Walaupun mungkin tidak sepopular Kota Kinabalu atau Semporna, Kudat juga menawarkan keindahan alam semula jadi, pengalaman budaya yang unik serta pelbagai tarikan menarik yang sukar ditemui di tempat lain.
Di sini anda dapat melihat pemandangan laut dan juga panorama matahari terbenam yang sangat memukau. Sambi tu anda boleh bersantai menikmati angin sepoi-sepoi dan deruan ombak.
Sumber: Sabah Bossku
2. Kudat Riviera
Kudat Riviera menawarkan pengalaman penginapan mewah di tepi pantai dengan pemandangan laut yang menakjubkan.
Sumber: Sabah Bossku
Sumber: Sabah Bossku
3. Pantai Kelambu
Pantai Kelambu terkenal dengan pasirnya yang putih dan air laut biru yang sangat jernih. Keunikan pantai ini adalah bentuknya yang seakan-akan pulau kecil bersambung ke tanah besar oleh pasir timbul.
Sumber: Sabah Bossku
4. D’view Kudat
Bagi penggemar landskap hijau dan bukit-bukau, D’View Kudat adalah pilihan penginapan yang ideal. Udara di sini pun segar!
Sumber: Sabah Bossku
5. Dreamland Resort
Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk menginap di Dreamland Resort. Dreamland Resort terkenal dengan landskap tropikanya.
Sumber: Sabah Bossku
Sumber: Sabah Bossku
6. Pulau Pantanunan
Pulau Pantanunan adalah salah satu hidden gem di Kudat. Dikelilingi oleh air laut biru kehijauan dan terumbu karang yang masih terpelihara, Pulau Pantanunan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelami.
Sumber: Sabahan
7. Frangipani Villa
Seterusnya, Frangipani Villa juga antara pilihan penginapan di Kudat yang menawarkan penginapan eksklusif dengan sentuhan moden dan pemandangan taman tropika.
Sumber: Sabah Bossku
8. Misompuru Homestay Kudat
Misompuru Homestay Kudat menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat Rungus di kampung tradisional Sabah.
Sumber: Sabah Tourism
Sebagai tetamu, anda akan tinggal bersama keluarga angkat, menikmati makanan tempatan, serta terlibat dalam aktiviti harian seperti menangkap ketam, melawat ladang lebah madu dan mempelajari seni kraf tangan serta budaya tradisional Rungus.
Sumber: Sabah Tourism
9. Pulau Balambangan
Pulau Balambangan juga antara tempat menarik di Kudat yanh semakin popular dengan tarikan terbarunya iaitu Balambangan Cave. Bambalangan Cave adalah, sebuah gua yang kaya dengan sejarah dan keunikan geologi.
Sumber: Sabah Bossku
10. Tajau Laut Guesthouse
Tajau Laut Guesthouse juga salah satu tempat penginapan di Kudat Sabah yang boleh anda pertimbangkan. Guesthouse ini terletak di kawasan terpencil berhampiran pantai.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di sini termasuklah berjalan di tepi pantai, bersantai dan merasai makanan tempatan yang dimasak oleh tuan rumah.
11. Pantai Bak-Bak
Pantai Bak-Bak juga salah satu tempat menarik di Kudat yang anda boleh kunjungi. Kawasannya pantainya sangat luas dan merupakan lokasi perkelahan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Sumber: Sabah Bossku
Pantai ini boleh diakses melalui jalan utama menuju ke Simpang Mengayau, “Tip of Borneo”. Pantai Bak-Bak juga dilengkapi kemudahan asas seperti tandas awam, kawasan berteduh, meja, kawasan barbeku, restoran dan sebagainya.
Sumber: Secret Place Cafe & Camping
13. Tindakon Dazang Beach
Tindakon Dazang Beach adalah antara pantai tercantik di Kudat tau! Pantai ini mungkin kurang dikenali tetapi keindahannya setanding dengan pantai-pantai terkenal yang lain.
Sumber: Sabah Bossku
14. Pantai Kalampunian
Seterusnya, tempat menarik di Kudat yang anda tidak boleh lepaskan ialah Pantai Kalampunian. Ia terletak berhampiran Simpang Mengayau dan terkenal sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam.
Pantai Kalampunian
Pantai Kalampunian
15. DMA Gombizau Honey Bee Farm
Untuk melihat sendiri proses penternakan lebah madu secara tradisional oleh masyarakat Rungus., anda boleh singgah di DMA Gombizau Honey Bee Farm.
DMA Gombizau Honey Bee Farm
16. Kampung Bavanggazo Longhouse
Untuk mengenali budaya Rungus dengan lebih dekat, pastikan anda singgah di Kampung Bavanggazo Longhouse.
Kampung Bavanggazo Longhouse
Kampung Bavanggazo Longhouse
17. Wonder Khayalan Home Art Gallery
Wonder Khayalan Home Art Gallery adalah galeri seni tempatan yang mempamerkan hasil karya kreatif tempatan.
Sumber: G Wonder Khayalan Home Art Gallery
18. Tambakan Fish Farm
Tambakan Fish Farm menawarkan pengalaman lawatan ke ladang ikan air masin. Anda boleh melihat pelbagai spesies ikan dan mempelajari teknik penternakan moden di sini.
Sumber: JAMES FISH FARM Kudat Tambakan
19. Kilang Gong Kampung Sumangkap
Kilang Gong Kampung Sumangkap adalah salah satu tempat menarik di Kudat yang menampilkan budaya Sabah.
Kilang Gong Kampung Sumangkap
Kilang Gong Kampung Sumangkap
20. Maranjak Longhouse
Maranjak Longhouse menawarkan pengalaman budaya yang autentik dengan penginapan di rumah panjang tradisional yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan moden!
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |