2020 Cuma Ada Januari Februari Yang Lainnya Latihan Akhir Zaman
Assalamualaikum
Bismillah
Sebenarnya kata-kata itu diambil daripada posting rakan aku di facebook. Dalam tak sedar tak sangka dalam berapa bulan lagi kita akan akhiri tahun 2020. Bercampur-baur juga perasaan sebenarnya. Banyak perkara yang dirancang terpaksa cancel atau ditangguhkan.
Apabila difikirkan hikmah disebalik semua ini tiada kata yang diungkap selain rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi walaupun tengah menghadapi pandemik yang semakin teruk.
Bersyukur kerana masih dapat bersama keluarga kerana aku sendiri tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Sementara masih hidup ini kena jalankan juga kehidupan seperti biasa walaupun aku tahu kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi apakan daya kerana rasa tanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak, dan adik-adik-beradik kena kuatkan hati juga dan bersabar.
Bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih dapat makan & minum sementara mungkin ada orang diluar sana lagi yang mungkin dah berhari-hari tak makan. Kalau tengok posting Ustaz Ebit Lew memang betul-betul buat diri berasa insaf dan bersyukur bahawa nikmat yang Allah bagi selama ini terlalu banyak. Cuma hati sahaja yang tidak bersyukur.
Bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga sedangkan frontliners tengah bertungkus-lumus memerangi wabak ini. Mungkin ada yang berbulan-bulan tak jumpa anak, isteri, suami atau keluarga. Bersyukurlah kerana andai kita berasa diri kita susah, ada lagi yang lebih susah dari kita.
Salah satu cara untuk menghadapi situasi sekarang ini adalah dengan memperbaiki amal dan ibadah. Kata Ustaz Adi Hidayat, apabila kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, maka Allah akan menjanjikan kepada kita beberapa perkara :
Jaminan orang yang bertakwa akan diberikan petunjuk oleh Allah (dipermudahkan urusan kehidupan)Orang yang bertakwa kemuliaan akan melekat pada diri kitaUrusan yang sulit akan dimudahkanRezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka (malah datang sendiri sebelum diminta)Apapun yang dilakukan akan berjaya dan bahagiaDitambahkan pengetahuan dan kefahaman
Oleh itu, nasihat juga buat diri aku sendiri. Jangan pernah mengeluh kerana ujian ini jalan menuju ke Syurga Allah. Ketika dihimpit dengan persoalan hidup, maka tingkatkan ibadah dan jangan mengeluh.
Ketika semua makhluk mengatakan bahawa sesuatu itu adalah mustahil, ini bermaksud Allah menyeru kita semua untuk tinggalkan mereka (dunia) dan segera bermunajat kepada Allah kerana hanya Allah sahaja tempat meminta. Semua ini adalah petanda bahawa Allah mahu kita kembali kepada-Nya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2020/10/2020-cuma-ada-januari-februari-yang.html