25 Jenis Varieti Pokok Zaitun


Buah Zaitun atau Olive (Olea europaea) dihasilkan dari pokok zaitun dari keluarga Oleaceae, merupakan tumbuhan paling tua di dunia yang tumbuh dari kawasan di Mediterranean dan dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun.


Pokok Zaitun boleh tahan dalam keadaan suhu panas, kemarau dan keadaan tanah yang agak masin (high salinity) serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman kuno, telah ditanam dan digunakan sejak zaman Mesir purba lagi.

Kehebatan buah zaitun telah di tulis dalam AlQuran iaitu, "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat." (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)'.

"...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...."

Ini juga menunjukkan bahawa pokok dan buah zaitun merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna.

Produk Zaitun dipercayai telah diperdagangkan sejak 2,000 - 3,000 tahun sebelum masihi, tersebar di kawasan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah kerana mudah dibiakkan dengan cara vegetatif dalam keadaan cuaca kering.

Beberapa kultivar dan varieti pokok zaitun yang terdapat diseluruh dunia dipilih semenjak beribu-ribu tahun dahulu dan daripada 39 negara yang menanam pokok zaitun di seluruh dunia, sebanyak 19.6 juta metrik tan buah zaitun dihasilkan pada tahun 2011 (Laporan FAO Statistik 2011).

Varieti yang ditanm bergantung kepada kesesuaian tanah, iklim dan pengurusan selain keperluan pasaran.

Berikut adalah 25 kultivar yang ada untuk dilaporkan sebagai maklumat berguna kepada pembaca.

1. Amfissa

Kultivar ini berasal dari negara Greek yang dikenal pasti dari daerah bernama Amfissa (Tengah Greek) dan jugan dekat dengan bandar Delphi.

Jenis ini mendapat perlindungan dibawah (PDO status) dan sangat baik kualiti ekstrak minyak.

Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 1,200,000 pokok olive jenis ini yang dilindungi sebagai landskap semulajadi dinegara tersebut.

2. Arbequina Olives

Varieti ini adalah jenis buah kecil dan berwarna coklat apabila matang. Ia berasal dan banyak ditanam dikawasan Aragon serta Bandar Catalonia di Sepanyol. Jenis ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga diekstrak untuki menghasilkan minyak zaitun.

3. Bari Zaitoon

Jenis ini banyak ditanam dan berasal dari negara Pakistan. Ia baru sahaja didaftarkan dan masih belum banyak maklumat mengenainya.

4. Barnrea

Jenis ini berasal dan dibiakkan di negara Israel dengan dua kegunaan iaitu segar dan diproses. Ia merupakan varieti yang tahan dari serangan penyakit dan memberikan hasil tinggi.

Minyak yang dihasilkan mempunyai baru harum yang kuat dan kini banyak ditanam di tiga negara sahaja iaitu Israel, Australia dan New Zealand.

5. Bosana

Varieti ini paling banyak ditanam di kawasan Sardinia di negara Itali yang menghasilkan sebanyak 3.182 juta metrik tan buah zaitun setahun, merupakan negara kedua pengeluar buah zaitun didunia dengai nilau pengeluaran sebanyak USD2.254 billion pada tahun 2011. Jenis ini hanya untuk diproses menjadi minyak sahaja.

6. Cornicabra

Jenis ini berasal dari Bandar Toledo, Sepanyol yang menyumbang sebanyak 12% dari pengeluaran buah zaitun dalam negara tersebut. Ia ditanam untuk penghasilan minyak.

7. Dormant

Varieti Dormant ditanam di Turki sebagai buah zaitun berwarna hijau yang diproses untuk menghasilkan minyak.

Turki menghasilkan sebanyak 1.750 juta metrik tan buah zaitun pada tahun 2011 (FAO Statistic) dengan kedudukan ke 4 terutama diseluruh dunia bernilai USD 1.40 billion.

8. Empeltre

Varieti ini berasal dari kawasan Pedrola, Aragon di Sepanyol. Ia adalah jenis buah zaitun bersaiz sederhana berwarna hitam yang boleh dimakan segar dan juga diproses menjadi minyak.

9. Frontioio/Leccino

Kultivar ini berasal dari kawasan Tuscany di itali yang mnjadi bahan asas untuk industri minyak zaitun dinegara tersebut.

Kini varieti ini telah banyak ditanam dibeberapa negara lain kerana ia mempunyai nilai tinggi dan rasa yang baik iaitu manis sedap.

10. Gemlik

Ini adalah varieti dari kawasan bandar Gemilk di Turki. Ia mempunyai saiz buah yang kecil dan sederhana dengan warna kehitaman apabila masak.

Ia mengandungi minyak yang tinggi dan sering digunakan dalam sajian sarapan pagi di negara tersebut. Isinya agak mudah dikupas berbanding dengan varieti lain daripada bijinya.

11. Hojiblanca

Varieti ini juga berasal dari Sepanyol iaitu dikawasan Cordoba iaitu satu daripada kawasan utama penanaman pokok zaiton. Minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi walau pun ianya mempunyai rasa sangat pahit.

12. Hondroelia Halkidkis

Jenis ini berasal dari kawasan Haldkidiki atau juga digelar sebagai 'hondro-thick' atau 'donkey-olive' yang banyak terdapat di utara negara Greeek. Buahnya berwarna hijau den mempunyai rasa sangat pahit.

13. Izmir Sofralik

Pokok jenis ini berasal dari Turki yang ditanam untuk menghasilkan minyak zaitun.

14. Kalamata

Varieti ini berasal dari negara Greese yang mempunyai saiz buah yang besar dan berwarna hitam., Ia banyak ditanam dikawasan Kalamata yang mempunyai rasa seperti daging dan licin kulitnya.

Kegunaan selain daripada untuk hasilkan minyak adalah untuk dibuat wain, cuka dan juga kegunaan harian (table olive). Varieti ini mendapat perlindungan dari PDO (Persatuan Olive Dunia).

15. Koroneiki

Ia berasal dari bandar Koroneiki, Pelopponese dan Mani dinegara Greece. Buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam tetapi mampu menghasilkan buah yang banyak dan varieti ini mempunyai kualiti minyak unggul.

16. Lucques

Kultivar ini berasal dari Perancis Selatan dikawasan bernama Aude. Ia adalah pokok zaitun yang menghasilkan buah agak besar, berwarna hijau dan agak panjang bentuknya. Kualiti minyaknya sederhana dan agak lembut.

17. Maalot

Mendengar namanya saya dah agak ia berasal dari Israel yang dikatakan tahan kepada serangan penyakit. Walaupun ia berasal dari Chemlali di Afrika Utara, aktiviti biak baka dijalankan di Israel dan ia mempunyai saiz buah sederhana, bentuk bulat dan rasa sedap. Kebanyakan untuk ekstrak minyak juga.

18. Manzanilla

Varieti zaitun ini berasal dari Sepanyol yang natif dibandar Dos Hermanas dan Seville. Ia mempunyai saiz besar, berwarna ungu kehijauan dan berbentuk bulat oval. Isinya tebal dan kaya dengan zat dimana ia kini ditanam dibanyak negara lain.

19. Memeli

Varieti ini berasal dari begara Turki yang menghasilkan buah berwarna hijau, brine dan juga warna hitam. Ia hanya untuk diproses bagi menghasilkan minyak.

20. Mission

Varieti ini berasal dari California di Amerika dan luas ditanam di seluruh California. Warna buahnya kehitaman dan kebanyakannya adalah untuk dimakan segar (generally used for table consumption).

21. Nabali

Jenis ini berasal dari negara Palestin yang mana nama lokalnya adalah Baladi. Ia banyak ditanam di kawasan seperti di Souri dan Malissi dimana varieti ini merupakan pokok zaitun yang menghasilkan kualiti minyak yang terbaik didunia.

22. Patrinia

Varieti ini berasal dari negara Greek yang banyak ditanam di kawasan Aigialeia. Ia ditanam untuk kegunaan segar dan diproses menjadi minyak zaitun.

23. Picholine

Varieti ini banyak ditanam di Selatan Perancis dimana buahnya adalah berwarna hijau dan mempunyai saiz sederhana dan bentuk memanjang.

Buah jenis ini dimakan segar dan juga diproses dimana mempunyai rasa lembut dan rasa seperti buah kacang (nutty taste).

24. Picual

Buah zaitun varieti ini berasal dari Sepanyol Selatan didaerah Jaen walau pun kini telah ditanam di seluruh kawasan di Sepanyol, merupakan 50% dari varieti pokok zaiton yang ditanam di Sepanyol dengan sebanyak 20% daripada pengeluaran minyak zaitun didunia. Ia mempunyai sara manis dan bau yang amat kuat dan juga digunakan sebagai 'table olive'.

25. Souri

Varieti ini banyak ditanam dan dipercayai berasal dari negara Lebanin. Ia banrasal dari bandar Sur (Tyre) tersebar sehingga ke kawasan Levant. Varieti ini menghasilkan minyak yang banyak dan mempunyai kuaiti minyak yang kuat aromanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Pokok Sukun, Cara Menanam Dan Kegunaannya5 Jenis Pokok Tiin Paling Sesuai Untuk Tanaman Di Malaysia
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/25-jenis-varieti-pokok-zaitun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesu Sahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Manusia Bersabarlah Rileks Media

Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesu Sahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa Manusia Bersabarlah Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 427 hits
Dalam hidupnya manusia tidak pernah luput dari kesusahan Tidak selamanya hal hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal hal yang tidak menyenangkan dalam hidupnya sebagai p...
Tak Perlu Tunggu Sampai Pencen Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Ramai Orang Masih Tidak Tahu

Tak Perlu Tunggu Sampai Pencen Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Ramai Orang Masih Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 589 hits
Jika selama ini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika memasuki usia 50an perbetulkan persepsi ini Sebab mungkin ramai yang tak tahu rupanya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu tunggu umur ...
Bnn Temukan Narkoba Jenis Baru Efeknya 5 Kali Lebih Kuat Dari Pil Ekstasi Biasa

Bnn Temukan Narkoba Jenis Baru Efeknya 5 Kali Lebih Kuat Dari Pil Ekstasi Biasa

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 283 hits
Badan Narkotika Nasional mengungkap dua jenis New Physcoactive Substances atau narkoba baru dengan wujud pil mirip ekstasi Narkoba baru ini mempunyai efek lima kali lebih kuat dari pil ekstasi yang beredar pada umumnya
Catat Jangan Makan Durian Dengan 2 Jenis Minuman Ini

Catat Jangan Makan Durian Dengan 2 Jenis Minuman Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 287 hits
Musim durian telah tiba Di ruas ruas jalan ibu kota kini Anda sudah bisa melihat sejumlah pedagang durian yang menjajakan produk andalannya Mulai dari durian monthong durian asli Sumatera dan masih banyak lagi Namun sayangnya beberapa waktu...
Biar Nggak Cuma Tahu Tteopokki Ini Lho 9 Jenis Jajanan Yang Sering Nongol Di Drama Korea

Biar Nggak Cuma Tahu Tteopokki Ini Lho 9 Jenis Jajanan Yang Sering Nongol Di Drama Korea

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 258 hits
Oh jadi ini nama jajanan yang selama ini sering bikin kita ngiler di tengah nonton drama Coba ah
Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa

Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 762 hits
Macam Mana Nak Tahu Kulit Muka Jenis Apa Assalamualaikum Actually kulit muka tengah breakout Puncanya sebab tak cuci muka betul betul Yelah balik kerja penat penat cuci ala kadar jela jawabnya Lepas dua tiga hari muka naik jerawat banyak Da...
Unik Satpam Sma Di Tangsel Ini Parkirkan Motor Siswa Sesuai Jenis Dan Warna

Unik Satpam Sma Di Tangsel Ini Parkirkan Motor Siswa Sesuai Jenis Dan Warna

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 248 hits
Jejeran motor yang terparkir di halaman sekolah Menengah Atas Negeri 4 kota Tangerang Selatan memberikan suasana dan kesan berbeda ketika berada di area parkir kendaraan roda dua di sekolah itu
Berapa Banyakkah Jenis Pemasaran Di Internet Dan Apakah Kegunaanya

Berapa Banyakkah Jenis Pemasaran Di Internet Dan Apakah Kegunaanya

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 334 hits
Berapa banyakkah jenis pemasaran di Internet yang ada dan apakah Kegunaanya Bagaimana untuk mengetahuinya Pasaran internet Pemasaran kandungan Pemasaran blog Pemasaran sosial media Pemasaran YouTube Pemasaran produk Pemasaran affiliate Pema...
Kenali Mereka Yang Jenis Menunjuk Di Laman Facebook

Kenali Mereka Yang Jenis Menunjuk Di Laman Facebook

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 372 hits
Artikel ini adalah hasil perkongsian tuan Bang macam mana nak tahu orang tu menunjuk riya ujub di fesbuk Sebab kalau kita cakap macam tu ke dia dia balas balik bukan nak menunjuk tapi nak bagi inspirasi Ok dia macam ni riya menunjuk ni ada ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda