224 Petugas Kkm Positif Covid 19


Oleh Rafidah Mat Ruzki; Mohd Nasaruddin Parzi; Muhammad Yusri Muzamir dan Noor Atiqah Sulaiman Kakitangan KKM dilihat berada di kawasan sekitar flat Malayan Mansion dan Selangor Mansion bagi melakukan saringan kepada penduduk bangunan berkenaan berikutan penemuan kes COVID-19. - Foto BERNAMA  KUALA LUMPUR: Seramai 224 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan siasatan KKM setakat ini, tiada kes berpunca daripada pengendalian kes disahkan positif dari wad COVID-19 atau unit rawatan rapi (ICU), khusus bagi pesakit COVID-19 di fasiliti KKM.

Daripada jumlah itu katanya, 150 kes atau 67 peratus dikenal pasti berpunca daripada komuniti, termasuk rakan sekerja yang disebabkan oleh jangkitan di komuniti, manakala 33 kes atau 15 peratus masih dalam siasatan.

"41 kes atau 18 peratus mempunyai kaitan dengan pesakit, iaitu 29 kes daripada pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI), manakala sembilan daripada pesakit tidak diketahui status sebelum rawatan diberikan dan tiga kes lagi berpunca daripada aktiviti saringan dan lain-lain aktiviti di lapangan.

"KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menghadapi pandemik COVID-19 demi kepentingan negara," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMADr Noor Hisham turut menasihatkan anggota kesihatan dan barisan hadapan, termasuk pengamal perubatan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.

"KKM amat menghargai pengorbanan dan dedikasi semua anggota kesihatan dan perubatan yang berkhidmat di setiap fasiliti kesihatan, tidak kira sama ada di barisan hadapan, perkhidmatan sokongan mahupun di balik tabir.

"Kita akan terus komited untuk memastikan status keselamatan dan kesihatan setiap anggota KKM dipelihara," katanya.

Info tindakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan anggota KKM:

• Penilaian keperluan dan stok alat pelindung diri di fasiliti bagi memastikan pembekalan PPE sentiasa mencukupi;

• Semua kes SARI dan jangkitan paru-paru (pneumonia) sebagai jangkitan COVID-19 sehingga terbukti sebaliknya;

• Memperkukuhkan triaging iaitu penilaian dan pengasingan pesakit  disyaki mempunyai gejala COVID-19 apabila datang ke fasiliti kesihatan serta memberikan mereka alat penutup hidung dan mulut untuk dipakai;

• Memastikan anggota yang merawat pesakit disahkan positif COVID-19 perlu menggunakan PPE seperti disarankan dan anggota yang merawat pesakit tidak disyaki COVID-19 menggunakan alat penutup hidung dan mulut

• Memastikan anggota mengamalkan semua langkah pencegahan seperti kebersihan tangan dan amalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter, mengikut keperluan dan kesesuaian.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/224-petugas-kkm-positif-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm 315 Pesakit Usia Bawah 14 Tahun Positif Covid 19

Kkm 315 Pesakit Usia Bawah 14 Tahun Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 257 hits
PUTRAJAYA 16 APRIL Kira kira enam peratus atau 315 daripada 4 683 pesakit Covid 19 di Malaysia merupakan golongan berusia di bawah 14 tahun kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 83 pesakit merupakan kan...
Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata jangkitan Covid 19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospit...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 268 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
2 Wni Di Australia Positif Covid 19 Kondisinya Baik

2 Wni Di Australia Positif Covid 19 Kondisinya Baik

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 147 hits
Sampai hari ini 6 560 orang di Australia terkonfirmasi positif virus Corona Pasien meninggal 69 orang sedangkan angka kesembuhan mencapai 4 132 kasus
Indonesia Catat 6 000 Kes Positif Covid 19 520 Kematian

Indonesia Catat 6 000 Kes Positif Covid 19 520 Kematian

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 327 hits
Kes positif virus COVID 19 di Indonesia terus meningkat dengan jumlah yang dijangkiti mencecah 6 000 orang manakala 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID 19 Achmad Yurianto berkata seban...
Pemkot Palembang Ajukan Psbb Jika Pasien Positif Covid 19 Terus Bertambah

Pemkot Palembang Ajukan Psbb Jika Pasien Positif Covid 19 Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 190 hits
sebelum penerapan PSBB harus dilakukan persiapan dan strategi yang matang Terlebih sosialisasi kepada masyarakat agar tidak terjadi pelanggaran yang justru berimbas fatal
54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

54 Kes Baru Positif Covid 19 135 Pulih

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 234 hits
April 18 2020 5 06 PMPUTRAJAYA Dua kematian jangkitan Covid 19 dilaporkan hari ini berbanding 2 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 88 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdulla...
Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 288 hits
Putrajaya 18 April Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 54 kes baru dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID 19 di Malaysia sebanyak 5 305 kes Angka ini adalah lebih rendah berbanding semalam yang mencatat...
Ashraf Muslim Positif Covid 19 Ungkap Rasa Rindu Pada Isteri Anak Anak Mohon Doakan Dirinya Dan Pesakit Lain Sembuh

Ashraf Muslim Positif Covid 19 Ungkap Rasa Rindu Pada Isteri Anak Anak Mohon Doakan Dirinya Dan Pesakit Lain Sembuh

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 512 hits
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid 19 kali ini seorang lagi pelakon Ashraf Muslim yang sama sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Beraya Rumah Sis Lin Makan Laksa Sarawak

Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik