2018 Dan Adsense
2018 dan Adsense ? Sudah sebulan kita di tahun 2018 dan sudah berbulan tiada updated dari blog ini. Okay ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2018 ini. Serius rasa lama gila jari jemari ini tak menari di atas keyboard untuk menaip entri di blog hehehe.
source:freepik.com
Sebab apa?
Sebab utama ialah hilangnya mood yang entah kemana. Pada masa yang sama aku sibuk dengan hal belajar ditambah pula dengan stress sentiasa jadi memang blogging bukanlah pilihan utama.
Walaupun blog ini usang dengan entri yang baru, tapi Alhamdulillah trafik blog ini masih konsisten walaupun tidaklah banyak mana jika dibandingkan dengan blog-blog yang lain. Faktor utama traffik blog ini adalah hasil implementasi seo yang telah aku amalkan sebelum ini.
Tegasnya, kalau anda jenis malas macam aku ini untuk update blog tapi pada masa yang sama inginkan traffic pada blog jadi amalkan seo. Tapi untuk amalkan seo ini kenalah rajin pada peringkat awal, lepas itu barulah boleh relax sambil melihat trafik yang bertubi-tubi masuk ke blog.
Apa yang aku amalkan sebelum ini pernah aku kongsikan, jadi cepat-cepatlah baca :
Teknik Optimum SEO Off Page Untuk BloggerTeknik SEO On Page Untuk Blogger
Adsense
Mungkin ada di antara pembaca blog ini perasan ada iklan google yang sedang berlegar-legar dalam blog yang suram ini hehehe. Untuk pengetahuan anda, aku mohon adsense sudah berbulan lamanya. Tapi tidak ku sangka air yang tenang ada buaya (eh apa kaitan). Masuknya tahun baru iaitu 2018, aku dapat satu emel dari google katanya permohonan aku telah lulus.
Sebenarnya emel yang diterima oleh aku sudah berapa hari . Disebabkan aku tak semak kerana mengangap emel itu adalah promotion dari google yang kerap dihantar oleh pihak google. Jadi terdetik di hatiku ini untuk buka blog ini, dan benarlah kata google permohonan aku sudah berjaya.
Ya, keseronokan mula menyelubungi diri aku ini dicampur dengan perasaan geram haha mana kan tidak hampir berbulan lamanya baru nak berjaya. Tapi yang penting syukur sekurangnya-kurangya aku dapat juga.
PenutupBanyak benda yang aku tempuhi dengan blog ini, jadi tak mungkin disebabkan mood aku yang hilang ini blog ini juga terkubur begitu sahaja. Mungkin dari segi update entri akan tidaklah begitu sekerap mana. InsyaAllah aku akan cuba salurkan dan kongsikan entri-entri yang lain di masa akan datang. Moga dengan adanya adsense ini juga, aku akan bersemangat untuk update blog hehehe.
Akhir kata moga semua rakan-rakan blogger terus maju tidaklah sama ada di dunia siber ini ataupun realiti. Assalamualaikum..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adibsite.com/2018/02/2018-dan-adsense.html