20 Tanda Sekolah Yang Sudah Red Flag


 


Berikut 20 tanda-tanda awal bahawa sesebuah sekolah sedang berada dalam zon bahaya, atau istilah kasarnya, ‘Red Flag’:
1. Ramai guru mohon pindah tanpa alasan kukuhBiasanya berlaku secara senyap. Bila ramai mahu ‘keluar’, ada yang tak kena dalam sistem dalaman

2. Kadar MC dalam kalangan guru sangat tinggiIsu kesihatan sering jadi alasan. Tapi kadang-kadang, itu sebenarnya simptom tekanan dan ‘escapism’

3. Ramai guru sakit, sama ada mental, fizikal dan emosiGuru hilang seri, burnout, kemurungan, tekanan darah tinggi, lelah emosi. Semua ini tidak berlaku secara tiba-tiba

4. Ramai guru mohon pencen awal / pencen pilihanApabila guru-guru cemerlang mula ‘angkat bendera putih’, sistem perlu disemak.
5. Mesyuarat PIBG tak mendapat sambutanKomuniti sekolah semakin renggang. Ibu bapa pun sudah ‘give up’ untuk ambil tahu. Mesyuarat PIBG, ajk je yang bercakap

6. Kadar kehadiran murid bermasalahPonteng kronik. Ada murid yang hilang berbulan-bulan, sekolah tak tahu pun, atau tak ambil tahu

7. Kepimpinan sekolah bertukar-tukar terlalu kerapTiada kesinambungan. Pelan strategik tergantung di dinding, tapi tak pernah bergerak. Dalam fail ada, pelaksanaan? ke laut semuanya

8. Tiada budaya kerja berpasukanGuru bekerja dalam silo, hanya buat yang diarahkan, tiada semangat kolaboratif. Banyak ‘klik’. Budaya toksik berleluasa

9. Murid tidak menghormati guruKes murid memaki, menjerit, biadab makin kerap, makin dilazimkan.
10. Kes disiplin murid meningkat secara mendadakBuli, vape, gaduh, ponteng, pecah harta benda, tapi sekolah buat biasa. Tak dipandang serius. Semua pihak business as usual

11. Aduan ibu bapa meningkat dan mula tularBila komuniti hilang kepercayaan, sekolah bukan lagi tempat selamat untuk anak-anak. Ibu bapa suka viralkan hal yang sepatutnya settle dengan baik dengan pihak sekolah

12. Tiada bimbingan dan mentoring untuk guru baharuGuru muda dibiarkan hanyut. Lama-lama, semangat hilang, motivasi lenyap. Lebih parah, guru muda lebih toksik daripada yang senior

13. Aktiviti murid bersifat kosmetikProgram hanya untuk cukupkan eviden, atau sekadar memenuhi takwim, buat asal buat, sebab tak nak nama naik tapi tak menyentuh jiwa, tak membentuk watak. Hilang ruh

14. PdP yang hambar dan berulang-ulangTiada inovasi. PdP sekadar ‘masuk kelas’, bukan proses membina insan. Lagi parah, bila tak tahu pun kenapa masuk ke kelas, saja mengisi masa kerja.
15. Sekolah bergantung kepada segelintir guru sahaja‘Superman’ sekolah buat semua, jadi, bila mereka hilang, sekolah lumpuh. Pengetua dan GB suka buat favorism, memilih-milih

16. Murid tiada rasa cinta atau bangga terhadap sekolahTiada jati diri. Tiada semangat ‘belonging’. Sekolah sekadar tempat datang-pergi, jumpa kawan untuk hangout. Not more not less.
17. Mesyuarat sekolah hanya beri arahan, bukan bina ideaTiada ruang untuk dialog. Tiada budaya reflektif. Hanya ‘ikut arahan’ semata. Top down sepenuhnya. Pengetua dan pentadbir sahaja yang bercakap

18. Guru enggan menyertai kursus atau bengkelGuru sudah lesu. Rasa tiada makna untuk belajar lagi. Kalau buat pun, tak ikhlas dan cari jalan shortcut, macam hire orang, guna chatGPT. Buat pun rasa tak bersalah

19. Budaya kerja toksik, penuh sindir, sabotaj, berpuak puak ikut ‘klik’Tiada kepercayaan. Tiada empati. Hanya drama dan agenda tersembunyi. Cikgu Senior vs junior. Cikgu Akademik vs cikgu kokurikulum. cikgu digital vs cikgu manual. kantin tempat gosip

20. Tiada pelan intervensi murid berisikoSekolah tak tahu siapa yang perlu dibantu. Semua dibiarkan terapung. Buli fizikal, mental, budaya pulau-memulau dibiarkan. Lantak apa yang berlaku. yang penting dapat gaji bulan. Akhirnya, semua salahkan kerajaan

......................

Maka apa perlu kita buat
Sekolah yang tenat, tak akan pulih dengan pekeliling sahaja. Perlu pemulihan budaya, kepimpinan berhikmah, empati kolektif dan tindakan berani
Sekolah yang menunjukkan terlalu banyak ‘red flag’ bukan hanya berdepan masalah teknikal atau pentadbiran semata. Ia menandakan krisis yang lebih dalam, iaitu krisis budaya, krisis kepimpinan dan krisis harapan. Dan dalam semua ini, peranan kepimpinan sangat kritikal, dan ini bermula di sekolah. Sekolah yang kuat bukan dibina dengan SOP atau pekeliling, tetapi dengan jiwa pemimpin yang sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar mengurus, tetapi memulihkan dan membina semula jiwa dan ruh organisasi
Namun kita juga tidak boleh hanya menuding jari sepenuhnya ke arah kepimpinan semata-mata. Kita semua, sebagai warga sekolah, pendidik, ibu bapa atau masyarakat, perlu berani bermuhasabah, adakah aku menyumbang kepada penyelesaian atau hanya menambahkan kesunyian? Sekolah yang sakit tidak akan sembuh dengan diam, dan tidak akan berubah jika kita hanya menunggu orang lain memulakannya
Reformasi sekolah mesti dimulakan sekarang, bukan esok. Bukan menunggu krisis lebih parah. Bukan menunggu murid-murid kita hilang rasa cinta kepada ilmu dan hilang percaya kepada institusi. Kalau kita betul-betul mahu menyelamatkan masa depan, kita perlu berani bertindak, dan berani berubah. Bukan menyalahkan satu sama lain. Tapi, itulah yang paling kita buat... DR
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/09/20-tanda-sekolah-yang-sudah-red-flag.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Arwah Ibu Dikatakan Sepupu Pengetua Sekolah Zara Qairina Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis

Hiburan Arwah Ibu Dikatakan Sepupu Pengetua Sekolah Zara Qairina Fadhlina Sidek Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5957 hits
Menteri Pendidikan tampil membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Sabah Menurut Fadhlina fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut m...
Fadhlina Lapor Polis Komen Kaitkan Dengan Pengetua Sekolah Zara Qairina

Fadhlina Lapor Polis Komen Kaitkan Dengan Pengetua Sekolah Zara Qairina

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 3709 hits
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kata tindakan undang undang juga akan diambil Menteri Fadhlina Sidek kata ada beberapa individu cuba mengaitkan beliau dengan pengetua SMKA TDM PETALING JAYA Menteri pendidikan membuat laporan berhubung kom...
Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai

Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4274 hits
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai JOHOR BAHRU 10 Sept Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 6 Jalan Kulai Kota ...
Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali

Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2876 hits
Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali Cuti sekolah sudah menghampiri pasti ramai ibu di rumah mula berasa pening memikirkan menu makanan untuk anak anak Bila berada di rumah sepanjang hari selera anak an...
Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1474 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mohon kepada pihak pengurusan sekolah institusi pengajian tinggi dan institut pendidikan guru di seluruh negara untuk menyokong serta mengerakkan penubuhan program Pendekar Madani Menurut laporan Har
Terlupa Nak Salam Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar

Terlupa Nak Salam Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 872 hits
Terlupa Nak Salam Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar Dua pelajar dilaporkan telah ditampar oleh pengetua sebuah pondok di Palopo wilayah Sulawesi Selatan hanya kerana tidak bersalaman menurut portal Detik Difahamkan kejadian itu berlaku...
Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 6956 hits
Tahun ni lain macam sikit sambutan Hari Merdeka di sekolah si bongsu Ingatkan ibu dengan ayah boleh tidur awal rupanya jam 2 pagi baru terlelap sebab sibuk siapkan baju robot untuk adik Mula mula plan nak buat yang simple simple je tapi bia...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau