Kata beliau, tempoh dua tahun bermula 10 Mei 2018 menjadi Perdana Menteri adalah memadai untuknya melaksanakan tugas memperbaiki kerosakan dan memulihkan keadaan negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak.Ditambah dengan kesedaran bahawa ketika mengangkat sumpah jawatan itu Tun Mahathir sudah berusia 93 tahun, maka dua tahun iaitu sehingga tahun 2020 atau menjelang usianya 95 tahun adalah masa yang sesuai untuk beliau berundur dan menyerahkan kepada penggantinya, Anwar mengambil alih teraju pentadbiran negara.Jika tahun 2020 pun Tun Mahathir sudah berusia 95 tahun, di tahun 2030 bermakna beliau akan berusia 105 tahun.Adakah Tun Mahathir akan panjang umur sehingga usia 105 tahun?Kalaulah sehingga tahun 2030 Tun Mahathir masih hidup – syukur Alhamdulillah – tetapi keadaan beliau berucap yang ketika ini sering tersekat-sekat dan kadang-kadang perlu pembantu mengulangi soalan wartawan kepadanya, rasanya hampir mustahil beliau ada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas sehingga tahun tersebut.Malah jika sehingga habis penggal iaitu tahun 2023 Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di mana ketika itu beliau akan berusia 98 tahun, rasanya itu pun sudah terlalu lewat dan tiada keupayaan lagi baginya.Tahun 2050 tentulah lebih tak terfikir kita kalau Tun Mahathir masih hidup, apalagi kalau masih sihat seperti hari ini.Bermakna, antara tahun 2020, 2030 dan 2050, paling sesuai, munasabah dan paling tepat untuk Tun Mahathir melakukan penyerahan jawatan ialah pada 2020.Tiada tarikh lain yang lebih sesuai daripada itu.Tambahan lagi, sesuai dengan Wawasan 2020 yang dicipta oleh Tun Mahathir, menunaikan janji penyerahan jawatan pada tahun yang sama tentu saja akan membuatkan namanya lebih dihargai dan disanjung tinggi.Pastilah buruk bunyinya jika tahun 2020 nanti dikenang sebagai tahun Tun Mahathir memungkiri janjinya kepada Anwar yang terbukti telah bersikap tulus, pemaaf serta sedia berganding bahu demi menumbangkan UMNO dan BN, seterusnya menyebabkan permusuhan kali kedua antara mereka tercetus kembali.Dalam hal ini, apabila Kadir menyebut tahun 2020, 2030 dan 2050, beliau seakan-akan cuba mengingatkan Tun Mahathir bahawa tiada tahun lain selain 2020 untuk bossnya itu melepaskan jawatan atau jangan lupa janji kepada Anwar yang selalu disebut dan diulang-ulangnya sendiri olehnya akan tetap ditepatinya itu.Terima kasih Kadir!! (Shahbudindotcom 23/09/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |