyanyi Datuk Fazley Yaakob ada berkongsikan mengenai kisah suka dukanya sepanjang bergelar suami dan bapa kepada keluarga kecilnya itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementCerita Fazley terlalu banyak kisah pahit manis se...
Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

Berkat 3 Tahun Tunggu Ingat Kembar Dua Seminggu Lahir Baru Tahu Ada Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 257 hits
Disangkakan dua rupanya tiga Siapa sangka selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata doa ejen hartanah Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar...
Sst 4 Warna Ini Katanya Bakal Booming Tahun 2022 Oh Halo Warna Cerah

Sst 4 Warna Ini Katanya Bakal Booming Tahun 2022 Oh Halo Warna Cerah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 261 hits
Daripada warna yang lebih kalem katanya sih pada tahun 2022 warna ceria dan berani bakal lebih banyak digemari
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam

Str Bujang 2024 Vs 2025 Apa Yang Berubah

Str 2025 Cara Kemaskini Data Untuk Permohonan Baru

19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti