20 Resepi Biskut Raya Mudah Disediakan Yang Boleh Kita Hidangkan Kepada Tetamu Pada Hari Raya Nanti


20 resepi biskut raya mudah disediakan yang boleh kita hidangkan kepada tetamu pada hari raya nanti. 


1. Cornflakes Madu


Bahan-bahan:

1 kotak besar Cornflakes 
1 cawan madu
1 cawan gula perang
125 gram mentega
Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara buat:

1. Masukkan gula perang dan mentega ke dalam kuali, kacau sebati sehingga cair.
2. Masukkan pula madu dan kacau sebati sehingga mendidih.
3. Tutup api, masukkan cornflakes dan kacau sebati.
4. Masukkan adunan cornflakes tadi ke dalam cup kecil.
5. Bakar dalam oven, suhu 150°C selama 10 minit (laras suhu dan amsa mengikut oven masing-masing)
6. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

* Kalau adunan madu ada lebih, boleh tambah lagi cornflakes.
* Topping terpulang mengikut kegemaranasing-masing.

2. Honey Butter Cornflakes Rangup


Bahan-bahan:

500 gram cornflakes
250 gram mentega
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar madu
1 biji kuning telur
1/2 cawan gula halus (boleh tambah atau kurangkan)
Boleh tambah chocolate rice atau apa-apa hiasan yang sesuai jika mahu

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya
Cara membuatnya:

1. Pukul gula halus dan mentega menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Kemudian, masukkan kuning telur, susu pekat manis dan madu.
3. Pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan sebati.
4. Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit.Gaul rata dan sebati.
5. Apabila adunan sudah rata dan kena pada semua cornflakes, sudukan ke dalam cawan kertas.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150⁰C selama 10 minit.
7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 10 minit (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya, jangan bakar sampai hangus pula. Cukup sampai rangup.)
8. Setelah siap dibaka, biarkan Honey Butter Cornflakes sejuk seketika. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara


3. Cornflakes Meringue Cookies

Bahan-bahan:
220gm Cornflakes125gm Choc Chips150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)3 Biji Putih Telur1-2 Sth Vanilla Esen60gm Almond Sliced
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)2. Masukkan gula sikit2 hingga habis3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla
4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata
5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuningan) 
Sumber: Inahar's Cooking Time


4. Resepi Cornflakes Coklat Mudah dan Rangup Tanpa Bakar

Bahan-bahan:

Milk compound chocolate (Beryl's) 250g
Cornflakes - 5 cawan (sukat yg belum diramas)
Buttercup - 1 sudu besar
Almond - 60g
Papercup

Cara membuatnya:

1. Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
2. Sangai almond hingga rangup
3. Ramas kasar cornflakes
4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat, gaul rata
5. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu
6. Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit
Siap

Sumber: Ayue Idris


5. Chocolate Almond Cluster

Bahan-bahan:
500 gram badam hiris
500 gram milk chocolate coins
Hiasan (optional):
Edible gold dust
Edible gold sugar beads

Cara-cara membuatnya:
1. Sangai sekejap badam sehingga masak atau keperangan. Saya bakar sekejap dalam oven pada suhu 160'C, 15 - 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dan biar sejuk sekejap.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Bila dah cair, gabungkan dengan badam hiris tadi dalam satu bekas besar. Gaul rata.
3. Sediakan papercup, sudukan adunan badam coklat ke dalam papercup sehingga habis. Hias dengan edible gold dust dan gold sugar beads.
4. Masukkan ke dalam peti ais selama 2 - 3 minit untuk bekukan coklat. Keluarkan, dan simpan dalam balang pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari

Tips:
Untuk elakkan adunan coklat badam membeku semasa proses menyudu ke dalam papercup, seeloknya badam dan coklat cair digaul dalam loyang, dan letak atas periuk berisi air panas (periuk double boil sebelumnya, jangan buka api - kita nak wap panas tu saje kena pada loyang)

Sumber: sunahsukasakura

6. Crunchy Chocolate Nestum

Bahan-bahan:
500 gram Coklat Beryls
300 gram Nestum
40 gram kacang cincang
Cara membuatnya:
1. Panaskan coklat di dalam microwave atau guna kaedah double boil
2. Masukkan nestum dan kacang, gaul rata. Kemudian, masukkan ke dalam loyang 10x10 inci. Tekan padat.
3. Guna pembaris dan potong untuk dapat kan 100 keping. Masukkan dalam peti sejuk selama 8 minit.. 4. Selepas dikeluarkan daripada peti sejuk, boleh dipatah-patahkan. Siap

Sumber: Lyn Ab Rahman

7. Resepi Biskut Florentine @ Crunchy Caramel Almond Cookies Mudah

Bahan-Bahan:
500 g Tepung Florentine
250 g badam keping (almond flake)
100 g kuaci
100 g biji labu
100 g walnut

ATAU

250 g Tepung Florentine
150 g badam keping (almond flake)
40 g kuaci
40 g biji labu
40 g walnut

Cara membuatnya:

1. Walnut dihancurkan kepada kecil-kecil. Nih memang kena buat sebab walnut kan datang dalam bentuk gedabak.
2. Gaul almond flake + kuaci + biji labu + walnut biar sekata di atas loyang.
3. Bakar campuran kekacang ni di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit.
4. Gaul semua kekacang yang telah dibakar semasa semua kekacang masih panas lagi bersama tepung Florentine di dalam satu bekas sehingga sebati.
5. Susun paper cup muffin cupcake di atas loyang (tak kisah loyang saiz apa asal muat dalam oven kita).
6. Masukkan satu sudu kecil penuh adunan di dalam setiap paper cup muffin cupcake dan ratakan. Jangan bumbun sangat sukatan tuh, hanya satu sudu kecil penuh sedang elok bagi memastikan biskut Florentine yang terhasil paling nipis.
7. Bakarkan adunan di dalam oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven k asalkan tidak hangus. Mula-mula den bakar adunan pada 10 minit tapi nampak kurang golden warnanya, makanya den tambah lagi 5 minit).
8. Bila keluar dari oven, biar biskut Florentine sejuk sebelum diketuk keluar dari paper cup muffin cupcake tuh.
9. Tadaa…..dah siap dan boleh disimpan di dalam bekas kuih atau tupperware kedap udara.

Kelebihan guna paper cup muffin cupcake, memang mudahkan sebab:
1. adunan akan jadi sangat nipis
2. tak perlu risau adunan terlekat pada kertas minyak
3. senang ketuk keluar biskut Florentine yang telah dibakar dari paper cup muffin cupcake
4. tak perlu juga risau adunan terpecah kalau kita potong tak betul; dan
5. yang paling best adalah biskut Florentine menggunakan paper cup muffin cupcake ni akan jadi sama je bentuknya, bulat-bulat dan sama saiz

Kena beli paper cup muffin cupcake yang tebal sebab boleh guna berulang kali. Paper cup muffin cupcake yang den guna ni bertahan selama 10 kali den bakar dalam oven. Sampai habis bakar semua adunan biskut Florentine ni, paper cup muffin cupcake tetap elok, tak koyak ke apa. Sampai buang kat tong sampah la elok lagi paper cup muffin cupcakenya tu

Sumber: Bidasari


8. Biskut Oreo Cheesecake 5 Bahan, Sukatan Cawan

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega, dilembutkan1/2 cawan cream cheese, dilembutkan1/2 cawan gula putih atau gula perang atau campur sedikit kedua-duanya1 + 1/3 cawan tepung gandum18 keping biskut Oreo dihancurkan (asingkan krim, tidak perlu terlalu hancur) 
Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya
Cara membuatnya:
1. Pukul cream cheese, kemudian masukkan mentega dan pukul lagi
2. Masukkan gula dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan tepung gandum dan pukul lagi
4. Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi dan kaup balikkan adunan
5. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama sejam
6. Bulatkan atau sudukan doh ke atas dulang pembakar, bakar pada suhu 175⁰C selama 10-15 minit atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing)
7. Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan di dalam bekas


9. Milo Crackers 3 Bahan



BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
CARA-CARANYA:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.

Sumber: Nurasyikin Ali

10. Biskut Arab Susu Cair Di Mulut



Bahan-bahan:

1 tin kecil Ghee/minyak sapi (150 gram)
1/4 sudu teh garam halus
1 cawan susu tepung
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum

Hiasan:

ceri merah /hijau cincang (optional)
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula icing

Cara membuatnya:
Dalam mangkuk, masukkan Ghee, garam halus dan susu tepung dahulu.
Kacau rata menggunakan senduk atau spatula.
Kemudian baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan hingga doh tak melekat di tangan.
Oles dulang pembakar dengan mentega / alas dengan baking paper.
Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar.
Jika ada ceri cincang boleh hiaskan atas biskut.
Bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit garing.
Angkat dan sejukkan sebentar di atas redai sehingga biskut suam-suam kuku.

Untuk membuat coatingnya, campurkan susu tepung dan gula icing dan gaul rata.
Golekkan biskut ke dalam coating dan susun atas redai.
Simpan biskut dalam balang kedap udara selepas biskut betul-betul sejuk.
Bilangan Biskut : Anggaran 76 biji
Sumber: LYN'S HOMELICIOUS


11. Biskut Makmur

Bahan-bahan:
Bahan untuk doh
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi

Paper cup
Bahan untuk inti
200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
Sedikit gula icing
.
Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas

Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara

Sumber: Resepi Sedap Mudah Buat


12. Biskut Sarang Semut. Sedap, Rangup dan Cair dimulut


Bahan-bahan biskut sarang semut :
1 ketul buttercup 250gm
1 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 tepung jagung
3 cawan tepung gandum (kalau lembik, tambah tepung lagi)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat urai (untuk hiasan)
Papercup

Cara-cara membuat doh biskut sarang semut :
1. Putar buttercup dan gula icing sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan sebiji kuning telur. Putar lagi.
3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung sikit demi sikit sehingga adunan menjadi doh.
5. Simpan doh tadi yang telah siap dibungkus dengan kain bersih didalam peti ais semalaman.
6. Setelah disimpan semalaman, parut doh tersebut menggunakan pemarut.
7. Sudukan doh yang diparut tadi kedalam papercup.
8. Taburkan coklat urai diatas parutan doh.
9. Bakar menggunakan api bawah selama 15 minit atau sehingga masak ( masa dan suhu laraskan mengikut oven masing-masing)

Sumber: Ibuzahra Journey

13. Biskut Jejari Oat Susu

Bahan A
225 gm butter
125 gm gula kastor
1 biji kuning telor
1 sdt esen vanilla
Bahan B
20 gm tepung kastard
250 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
100 gm quaker oat atau roll oat (guna yang dalam tin merah)
2 sudu besar serbuk coco
Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)

Cara-cara
Putar gula dengan butter hingga sebati
Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu). Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi (tapi Kak Raja salut mase biskut-biskut ni panas lagi takut tak melekat)
Nota:
Quaker oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup. Kak Raja kisar oat ni sampai halus.
100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.
Sumber: My Home Recipes

14. Semperit Susu 3 Bahan

Bahan:
125 gram butter
1/3 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung
Bahan hiasan:
Manik gula atau coklat cip
Cara:
1.Masukkan butter dan susu pekat.Adun dengan lembut menggunakan spatula atau senduk kayu.
2.Masukkan tepung jagung,uli hingga sebati dan adunan menjadi lembut dan licin tak melekat ditangan.tutup bekas supaya adunan tidak tetdedah pada angin.
3.Guna acuan semperit,tekan adunan hingga habis.letak manik hiasan.
4.Bakar suhu 150c selama 25-30 minit (laras suhu dan masa ikut oven masing-masing)
Sumber: Facebook Istimewa Dari Dapur Q'leena

15. Biskut German / German Cookies Warna-warni

Bahan-Bahan :

250 gm pure butter ~ suhu bilik
80 gm gula aising
250 gm potato starch@tepung pati kentang
160 gm tepung kek atau superfine
Beberapa pewarna & perasa pilihan ~ jika nak biarkan pada warna asal, letakkan 1 sudu teh esen vanilla bila butter dan gula sudah dipukul kembang...

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 160'C. Ayak tepung kek dan jua potato starch, ketepikan.
2. Ayak gula aising di dalam bekas lain.
3. Dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula aising dengan mixer sehingga kembang.
4. Masukkan bahan kering tadi dan gula menggunakan senduk kayu/spatula sehingga menjadi adunan doh yang lembut, tidak melekat di tangan. (Tambah sedikit tepung kek jika adunan masih lembik).
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan perisa pilihan, uli rata sehingga mendapat warna yang dikehendaki.
6. Selepas itu balut setiap mangkuk adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
7. Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci (saya sukat guna 1/2 sudu besar sudu) dan susun di atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.
8. Kemudian tekap setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
9. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 15 minit sehingga masak. Sejukkan dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara

Sumber: Zaralicious

16. Biskut Cornflakes Cip Coklat Rangup

Bahan-bahan:

250 gram mentega (Buttercup pun boleh)
120 gram gula kastor (boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa masing-masing)
2 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
160 gram cornflakes (diramas kasar) 
1 cawan cip coklat

Bahan-bahan yang perlu diayak:
210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur kuning dan esen vanila, kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes, bahan ayak tadi dan cip coklat. Kaup balikkan adunan.
5. Apabila sudah sebati, rehatkan doh dalam peti sejuk.
6. Ambil sesudu adunan, bulatkan dan golekkan ke dalam cornflakes yang diramas sedikit.
7. Letak di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
8. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit menggunakan api atas bawah sehingga berwarna keemasan (suhu dan masa adjust mengikut oven masing-masing ya).
9. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


17. Biskut Chocolate Chip Sedap


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
220 gram cip coklat
Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
2. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
3. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
4. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
5. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar
6. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C selama 10 minit.
7. Bakar selama 175 ⁰C dalam 10-15 minit (suhu dan masa mengikut oven masing-masing dan mengikut ketebalan dan saiz yang dibentuk).
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara


18. Biskut Red Velvet Rangup

Bahan-bahan:

200 gram mentega
100 gram gula perang
50 gram gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gram tepung gandum (diayak)
20 gram serbuk koko (diayak)
Secubit garam
200 gram cip coklat
200 gram badam cincang - disangai sekejap
1 sudu teh pewarna merah atau emulco red velvet
Anda boleh tonton video ini untuk lihat cara membuatnya
Cara membuatnya:

1. Pukul mentega, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.
2. Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Kemudian masukkan dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan cip coklat dan badam cincang, kacau rata.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak (tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama) sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang lembut.
5. Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan susun atas dulang pembakar.
6. Bakar dengan suhu 170 ⁰C selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing.
7. Setelah siap dibakar, biarkan biskut sejuk dahulu kemudian simpan di dalam balang.

19. Biskut Kacang Tanah Tradisi






Bahan-bahan:
140gm tepung gandum - diayak
125gm gula aising
130gm peanut butter
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
100gm serbuk kacang tanah/kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
200ml minyak jagung Mazola
Kacang tanah (digoreng & belah dua) secukupnya sebagai hiasan
Cara-cara:Pukul peanut butter dan gula aising hingga rataMasukkan tepung2, baking powder, garam, esen vanilla dan serbuk kacang tanah. Gaul rataTuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi dohAmbil 1 sudu teh adunan, gentel bulat (atau terap mengikut pilihan acuan masing-masing). Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnyaBakar pada suhu 140 deg cel selama 30 minit hingga masakSejukkan dahulu sebelum disimpan dalan bekas kedap udara.Selamat mencuba.
Sumber: My HomeRecipes

20. Biskut Oat Cip Coklat

Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
70 gram rolled oat (disangai seketika)
100 gram cip coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
3. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
6. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.

Begitulah antara 20 respei biskut raya yang bagi Mai, mudah disediakan. Nak buat untuk raya boleh, nak buat bila-bila masa pun boleh. Selamat mencuba
sumber : MaisarahSidi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/04/20-resepi-biskut-raya-mudah-disediakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Cornflakes Ferrero Cookies Tak Perlu Oven Anak Tetap Boleh Makan Biskut Raya

Resepi Cornflakes Ferrero Cookies Tak Perlu Oven Anak Tetap Boleh Makan Biskut Raya

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 293 hits
Resepi Cornflakes Ferrero Cookies ini sebenarnya sangat mudah nak sediakan tak perlu oven pun untuk bakar Mak mak yang tak ada oven dekat rumah tu tetap boleh buat biskut raya untuk anak Jom ikuti resepi dan langkah demi langkah Mudah sanga...
5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 209 hits
Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Syawal Persiapan raya pun sudah mula dibuat Bagi anda yang teringin nak buat kuih raya tapi tak ada oven jangan risau kerana ada beberapa jenis biskut raya yang boleh dibuat tanpa menggunakan o...
Koleksi Resipi Aneka Sate Sedap Untuk Hidangan Tetamu Di Hari Raya

Koleksi Resipi Aneka Sate Sedap Untuk Hidangan Tetamu Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 223 hits
Tidak lengkap rasanya tanpa adanya hidangan aneka sate yang sedap Selain menjadi kegemaran ramai menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal Bahan bahan yang digunakan juga sangat ringkas Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat s...
Resepi Sate Ayam Sempena Hari Raya

Resepi Sate Ayam Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 248 hits
Tiap2 taun ikut resepi ni ja Alhamdulillah ank2 mkn sepuasnya nak lagi sedap potong ayam besar2 bila bakar nnti tak kecut dn kering Resepi asal tiada edit Terima kasih empunya resepi Resepi sate ayam merecikkk BAHAN2 1 ekor ayam kulit ayam ...
Angkat Tema Warna Retro Puma Julung Kali Lancar Hari Raya Collection Wajib Ada

Angkat Tema Warna Retro Puma Julung Kali Lancar Hari Raya Collection Wajib Ada

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 228 hits
Selalu kalau sebut PUMA benda pertama kita bayang mestilah pakai sukan atau kasut sukan kan Tapi buat julung kalinya tahun ini PUMA membawakan Hari Raya Collection yang menawarkan koleksi baju raya kasual Apa yang menarik dengan koleksi eks...
Lirik Lagu Terpaling Di Hari Raya

Lirik Lagu Terpaling Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 275 hits
Lirik Lagu Tajul Wany Hasrita Afieq Shazwan Muna Shahirah Tuah Adzmi Wani Syaz Terpaling Di Hari RayaLirik Lagu Tajul Wany Hasrita Afieq Shazwan Muna Shahirah Tuah Adzmi Wani Syaz Terpaling Di Hari Raya Assalamualaikum Salam Sejahtera guys ...
Butik Chenta Lunar Shah Alam Lengkapi Gaya Hari Raya Korang Tahun Ini

Butik Chenta Lunar Shah Alam Lengkapi Gaya Hari Raya Korang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 241 hits
Hi Korang Macam mane persiapan raya tahun ni dah prepare ke Ermm kak lily warna tema pun tak fikir lagi mungkin pakai apa yang ada agaknya Tapi nak jugak merasa baju raya baru juga kan hehehehe biasa lah orang perempuan memang can tuh Seper...
Othman Hamzah Gembira Bersama Di Hari Raya Chord

Othman Hamzah Gembira Bersama Di Hari Raya Chord

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 208 hits
Em Em C C B Em EmHari ini sungguhlah indah B EmLangit cerah nampak bahagiaEmHari ini aku merasa B EmSungguh riang kerna hari raya D GAkan ku sambut dengan riang dan gembira D GWahai kawan mari bersama suka ria B EmPada yang tua maaf di pint...
Usher Hari Raya With Free Delivery And Discounts Up To 50 Off

Usher Hari Raya With Free Delivery And Discounts Up To 50 Off

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraUsher Hari Raya with Free Delivery and Discounts Up to 50 off Order your favourite Ramadhan and Hari Raya dishes with ease as ShopeeFood brings you a variety of special dishes for you and the family With g...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru