20 Tempat Menarik Di Perak


Negeri Perak Darul Ridzuan antara salah sebuah daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada daripada segi ekonomi, pelancongan dan infrastruktur kepada rakyatnya.
Dengan keluasan 21,000 kilometer persegi, 12 daerah dengan Ipoh sebagai ibu negeri, Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja menjadikan Perak sebagai negeri nombor dua terbesar di semenanjung
Negeri Perak sudah pastinya menjanjikan kelainan kepada pengunjung kerana sangat terkenal dengan pelancongan alam semula jadi, pulau dan pantai, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya
Negeri Perak juga merupakan sebuah negeri di Malaysia yang masih lagi mengekalkan seni bina bangunan yang bercirikan warisan pengaruh Barat yang sangat mempesonakan pelancong. Jika anda inginkan percutian yang bercirikan “Ketamadunan” dan “Semula Jadi”, jangan lepaskan peluang untuk melawati negeri Perak. Di sini kami senaraikan 72 tempat menarik di Perak yang boleh anda lawati bersama keluarga ketika bercuti di negeri ini
Muzium & Tempat Bersejarah1. Muzium Perak
Muzium Perak merupakan muzium  pertama dan tertua yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low seorang Residen British ketiga di Perak ketika itu.  Terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 kilometer dari bandar Ipoh
Muzium Perak kaya dengan koleksi etnologi, sejarah, alam semula jadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai koleksi nadir atau rare yang berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang seperti binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang serta tembikar tanah yang kini sukar ditemui atau pupus
Selain daripada pelbagai jenis koleksi yang dipamerkan, bangunan Muzium Perak ini juga mempunyai keunikan dan kelainan seni binaannya yang tersendiri pengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah. Bagi anda yang meminati sejarah dan sebagainya jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Muzium Perak ini
2. Galeri Sultan Azlan Shah
Sebuah galeri yang indah dan menarik seni binaannya dibangunkan semula daripada istana lama iaitu Istana Ulu. Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah
Dibina setaraf galeri yang terdapat di luar negara bertujuan untuk merakam tentang sejarah hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah daripada awal usia sehingga zaman pentadbiran baginda
Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak. Kemegahan dan keagungan Galeri Sultan Azlan Shah ini diterjemahkan melalui seni binaannya yang halus dan indah, terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad dibina
Selain daripada pengunjung dapat mengetahui sejarah, susur galur dan kehidupan sultan tetapi juga dapat melihat kehalusan ukiran-ukiran kayu dan kerawang besi berukiran bunga kemboja serta keseluruhan galeri ini sudah semestinya menawan hati pengunjung yang gemar akan seni sebegini
3. Kellie’s Castle
Kellie’s Castle merupakan antara salah satu tempat menarik yang harus anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak. Bangunan 3 tingkat umpama istana ini mempunyai kelainan, keunikan dan sejarahnya yang tersendiri kerana dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul, di Bandar Agra, India
Walaupun bangunan ini sudah berusia 107 tahun dan tidak sempat disiapkan tetapi tetap terus kukuh hasil daripada pembaikan yang dijalankan. Untuk ke Kellie’s Castle pengunjung perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta. Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan oleh Majlis Daerah Kinta Barat
Kellie’s Castle juga sering menjadi lokasi pengembaraan drama dan filem dalam dan luar negara kerana keunikan binaannya. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya.35. Kota Belanda
Jika anda ke Pulau Pangkor, Perak jangan terlepas peluang untuk singgah sebentar di Kota Belanda ini. Terletak di Teluk Gadang, kira-kira 100 meter dari pantai. Kota Belanda ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda telah berusia lebih 300 tahun yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah dari negeri Perak
Pengunjung boleh melawati Kota ini secara percuma sahaja sambil melihat secara dekat peninggalan-peninggalan penjajahan, sejarah pengaruh Barat di Tanah Melayu, dan terdapat juga beberapa rumah limas tradisional negeri Perak yang telah dibina oleh kerajaan negeri Perak bagi menambahkan lagi nilai serta tarikan pelancongan di sini
Pengunjung tidak perlu risau jika datang ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan seperti gerai makanan, pakaian dan juga cenderamata untuk dibawa pulang sebagai buah tangan
6. Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kompleks ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990
Di sini terdapat banyak kesan sejarah terutamanya tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu, terbahagi kepada galeri Sejarah, dan balai pameran mempamerkan sejarah peristiwa Pasir Salak, senjata, alat-alat pengangkutan, tembaga, pakaian dan banyak lagi
Terdapat juga bangunan yang sedia ada berhampirannya ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga buah rumah kutai
Alamat: 36800 Kampung Gajah, Perak, Malaysia
Salah satu tempat bersejarah boleh anda lawati di Perak ialah Muzium Beruas. Pada awalnya, bangunan ini merupakan Mahkamah Beruas yang telah diubahsuai untuk dijadikan muzium yang mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Sitiawan
Muzium ini mempamerkan lebih daripada 300 artifak pada zaman kerajaan Beruas dan Gangga Negara. Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas
Di muzium ini memaparkan segala maklumat dan bahan kajian dalam bentuk sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas. Masuk ke muzium ini adalah percuma
8. Batu Bersurat Pulau Pangkor
Jika anda ke Kota Belanda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Batu Bersurat berhampiran dengan kota tersebut, terletak kira-kira 100 meter dari pantai. Pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas batu besar terpahat dengan lukisan seolah-olah harimau sedang mencederakan seorang budak, dua bulatan berbentuk daun serta perkataan-perkataan Belanda dan Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”.Di mana tahun yang tercatat merupakan tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor. Jika dari Kota Belanda anda boleh berjalan kaki sahaja kerana jaraknya yang dekat. Selain daripada faktor sejarah, suatu yang unik tentang batu ini juga dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa batu ini hidup kerana mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil dengan panjang 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter
9. Port Weld
Port Weld atau lebih dikenali kini sebagai Kuala Sepetang, Perak. Dikatakan semasa terdapatnya bijih timah di Larut dan Taiping lokasi ini menjadi pelabuhan yang sangat penting. Hulu Sungai Larut mengalir dari Bukit Larut atau Bukit Maxwel terus ke muara Sungai Larut berhampiran dengan Port Weld atau Kuala Sepetang. Hanya mengambil masa 60 minit atau 72 kilometer untuk ke bandar Ipoh
Kawasan yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Matang ini merupakan hutan paya bakau yang diiktiraf oleh dunia sebagai ekosistem terbaik. Selain itu, di sini juga terdapat kepelbagaian hidupan liar bagi pengunjung yang cinta akan alam semula jadi untuk melihat dan terokai
Di kawasan tengah bandar ini juga terdapat stesen keretapi pertama di Malaysia yang berhubung dengan Taiping yang kini sudah ditutup, yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan papan tanda sebagai simbolik kepada Port Weld
10. Muzium Darul Ridzuan
Muzium Darul Ridzuan merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Menariknya bangunan ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Inggeris dan masih mengekalkan reka bentuk seni bina asalnya sehingga sekarang
Dibina di kawasan seluas kira-kira empat ekar. Selain itu, terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara atau airaid shelter dibina pada tahun 1940. Bangunan ini telah mula diubahsuai reka bentuk dalamannya pada tahun 1991 dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan dan telah dirasmikan pembukaannya pada 18 Ogos 1992 oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Jika ingin melihat dan mengetahui lebih lanjut latar belakang serta sejarah mengenai muzium ini pengunjung jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini, masuk adalah percuma
11. Muzium Geologi
Tertubuhnya pada tahun 1957 Muzium Geologi adalah untuk menyimpan contoh rujukan daripada kajian geologi. Menempatkan hampir 700 koleksi unik dan menarik pelbagai jenis fosil, mineral, batu permata berharga dan separa-berharga dari dalam dan luar negara. Terdapat beberapa sampel bijih timah menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak turut dipamerkan
Di samping, turut memaparkan sumbangan geologi terhadap pembangunan sumber air bawah tanah, pembinaan infrastruktur dan promosi warisan geologi Malaysia menggunakan ilustrasi grafik. Masuk ke muzium ini adalah percuma
Muzium Diraja Kuala Kangsar
Muzium Diraja Kuala Kangsar sangat melambangkan seni bina Melayu Tradisional yang mengagumkan. Pengunjung boleh melihat dengan lebih jelas kehalusan seni bina Melayu Tradisional ini dengan lebih teliti. Muzium yang didirikan pada tahun 1926 ini dahulunya dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Istana Lembah, Istana Kenangan, atau Istana Tepas
Muzium ini dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah sebagai tempat bersemayam sementara. Yang menariknya mengenai muzium ini tidak digunakan paku besi dalam pembinaannya. Dengan warna dinding yang melambangkan warna negeri perak iaitu kuning, hitam, dan putih. Reka bentuk bangunan ini menggunakan enam puluh batang tiang yang lebih kurang 41 meter dan selebar 11 meter
Dikatakan bentuk bangunan ini terbina seperti sebilah padang yang berada di dalam sarungnya. Struktur bangunan ini terbahagi kepada dua iaitu di bahagian  atas ditempatkan singgahsana manakala di bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda. Masuk juga adalah percuma
13. Zoo Taiping
Zoo Taiping ini merupakan sebuah zoo yang terbesar dan satu-satunya di utara semenanjung Malaysia iaitu di negeri Perak. Dengan kawasan zoo seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping membawa pembaharuan dengan menggunakan konsep terbuka, dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut
Zoo ini menempatkan lebih 1200 ekor haiwan yang terdiri daripada 140 spesies terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan banyak lagi. Pengunjung boleh datang ke sini untuk beriadah bersama anak-anak dan mempelajari tentang hidupan liar
14. Night Safari Zoo Taiping
Aktiviti Night Safari yang terdapat di Zoo Taiping ini merupakan yang pertama di Malaysia. Night Safari membolehkan pengunjung melihat hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semula jadi
Pengunjung dikehendaki meminimumkan bunyi-bunyi atau suara dan dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan serta tidak mengganggu ketenteraman di sini. Suatu pengalaman yang menarik untuk melihat hidupan liar dalam suasana malam yang tenang bagi pengunjung yang ingin lari dari kesibukan hari siang di bandar yang dapat dikongsi bersama ahli keluarga
15. Eco Park
Eco Park di Bukit Merah Laketown Resort merupakan sebuah taman tema berasaskan alam semula jadi pasti menjadi tarikan pengunjung. Merupakan sebuah tempat perlindungan mesra alam semula jadi seluas 3 ekar dengan 3 bahagian iaitu Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek pasti mengujakan para pengunjung
Terdapat pelbagai spesies hidupan liar seperti reptilia, primat, mamalia, burung dan ikan dalam persekitaran alam semula jadi berhampiran dengan habitat mereka. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti Skycycle, taman haiwan peliharaan untuk pengunjung melihat secara lebih dekat dan banyak lagi
Pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hidupan liar ini dan merasai pengalaman menyeronokkan juga digalakkan untuk berinteraksi dengan beberapa haiwan yang terdapat Eco Park ini
16. Kelip-Kelip Kampung Dew
Jika anda ke Taiping jangan lepaskan peluang untuk ke Kampung Dew yang terletak di kawasan Simpang Ampat, Semanggol. Pengunjung dapat melihat kelip-kelip yang menjadi tarikan eko-pelancongan dan pastinya sangat menyeronokkan
Lokasi pelancongan sebegini amat jarang terdapat di dunia terutamanya di Malaysia, pengunjung dapat melihat dan mempelajari mengenai spesies kumbang ini secara dekat. Pengunjung tidak perlu risau kerana anda akan dibawa menaiki feri melawat kawasan habitat ini, mengambil masa selama 30 minit untuk pergi dan balik, setiap bot atau feri ini juga boleh memuatkan 5 sehingga 7 orang penumpang, bergantung kepada saiznya
Kelip-kelip dengan jumlah yang banyak berterbangan mengeluarkan cahaya pada waktu malam di sini sangat mempesonakan anda seolah-olah melihat bintang di langit
17. Pulau Pangkor
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Perak, pulau yang cantik dengan pemandangan yang menawan ini menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia
Di Pulau Pangkor terdapat beberapa pantai yang bersih dan indah serta air lautnya yang biru kehijauan seperti Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah, Coral Beach dan juga Teluk Belanga
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang anda boleh cuba seperti snorkelling, scuba driving, berkayak, memancing, menaiki banana boat, jet ski dan banyak lagi. Bagi pengunjung yang ingin menjelajah keseluruhan pulau tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan sewa kereta, teksi, motosikal dan juga basikal
18. Pulau Giam
Pulau Giam merupakan salah satu daripada pulau-pulau kecil di Pangkor, sering menjadi tumpuan pelancong yang gemarkan aktiviti seperti snorkelling dan berkayak. Pengunjung boleh menyewa kayak dengan harga RM10.00 per sejam untuk berkayak dari Teluk Nipah ke Pulau Giam
Aktiviti ini pasti mengujakan para pengunjung kerana dapat melihat air laut yang jernih seakan kristal, dengan pelbagai jenis hidupan laut serta terumbu karang yang banyak terdapat di sini
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah dan bersantai sepanjang pantai. Selain itu, tarikan utama di sini ialah terdapat batu besar di tepi pantai yang menyerupai penyu dan kepala buaya
19. Lost World Tambun

Lost World of Tambun adalah salah satu daripada tempat menarik yang harus anda kunjungi di Perak, tidak kiralah sama ada bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan
Sebuah taman tema yang lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti Water Park, Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley, Hot Spring dan Spa serta Adventure Park. Di sini juga terdapat resort sekiranya pengunjung ingin menginap. Lost World of Tambun menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung yang ingin bersuka-ria dan melepaskan tekanan bebanan kerja dan sebagainya
20. Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ipoh pasti memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi ini. Berlatar belakang gunung batu kapur menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan eko yang meminimumkan struktur bangunan manusia bagi mengekalkan keaslian alam semula jadi
Destinasi ini sangat sesuai jika anda bercuti bersama keluarga dengan daya tarikan seperti air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia ini dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas. Di samping itu, lokasi ini juga mempunyai mini zoo yang menempatkan burung unta dan rusa pasti menyeronokkan kanak-kanak apabila datang ke sini
Keindahan landskap di Taman Rekreasi Gunung Lang yang dihiasi menara peninjau akan memberi pandangan yang menarik untuk pengunjung. Oleh itu, taman rekreasi ini perlu ada dalam senarai anda apabila berada di Ipoh, Perak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://faizrockers.blogspot.com/2020/03/20-tempat-menarik-di-perak-tahun-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Di Johor Bahru

Tempat Menarik Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 664 hits
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia kini makin banyak tempat menarik di Johor Bahru yang ditawarkan untuk pengunjung Banyak tempat juga sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa pusat pelancongan terbaru Pusat Bandar y...
20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Jom Bercuti Ke Bandar Perindustrian Kedah

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1079 hits
Tercari cari destinasi yang unik untuk percutian akan datang Mai singgah ke Sungai Petani Kedah Masa yang diambil untuk ke negeri di sudut utara Semenanjung Malaysia ini adalah dalam 4 ke 5 jam sebaik memasuki negeri ini akan dapat melihat ...
Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah

Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 518 hits
Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium Eropah Assalamualaikum semua Allah terasa lama tak menulis di sini tapi aku gagahkan jugak jari jemari ni hihi Aku buang semua rasa malas ni ke tepi demi nak kembali manfaatkan blog yang aku ada ni...
Bekas Exco Perak Akan Menghadap Sultan Esok Kata Sumber

Bekas Exco Perak Akan Menghadap Sultan Esok Kata Sumber

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 315 hits
Bekas exco Perak akan menghadap Sultan esok kata sumber Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Mar 2020 11 27PM
Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 264 hits
DAP Perak menafikan tuduhan dibuat dua bekas wakil rakyat parti itu berhubung wujudnya usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku menteri besar Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata pendedahan itu disifatkan sekadar ti...
Teluk Senangin Lumut Perak

Teluk Senangin Lumut Perak

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 802 hits
Orang kata kalau nak Town Escape cari tempat yang betul betul jauh dari bandar Jadi kali ni aku ke Teluk Senangin bersama keluarga Itupun lepas di introduce oleh sorang makcik yang pernah bercuti di situ Katanyer tempat ni sesuai untuk perc...
7 Former Perak Exco Members To Meet Sultan Nazrin On Thursday

7 Former Perak Exco Members To Meet Sultan Nazrin On Thursday

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 389 hits
Former MB Ahmad Faizal Azumu says Perikatan Nasional comprising Umno PAS and PPBM has received the support of 32 state assemblymen to form the new government in Perak IPOH Seven of the 10 former state executive councillors in Perak are expe...
Mb Perak Masih Belum Di Namakan

Mb Perak Masih Belum Di Namakan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 281 hits
IPOH Menteri Besar ke 13 yang bakal menerajui negeri Perak masih belum dinamakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau bersama pemimpin Perikatan ...
Pemuda Umno Perak Lapor Polis Terhadap Portal Berita

Pemuda Umno Perak Lapor Polis Terhadap Portal Berita

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 295 hits
Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan laporan berbentuk fitnah terhadap kepimpinan Umno negeri kelmarin Pengerusi Sekretariat Undang undang Pemuda Umno negeri Faridzul Azlan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos