25 Tahun Selepas Dilwale Dulhania Le Jayenge Dimanakah Pelakon Pelakon Filem Ini Sekarang


25 TAHUN SELEPAS DILWALE DULHANIA LE JAYENGE. DIMANAKAH PELAKON - PELAKON FILEM INI SEKARANG? |  Sambil saya tulis artikel ni saya dengar lagu-lagu hindi yang pernah hits melalui filem-filem hindi popular tahun 90an dan awal tahun 2000. Baru datang mood hindustan tu..hahah..
20 Oktober 2020,  genap 25 tahun filem Dilwale Dulhania Le Jayenge sejak ditayangkan pada tahun 1995. Selain membawa gelombang baru dalam dunia perfileman di India, DDLJ juga adalah salah satu filem Bollywood yang paling disukai seluruh peminat filem bollywood diseluruh dunia.
DDLJ, yang diarahkan oleh Aditya Chopra, juga membanggakan pelakon-pelakon  bintang yang luar biasa dengan nama-nama besar seperti  seperti Amrish Puri, Anupam Kher dan Farida Jalal. Inilah juga yang membuatkan filem ini berjaya.


Tentu ramai yang nak tahu kemana kemanakah perginya pelakon-pelakon yang pernah membintangi filem popular ini. 


Dato Shahrukh Khan - Raj Malhotra

Dilwale Dulhania Le Jayenge menjadikan Shah Rukh Khan salah satu bintang Bollywood yang paling berjaya. Pelakon itu terus membintangi beberapa filem blockbusters selepas DDLJ. Antara filem yang mendapat sambutan hangat ialah Dil To Pagal Hai dan sehingga kini beliau masih memegang watak utama walaupun sudah berusia 55 tahun.

Kajol   (Simran)

DDLJ menempatkan Kajol sebagai A-list actor. Dia terus menjadikan beberapa filem hits seperti Gupt, Kuch Kuch Hota Hai, Dushman, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Fanaa, My Name Is Khan dan banyak lagi. Pada masa yang sama , Kajol juga turut berlakon dalam filem-filem yang diterbitkan oleh suami Ajay Devgn.

Amrish Puri (Chaudhary Baldev Singh)

Ikon Bollywood Amrish Puri memegang watak sebagai ayah Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge. Selepas DDLJ, beliau turut membintangi filem seperti Jeet, Ghatak, Koyla, Chachi 420, Virasat, Baadshah, Gadar, Nayak, Mujhse Shaadi Karogi dan Aitraaz. Beliau meninggal dunia pada tahun 2005, dan filem terakhirnya Kisna ditayangkan seminggu selepas kematiannya.

Anupam Kher (Dharamvir Malhotra)

Selepas DDLJ, Anupam Kher membintangi filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Bade Miyan Chote Miyan, Kya Kehna, Kaho Naa Pyaar Hai, Dulhan Hum Le Jayenge, Rang De Basanti, Jaan-E-Mann, Special 26, Hotel Mumbai dan The Accidental Prime Minister dan banyak lagi. 
Dia juga pernah menjadi sebahagian daripada projek antarabangsa seperti Bend It Like Beckham, Lust, Caution dan Silver Linings Playbook, selain dari rancangan TV Britain, The Boy With The Topknot dan rancangan TV Amerika, New Amsterdam.


Satish Shah (Ajit Singh)

Dari Judwaa hingga Hero No. 1, Hum Saath Saath Hain, Kal Ho Naa Ho, Main Hoon Na dan Ra.One, Satish Shah telah membuat puluhan filem selepas DDLJ. Dia juga dilihat sebagai Indravadan Sarabhai dalam rancangan TV Sarabhai vs Sarabhai dan merupakan sebahagian daripada Comedy Circus. Dia terus kekal aktif.

Farida Jalal (Lajwanti Singh aka Lajjo)

Pelakon berpengalaman Farida Jalal muncul dalam filem seperti Judaai, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Pukar, Kya Kehna dan Zubeidaa antara lain. Farida Jalal terakhir membintangi filem Jawaani Jaaneman (2020). Dia kini lebih aktif di rancangan televisyen setelah tampil dalam rancangan seperti Shararat, Balika Vadhu dan Ammaji Ki Galli. 

Himani Shivpuri (Kammo Kaur)

Himani Shivpuri mempunyai berhubung rapat dengan nama-nama besar seperti Yash Raj Films, Rajshri Productions dan Dharma Productions. Dia memainkan peranan penting dalam banyak filem hits seperti Khamoshi, Hero No. 1, Kuch Kuch Hota Hai, Hum Saath-Saath Hain, dan Main Prem Ki Diwani Hoon. Hingga sekarang dia tetap aktif di Bollywood, televisyen dan teater.

Pooja Ruparel (Rajeshwari Singh aka Chutki)

Pooja Ruparel, yang memegang watak sebagai adik perempuan Kajol di DDLJ, tetap masih aktif dilayar. Projeknya selepas DDLJ adalah filem X: Past Is Present dan rancangan TV Zabaan Sambhalke. Hari ini, Pooja lebih aktif dalam bidang teater. Dia juga pernah mencuba komedi dan nyanyian.

Parmeet Sethi (Kuljeet)

Selepas membintangi DDLJ  Parmeet Sethi membintangi filem Dhadkan, Lakshya, Dil Dhadakne Do dan Laila Majnu. Dia menukar kariernya dengan menjadi pengarah rancangan tvpada tahun 2010 dengan Syarikat Badmaash. Sethi juga pernah membuat beberapa rancangan TV pada awal tahun 2000-an. Tayangan web terbarunya adalah Precial OPS dan Hundred

Mandira Bedi (Preeti)

Selepas muncul dalam DDLJ, Mandira agak lambat menueruskan dunia seninya, Namun tidak lama kemudian dia tampil dalam beberapa filem seperti Dus Kahaniyaan, Vodka Diaries, The Tashkent Files dan Saaho. Dia juga terlibat dengan beberapa rancangan tv dan rancangan realiti tv. Doa juga seorang yang sukakan aktiviti kecergasan. Kali terakhir Mandira muncul dalam drama bersiri  web Smoke.


Anaita Shroff Adajania (Sheena)

Selepas DDLJ Anaita terus menjadi salah seorang penata gaya dan costume designers Bollywood yang terkemuka. Dia  terlibat secara langsung sebagai costume designers untuk filem seperti francais Dhoom, Being Cyrus, Love Aaj Kal, Ra.One, Cocktail, Race 2, Bang Bang dan Dear Zindagi. Dia berkahwin dengan seorang penerbit dan pembikin filem.


Achala Sachdev (Grandmother)
Selepas DDLJ, Achala Sachdev membintangi beberapa filem seperti Kabhi Khushi Kabhie Gham, Na Tum Jaano Na Hum dan Kal Ho Naa Ho. Dia meninggal pada tahun 2012 ketika berusia 92 tahun. Sepanjang hayatnya dia banyak membintangi berbagai filem. Dia memulakan kerjaya seninya ketika masih kanak-kanak.

Karan Johar (Rocky)

Ramai yang tidak menyedari watak Rocky dalam DDLJ ialah Karan Johar. Karan Johar memegang watak sebagai rakan SRK di DDLJ.  Selain mengambil alih pengurusan  syarikat produksi filem Dharma Productions, dia juga mengarah dan menerbitkan  filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna, My Name Is Khan, Student of the Year dan Bombay Talkies. 
Karan juga menjadi pengacara  rancangan bual bicara selebriti Coffee With Karan. Pembikin filem ini juga menjadi juri dalam rancangan realiti seperti Jhalak Dikhhla Jaa, India's Got Talent dan Next Superstars India.
Terima kasih membaca artikel 25 Tahun Selepas Dilwale Dulhania Le Jayange . Dimanakah Pelakon-pelakon Filem Ini Sekarang?. Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/10/25-tahun-selepas-dilwale-dulhania-le.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Tahun Bukan Sekejap Sekarang Pun Tak Kaya Lagi Wawa Zainal

Empat Tahun Bukan Sekejap Sekarang Pun Tak Kaya Lagi Wawa Zainal

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 265 hits
Susahkan nak kurus Macam itu jugalah dengan kejayaan bukan hari ini buat esok dah kaya Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama jual baju pernah jual tudung pernah jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016 source
Selepas 3 Tahun Cnblue Bakal Rilis Album Baru Hujung Tahun Ini Dengan Tiga Ahli Sahaja

Selepas 3 Tahun Cnblue Bakal Rilis Album Baru Hujung Tahun Ini Dengan Tiga Ahli Sahaja

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 303 hits
Khabarnya ahli CNBLUE iaitu Jung Yong hwa Kang Min hyuk dan Lee Jung shin sudah pun menandatangani kontrak baru bersama FNC Entertainment baru baru ini Bahkan berita itu turut disahkan sendiri oleh syarikat tersebut selain menambah bahawa C...
Remaja Cantik Bunuh Diri Selepas 7 Tahun Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Remaja Cantik Bunuh Diri Selepas 7 Tahun Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 264 hits
Seseorang yang terkena gangguan seksual sudah pastinya akan trauma dan akan memberi kesan kepada emosinya Di Manchester England seorang gadis muda yang berusia 20 tahun bertindak membunuh diri ketika keluar makan malam bersama kawan kawanny...
Budak 12 Tahun Maut Dilanggar Lori Selepas Terjatuh Dari Basikal

Budak 12 Tahun Maut Dilanggar Lori Selepas Terjatuh Dari Basikal

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 634 hits
The ReporterSeorang kanak kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2 Simpang Renggam dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Kluang ACP Lo...
Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota Tentera Dipenjara 6 Tahun Dan Denda Rm8 000 Selepas Mengaku Bersalah

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota Tentera Dipenjara 6 Tahun Dan Denda Rm8 000 Selepas Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 540 hits
JOHOR BAHRU 15 Okt Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan dekat Plaza Pelangi di sini Sabtu lalu dijatuhi hukuman penjara enam tahun denda RM8 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesa...
Selepas 10 Tahun Masalah Air Selangor Masih Sama

Selepas 10 Tahun Masalah Air Selangor Masih Sama

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 1008 hits
2008 Jika Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat saya berjanji konsesi air akan kita ambil alih kita bagi air percuma kepada semua sebab air ini adalah anugerah Allah yang bukan untuk dijual beli kita janji TIADA MASALAH BEKALAN AIR lagi sel...
Yoo Ahin Dipuji Pilih Filem Bajet Rendah Voice Of Silence Meskipun Pelakon Bertaraf Tinggi

Yoo Ahin Dipuji Pilih Filem Bajet Rendah Voice Of Silence Meskipun Pelakon Bertaraf Tinggi

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 247 hits
Yoo Ah in sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon yang versatil dan mampu menjiwai setiap watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya Ramai penonton yang dah teruja apabila diumumkan bahawa lelaki itu bakal membintangi filem Voice Of Si...
Alhamdulillah Selepas 2 Tahun Ainul Dapat Lesen Kaki Oksigen Dah Boleh Off Siang

Alhamdulillah Selepas 2 Tahun Ainul Dapat Lesen Kaki Oksigen Dah Boleh Off Siang

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 227 hits
Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia si comel Ainul Mardhiah Ainul yang kini dah menginjak usia 2 tahun 4 bulan nampaknya mula menunjukkan perkembangan yang sangat sangat positif dari sehari ke sehari Ainul dah boleh berjalan Te...
Budak 8 Tahun Mati Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Tanpa Henti Ketika Cuaca Panas Terik

Budak 8 Tahun Mati Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Tanpa Henti Ketika Cuaca Panas Terik

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 216 hits
Polis Odessa menahan sepasang suami isteri kerana didakwa membunuh seorang kanak kanak perempuan berusia 8 tahun pada Ogos lalu Daniel Schwarz 44 dan isterinya Ashley Schwarz 34 merupakan penjaga kepada Jaylin 8 didakwa atas pertuduhan memb...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses