28 Tahun Terabai Kerajaan Bangun Semula Tapak Highland Towers


Staff Writers Kawasan tapak terbiar Highland Towers kini mengundang rasa tidak senang penduduk sekitar.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin disertai MPAJ dalam lawatan ke tapak terbiar Highland Towers hari ini. Kerja-kerja bagi mengindah dan membangunkan semula kawasan tapak terbiar pangsapuri Highland Towers akan dimulakan segera selepas ia melahirkan rasa kurang senang kepada penduduk setempat setelah 28 tahun diabaikan.
Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) berkata permohonan peruntukan RM8.9 juta untuk pengambilan tanah seluas hampir dua ekar di kawasan itu daripada kerajaan negeri telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
“Kerja-kerja perobohan bangunan sedia ada dan pembersihan kawasan tersebut hanya boleh dilakukan selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan.
“Selepas kerja-kerja perobohan selesai, kawasan tersebut perlu dibersihkan serta diperindahkan. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di atas kawasan tapak Highlands Towers ini bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif,” kata KPKT dalam kenyataan hari ini.
Awal hari ini, Menteri KPKT Zuraida Kamaruddin bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya turut meninjau tapak terbiar yang sering melahirkan rasa kurang senang penduduk di sekitarnya.
“Kawasan tapak Highland Towers yang telah lama terbiar ini kini menjadi sarang penagih dadah.
“Dan (tapak itu) mengundang rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan penduduk setempat kerana wujudnya masalah sosial yang berlaku di kawasan tersebut.
“Highlands Towers yang telah lama ditinggalkan ini perlu dirobohkan dan dibersihkan bagi memberi laluan projek-projek pembangunan yang bersesuaian untuk manfaat khususnya bagi penduduk di kawasan sekitar,” tambah kenyataan tersebut.
Tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993 telah meragut 48 nyawa. Satu daripada tiga blok runtuh manakala baki dua blok lagi telah dikosongkan atas faktor keselamatan.
Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Setakat tahun 2019, dua bangunan ini dilaporkan masih dalam proses perobohan.
Selain terkenal dengan pelbagai teori mengenai punca tanah runtuh di kawasan itu, tragedi Highland Tower juga turut terkenal dalam budaya popular negara kerana sering dikaitkan dengan cerita-cerita seram sehingga produksi filem tempatan mengambil kawasan itu sebagai lokasi penggambaran.
Dalam pada itu, KPKT turut berharap pembangunan semula tapak Highland Towers ini dan kerja-kerja pengindahan yang akan dilaksanakan memberi nafas baru dan mewujudkan persekitaran yang selesa kepada penduduk tempatan.
“Suasana yang lebih ceria itu seterusnya akan dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk di sekitar kawasan Highland Towers,” kata kenyataan itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/28-tahun-terabai-kerajaan-bangun-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 194 hits
Selepas terbiar selama 28 tahun kondominium penuh cerita dan kontroversi iaitu Highland Towers yang terletak di Taman Hillview Hulu Kelang akhirnya bakal dirobohkan dalam masa terdekat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida K...
Lelaki Dipenjara 2 Tahun Kerana Ugut Bunuh Kakak Tak Masak Nasi Selepas Dia Bangun Dari Tidur

Lelaki Dipenjara 2 Tahun Kerana Ugut Bunuh Kakak Tak Masak Nasi Selepas Dia Bangun Dari Tidur

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 321 hits
Mahkamah Majistret Kota Bharu Kelantan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021 Mohammad Shafiq Romly ...
Lepas 10 Tahun Nikah Suami Isteri Ambil Semula Gambar Kahwin Dengan Anak2

Lepas 10 Tahun Nikah Suami Isteri Ambil Semula Gambar Kahwin Dengan Anak2

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 460 hits
Setiap pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan pastinya menginginkan momen momen ketika majlis diabadikan dalam bentuk gambar Namun bukan semua orang bernasib baik dapat melihat gambar perkahwinan mereka disebabkan masalah daripad...
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 386 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Membantah Tindakan Kerajaan Selangor Mempajakkan Tanah Yang Mereka Usahakan Selama 40 Tahun

Membantah Tindakan Kerajaan Selangor Mempajakkan Tanah Yang Mereka Usahakan Selama 40 Tahun

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 305 hits
Saya ke Ladang Tanamaran siang tadi bila dimaklumkan peneroka membantah tindakan kerajaan Selangor mempajakkan tanah yang mereka usahakan selama 40 tahun kepada dua syarikat 2 bulan selepas ditubuhkan dan diberi pajakan Kedua dua kawasan la...
Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji Rm1 100 Rm5 000

Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji Rm1 100 Rm5 000

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 669 hits
Permohonan Guru Tadika Sektor Kerajaan Swasta Tahun 2021 Gaji RM1 100 RM5 000 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambil...
Johor Kerajaan Yang Responsif Tidak Statik

Johor Kerajaan Yang Responsif Tidak Statik

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI HASNI Mohammad bergambar bersama sebahagian penerima kunci RMMJ Bandar Cemerlang di Ulu Tiram Johor UTUSAN KHAIRUL MOHD ALI JOHOR BAHRU Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang bersifat responsif bergantung kepada...
Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

Ibu Bapa Mohon Kerajaan Perketat Sop Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Para ibu bapa meminta kerajaan memperketatkan Prosedur Operasi Standard di sekolah sekolah menjelang pembukaan semula sekolah menengah secara bersemuka bermula hari ini Seorang penjaga Awasi Mohamad 54 berkata SOP yang ketat s...
Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

Kartel Miliki 150 Syarikat Bolot Rm3 6billion Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 621 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menumpaskan sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket pada Ahad Menurut sumber sindiket kartel projek yang beroperasi sejak 2014 itu telah memonop...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi