5967 Dpmm Lancar Program Urus Kewangan Berita Harian 04 10 2020


 


KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memperkenalkan Program Pemudah Cara Keberhutangan bagi membantu orang ramai mengurangkan beban tanggungan hutang.
Melalui program itu, DPMM berperanan sebagai pemudah cara perbincangan di antara penghutang dan pemiutang secara langsung, selain dalam aspek pembiayaan dan penjadualan semula pinjaman (R&R).
Presidennya, Dr Abd Halim Husin, berkata program itu yang mendapat kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menjelajah 32 daerah seluruh negara bermula bulan ini.
Katanya, program terbabit antara lain untuk membantu usahawan atau peniaga dalam pengurusan hutang ketika moratorium bersasar dimulakan bagi tempoh Oktober hingga Disember.
Selain itu, beliau berkata, ia juga untuk membantu peminjam daripada lapisan masyarakat mengenai kesedaran membayar hutang dan membantu perundingan penyelesaian atau penstrukturan hutang peminjam.
"DPMM bercadang untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam hal keberhutangan dengan memainkan peranannya sebagai pemudah cara.
"Kami menjadi pemudah cara perbincangan antara penghutang dan pemiutang secara langsung. Kami juga berperanan sebagai pemudah cara program pembiayaan dan penjadualan semula pinjaman (R&R)," katanya kepada BERNAMA di ibu pejabat DPMM, di sini.
Beliau berkata, program itu antaranya menyarankan supaya pembayaran balik oleh peminjam hendaklah diterima oleh pemiutang walaupun RM1 sehari atau RM30 sebulan.
"Selain itu, baki hutang yang pokoknya hanya tinggal 20 peratus daripada jumlah hutang boleh dilangsaikan dalam tempoh tiga bulan tanpa dikenakan sebarang bayaran keuntungan, penalti, denda atau apa-apa caj perkhidmatan," katanya.
Abd Halim berkata, siri jelajah ke lima daerah iaitu Putrajaya, Muar, Seremban 2 adalah pada 17 Oktober, diikuti Melaka Tengah pada 19 Oktober dan Sungai Petani pada 21 Oktober dengan sasaran kehadiran 200 hingga 500 peserta bagi setiap daerah.
Sementara itu, Setiausaha Agung DPMM, Amirhamzah Karim, memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan pelucutan serta-merta 12 ahlinya.
Katanya, mereka didapati melanggar Fasal 8.12.5 Undang-Undang dan Perintah Peraturan DPMM, iaitu membawa apa jua perkara berkenaan dengan keahlian atau Dewan ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan Dewan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semua 12 ahli bertindak sedemikian susulan ketidakpuasan hati kerana tidak terpilih memegang apa-apa jawatan ketika mesyuarat agung tahunan DPMM ke-54 pada 26 Februari lalu.


Artikel oleh: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/10/5967-dpmm-lancar-program-urus-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5964 Dpmm Laksana Program Pemudah Cara Keberhutangan Mudahkan Urusan Masyarakat Bernama 03 10 2020

5964 Dpmm Laksana Program Pemudah Cara Keberhutangan Mudahkan Urusan Masyarakat Bernama 03 10 2020

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Dewan Perniagaan Melayu Malaysia memperkenalkan Program Pemudah Cara Keberhutangan bagi memudah dan mengurangkan beban tanggungan hutang masyarakat Presidennya Dr Abd Halim Husin berkata melalui program itu antaranya disa...
Takemeanywhere Dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020

Takemeanywhere Dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum takemeanywhere Dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Bila sebut negeri Selangor mesti ramai yang ingat Kuala Lumpur Nak ke mana Kuala Lumpur Kuala Lumpur kat mana Ampang Ehh Ampang tu Selangor tau Selangor nie ibarat tr...
Program World Cleanup Day 2020 6 474 Kilogram Dibersihkan

Program World Cleanup Day 2020 6 474 Kilogram Dibersihkan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 421 hits
PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 6 474 KILOGRAM DIBERSIHKAN ISKANDAR PUTERI SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam melaksanakan pengauditan sisa ke atas 6 474 68 kilogram sisa pepejal ...
Senarai Peserta Terbaru Program Gegarvaganza 2020 Musim Ketujuh

Senarai Peserta Terbaru Program Gegarvaganza 2020 Musim Ketujuh

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 688 hits
Gegarvaganza 2020 dah nak mula dah ni Sebelum tu jom kita tengok senarai peserta terbaru program Gegarvaganza untuk musim ketujuh ini Sedar tak sedar program GV sudah masuk musim ketujuh tetapi ada 8 pemenang Kita sedia maklum pada terdapat...
Program Outreach Kolej Vokasional Ke Sekolah Harian

Program Outreach Kolej Vokasional Ke Sekolah Harian

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 402 hits
Tahun ini merupakan tahun pertama aku keluar sebagai seorang Guru Vokasional Kalau sebelum ni keluar buat lawatan kedai ke kedai Sekarang dah tukar menjadi sekolah ke sekolah So pada minggu ini aku ditugaskan untuk membuat sedikit taklimat ...
Instagram Update 30 September 2020

Instagram Update 30 September 2020

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 358 hits
Everyone It s a holiday I hope you have a warm holiday while you re having a hard time in the midst of Corona Everyone have a happy and prosperous holiday
5959 Aktiviti Lawatan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Ii Ke Ppim Ppim 29 09 2020

5959 Aktiviti Lawatan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Ii Ke Ppim Ppim 29 09 2020

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 464 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima lawatan dari Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II YB Dato Haji Che Abdullah Mat Nawi di Pusat Aktiviti PPIM Villa Puteri Condominium
Tarikh Konvokesyen Universiti Di Malaysia Bagi Tahun 2020

Tarikh Konvokesyen Universiti Di Malaysia Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 406 hits
Beberapa Institut Pengajian Tinggi telah mengumumkan tarikh Konvokesyen Universiti untuk tahun 2020 Kali ini pastinya majlis istiadat berlainan daripada tahun tahun sebelum ini disebabkan pandemik yang berlaku Setiap tahun kebiasaanya IPT A...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy