24 Jun Buka Sekolah Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready


Beberapa hari lagi tinggal untuk kita semua masuk ke sekolah semula selepas pendidikan 'terhenti' kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Di Malaysia, kita akan mulakan sekolah pada 24 Jun, dengan murid yang dibenarkan ke sekolah dimulakan dengan murid Tingkatan 5 dan 6 dulu. Yang lain, masih teruskan pembelajaran dari rumah secara pembelajaran atas talian, sehingga makluman seterusnya. 
24 Jun Buka Semula Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready


24 Jun Buka Sekolah; Ini 8 Perkara Yang Cikgu Kena Ready

Jadi saya kongsikan di sini, apa persiapan yang guru kena buat menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun nanti



1. Persiapan MentalBab nih memang kena betul-betul pulihkan semula sebelum sekolah start balik. Mana taknya, 3 bulan kot duduk di rumah, urus serba serbi, dengan yang di rumah, dengan yang mengajar dari sekolah, jadi kesejahteraan mental guru-guru adalah sangat penting. Kesejahteraan mental guru juga akan menentukan sejauh mana nanti murid juga akan sejahtera mentalnya di sekolah nanti. 

Persediaan mental dan fizikal guru menjelang buka semula sekolah

So camna nak naikkan balik mood dan motivasi guru nih? Hmm.. bacalah cerita-cerita inspirasi guru yang berlambak-lambak di internet tu. Tengok balik, kesusahan guru-guru kita di pedalaman dalam nak mendidik. InshaAllah kita pun akan bersemangat balik. Pendek kata, nak kuat semangat nih, tengok lah orang yang lebih susah dari kita... InshaAllah akan insaf dengan sendirinya


2. Persiapan FizikalSepanjang PKP, selain daripada mental, sebenarnya badan kita juga 'terjejas' teruk dek kerana dok saja 3 bulan tu. Bersenam di rumah serius tak sama dengan bersenam di luar pagar rumah. Badan pun rasa lemau, tak bersemangat nak bekerja. Jalan sket nanti dah rasa penat, semput dan lenguh satu badan. 
Jadi, ambik lah masa beberapa hari yang tinggal nih untuk jalan-jalan sket ke, jogging-jogging sket kat luar sambil hirup udara segar. Selain badan pun dapat berpeluh dan sehat sebab kena pancaran matahari, dapat jugaklah tenangkan minda. Cari tempat-tempat riadah yang sesuai dengan jiwa kita. Macam saya, saya suka tempat yang dikelilingi sawah padi, dengan suasana kampung. Serius tenang


Suasana kampung di Perlis yang menenangkan hati dan minda



3. Motivasi MuridBila emosi dan fizikal cikgu pun dah tenang dan sejahtera, maka masa untuk mencurahkan kepada anak murid kita pulak. 3 bulan dengan pembelajaran atas talian serta di rumah, saya yakin anak murid kita datang dengan pelbagai pengalaman. Maka inilah masanya kita menjadi adiwira mereka


Murid perlukan motivasi yang berterusan daripada guru

Berikan motivasi kepada mereka yang mungkin sudah hilang tempo mahu belajar. Berikan motivasi kepada mereka yang mungkin dah mahu berhenti sekolah kerana kebergantungan keluarga. Berikan motivasi supaya mereka terus mengejar cita-cita dan impian mereka. Percayalah, murid kita juga akan kuat jika guru mereka juga kuat menghadapi ini bersama-sama



4. Planning Baik PunyaSatu aspek yang penting bila sekolah nih dibuka semula, guru-guru perlulah lebih proaktif dalam merancang semula pembelajaran. Maklumlah banyak yang dah lari. Sukatan, perancangan yang sebelumnya semuanya kena tengok semula. 

Pembelajaran berasaskan projek digalakkan bagi membolehkan pembelajaran yang bermakna buat murid

So mulakan dengan pemetaan semula kurikulum (remapping curriculum). Tengok balik tajuk mana yang kita boleh gabung, campur, tolak supaya pembelajaran tu dapat berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Tengok semula strategi yang boleh digunapakai dalam 'mempercepatkan' masa supaya sukatan dapat diselesaikan pada masanya. 
Jika ini kita berjaya atur dengan baik, inshaAllah semuanya akan ok selepas ini. 
Bacaan Tambahan :  6 Tips Habiskan Syllabus, Walaupun Banyak Buat Aktiviti Dalam Kelas


5. Ready BahanDah tentu saat kecemasan macam nih, bahan-bahan bantu mengajar akan jadi sangat membantu. Yes! Bahan macam slaid, kertas edaran, video, PDF semua tu akan memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pembelajaran.  

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/3VS3s4RObwg" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Jika anda bukan orang yang kreatif dalam menghasilkan bahan, jangan risau. Sekarang nih di Internet dan group Telegram ramai rakan-rakan guru yang selalu berkongsi bahan pembelajaran yang baik untuk digunakan. Yang penting, anda ambik sket usaha untuk download dan kumpul. Pastu susun sket ikut kesesuaian supaya senang nak guna nanti. 


6. Apa Yang Penting? KERJAAASAMA!Bekerjasama lah dengan rakan guru sama ada di sekolah, daerah, negeri atau peringkat kebangsaan bagi membolehkan perkongsian dapat dilakukan. Bukan sahaja perkongsian bahan pembelajaran, tetapi jugak amalan pengajaran itu sendiri supaya saling menginspirasikan antara satu sama lain. 
Bak kata omputih, Plan to Collaborate and Collaborate to Plan. Jadi kerja yang banyak terasa bebannya tu akan rasa lebih mudah dan lebih membantu. 

Kerjasama antara guru adalah sangat penting bagi pendidikan pasca pandemik


7. Upgrade Ilmu ICTRuang masa yang ada di sekolah sejak 24hb Jun nanti boleh lah digunakan dengan belajar pasal teknologi daripada rakan guru di sekolah. Yelah sebelum nih kan tak sempat nak belajar pasal teknologi sebab sibuk sangat mengajar. Lepas tu, jangan lupa sebab masih ramai lagi murid yang belum ke sekolah. 
Jadi, gunakan peluang terbaik sekarang ini untuk menuntut ilmu dengan rakan guru lain. Sebab apa? Sebab pembelajaran secara atas talian selepas ini  akan jadi suatu yang norma baharu kepada kita di sekolah. Jadi, nak tak nak memang kita kena belajar dan praktikkan. 

Pembelajaran Synchronous dan juga Asynchronous semasa musim pandemik

Masa nih lah nak tanya apa platform yang sesuai, apa pro and cons setiap satunya, dan apa teknologi yang lebih mudah untuk penyampaian ilmu. Baru lah tahu nanti ada banyak rupanya aplikasi dan teknologi yang kita boleh guna untuk pelbagai kegunaan yang berkaitan dengan pembelajaran. 
Secara mudah berikut adalah dua jenis pembelajaran secara atas talian nih serta contoh aplikasi yang boleh digunakan:
1. Synchronous Learning (secara real time)ZoomCisco WebexGoogle MeetMicrosoft TeamsWhatsapp
2. Asynchronous Learning (rekod dulu)VideoAudioPDFSlaid


8. Blended LearningSeperti yang saya katakan di atas, pembelajaran atas talian akan menjadi suatu norma baharu dalam pendidikan selepas ini sama ada anda suka atau tidak. Malah KPM menerusi Garis Panduan Buka Semula Sekolah mencadangkan Blended Learning sebagai satu pendekatan untuk pembelajaran murid selepas ini. 

12 kaedah pembelajaran yang kita boleh guna bagi Blended Learning

Sebagai makluman kepada semua pembaca, kita ada 12 jenis kaedah yang kita boleh guna bagi Blended Learning, iaitu pembelajaran yang menggabungkan proses bersemuka dan atas talian

1. Outside In2. Supplemental3. Inside Out 4. Flex5. Lab Rotation6. Station Rotation7. Individual Rotation8. Self-Directed9. Project-Based10. Remote11. Flipped Classroom12. Mastery-Based

Nampak tak? Lebih banyak benda kita tau, lebih banyak benda yang kita boleh buat untuk pembelajaran anak murid kita pasca pandemik nih. OK, semoga perkongsian ini membantu guru-guru membuat persediaan dalam menghadapi pendidikan pasca pandemik. Sama-sama kita buat yang terbaik ya untuk anak Malaysia. #StaySafe #KitaJagaKita



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhailmi.com/2020/06/24-jun-buka-sekolah-8-perkara-cikgu-kena-ready.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Mungkin Tidak Mampu Buka Semua Sekolah Pada 24 Jun Kata Menteri Negeri

Sarawak Mungkin Tidak Mampu Buka Semua Sekolah Pada 24 Jun Kata Menteri Negeri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 452 hits
Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Michael Manyin berkata sesetengah sekolah di negeri itu mungkin tidak dapat dibuka semula pada 24 Jun kerana masalah kekurangan guru Ini kerana kebanyakan daripada 2 664 guru adala...
Tarikh Buka Semula Sekolah Dijangka Diketahui Esok

Tarikh Buka Semula Sekolah Dijangka Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 350 hits
IPOH Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan membabitkan 398 446 murid yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia dijangka diket
27 Daerah Di Jabar Belum Hijau Ridwan Kamil Belum Putuskan Buka Sekolah Umum

27 Daerah Di Jabar Belum Hijau Ridwan Kamil Belum Putuskan Buka Sekolah Umum

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 240 hits
Mendikbud Nadiem Makarim menyatakan bahwa jadwal tahun ajaran 2020 2021 tetap dimulai Juli 2020 Namun peserta didik yang berada di zona kuning oranye dan merah tetap melakukan pembelajaran dari rumah
Kkm Kpm Bincang Tarikh Buka Sekolah Esok

Kkm Kpm Bincang Tarikh Buka Sekolah Esok

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 323 hits
Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pelajaran esok berhubung tarikh pembukaan sekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagai...
Tarikh Pembukaan Sekolah Pada 24 Jun 2020 Untuk Tingkatan 5 Dan Tingkatan 6

Tarikh Pembukaan Sekolah Pada 24 Jun 2020 Untuk Tingkatan 5 Dan Tingkatan 6

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 560 hits
Tarikh Pembukaan Sekolah pada 24 Jun 2020 untuk Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Assalamualaikum Kememterian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah adalah pada 24 Jun 2020 iaitu pada hari Rabu Ia hanya dilaksanakan...
Esok Mesyuarat Dengan Kementerian Pendidikan Untuk Tarikh Buka Sekolah Dr Noor Hisham

Esok Mesyuarat Dengan Kementerian Pendidikan Untuk Tarikh Buka Sekolah Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 513 hits
Nampaknya tarikh mula persekolahan selepas hampir dua bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bakal diketahui dalam masa terdekat Perkara berkenaan dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media ha...
Pendidikan Pasca Pandemik Bila Negara Luar Buka Semula Sekolah

Pendidikan Pasca Pandemik Bila Negara Luar Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 372 hits
BUKA SEKOLAH PASCA PANDEMIKUntuk pengetahuan sebenarnya dah banyak negara di dunia lebih awal lagi ambil langkah buka semula sekolah meskipun kes COVID 19 di negara mereka masih tinggi Itali yang memang terkenal dengan kes yang tinggi pun d...
Sekolah Dibuka Pada Rabu 24 Jun 2020

Sekolah Dibuka Pada Rabu 24 Jun 2020

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 596 hits
Info dari sidang media KPM petang tadi mengumumkan sekolah bakal dibuka pada 24 Jun 2020 dibuka untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM SVM STOM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa setara bagi seluruh Malaysia Bagi kelas lain pembe...
Takwim Baru Sekolah Membebankan Guru Dan Pelajar

Takwim Baru Sekolah Membebankan Guru Dan Pelajar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 728 hits
Oleh Fiesha Hari ini keluar sudah takwim persekolahan yang baru Dalam pelbagai posting media sosial dan pelbagai luahan oleh guru dan ibu bapa terutama sekali bab cuti Ada juga nasi tambah dari orang politik Sebagai seorang penjawat awam ak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa