20 Perbezaan Lelaki Perempuan Secara Saintifik
Selalu Sensei gitau laki dan perempuan ni berbeza, tapi kome tak nak caya.. Meh c ni tengok sendiri 20 fakta unik perbezaan lelaki dan perempuan dari lahir.. Nyumnyumnyum..
1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada saat malam dari pada laki-laki.
Mereka perlu jumlah tidur yang lebih lama. Ini menunjukkan lelaki lebih berupaya berjaga malam dari segi fizikal dan mentalnya
Cuba perhatikan kerjaya polis, askar, jaga, bomba dan sebagainya. Tuhan memberikan mereka (kaum lelaki) keupayaan berjaga malam demi untuk keselamatan kita semua. Syukur alhamdulilah
Akan tetapi, tidur mesti cukup 5-6 jam untuk dewasa. Kalau tidak, anda mungkin terkena darah tinggi. Berhati-hati
2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat berjalan dan berbicara.
Mereka mempunyai saraf deria penghubung di otak yang lebih cepat & lebih banyak tumbuh berbanding lelaki. Makanya, tindakan berasaskan “intuisi” (perasaan) lebih cepat berlaku di kalangan mereka
Jangan pelik. Mereka mudah mengenal langkah dan cara mengatur tapak. Mereka juga mudah mengenal bahasa & percakapan bunyi
Akan tetapi, itu bukan satu kelebihan bagi mereka. 9/10 daripada bahagian otak perempuan dimonopoli oleh intuisi (perasaan) manakala bakinya dikuasai oleh akal. Lelaki pula adalah sebaliknya
3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi laki-laki berbanding bayi perempuan.
Kenapa ya? Adakah bayi lelaki lebih aktif semasa di dalam kandungan lagi
Kalau benar hipotesis di atas, maksudnya lelaki tidak betah berada di tempat yang sempit. Mereka memerlukan medan yang luas untuk kehidupan kelelakian mereka
Secara relitinya, anda dapat melihat tanggungjawab anak lelaki atau ayah banyak berlaku di luar rumah. Mereka juga sanggup berhijrah jauh untuk kehidupan yang lebih baik. Adakah kerana itu, mereka menunjukkan sikap aktif sejak di rahim ibu lagi
Perempuan pula rata-ratanya surirumah. Medan tanggungjawab mereka hanya sempit dan kecil
4. Rata-rata berat otak laki-laki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.
Terdapat beberapa lapisan korteks dalam korteks otak besar. Maksudnya, dalam bahagian kerangka otak hadapan, terdapat beberapa lapisan lain. [1] neokorteks/isokorteks, [2]arcikorteks, [3]paleokorteks, [4] allokorteks yang berlipat-lipat sehingga permukaannya menjadi lebih luas dengan ketebalan 2 hingga 4 mm. Lapisan korteks terdapat berbagai macam pusat saraf yang mengendalikan ingatan, perhatian, persepsi, pertimbangan,bahasadan kesadaran
Dan diketahui, otak lelaki mempunyai lipatan pelbagai korteks yang lebih banyak daripada perempuan. Maksudnya, mereka menggunakan kelebihan itu untuk pelbagai fungsi sebagai lelaki. Sebab itu, jangan terkejut jika lelaki lebih monopoli dalam ingatan, perhatian,persepsi,pertimbangan, bahasa dan kesadaran
5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh laki-laki.
Maksudnya, kenapa lelaki sanggup membuang anu mereka untuk menjadi sang perempuan yang lembut?
Pondan atau banci adalah lelaki yang tidak mengiktiraf sifat ego yang ada pada diri mereka. Mereka cuba membuang sifat ego itu atas pelbagai sifat. Akan tetapi mereka sebenarnya terperangkap.
Sifat ego yang ada pada mereka itu kemudiannya dihalakan kepada penukaran jantina
Perempuan pula banyak dikuasai oleh haya (sifat pemalu) yang menghalang mereka dari menukar jantina mereka. 2 perkara yang berbeza
Agak lucu, tetapi itulah sebenarnya berlaku.
6. Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
Sebab itu, tugas-tugas pengawalan kampong seperti amalan berjaga kampong pada zaman dahulu atau KRT/SRS pada zaman sekarang sehingga lewat jam 4.00 pagi mampu ditangani dengan baik oleh kaum lelaki
Akan tetapi kaum lelaki tidak betah (mampu) berada di dapur yang sempit untuk tugas-tugas memasak dan sebagainya.Pendek kata, lelaki sangat anti kepada tempat yang sempit dan panas
Kaum perempuan mampu berada di dapur (untuk memasak) atau ruang pejabat yang sempit (untuk tugas-tugas pekeranian) sesuai dengan permukaan kulit mereka yang lebih besar. Mereka mampu menahan kepanasan & kerimasan.
7. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Sebab itu, para rasul, para nabi & para pemimpin besar lainnya terdiri daripada lelaki
Kaum perempuan mempunyai serabut (saraf) penghubung antara belahan otak kanan (Intuisi) dan kiri (Logika) yang lebih banyak, maka kerana itu, ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan. Mereka mudah tertarik, tergoda, terpedaya dengan pujuk rayu & kata-kata mulus.
8. Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh, yang menghasilkan bau badan daripada laki-laki.
Ini kerana kaum perempuan mempunyai luas permukaan kulit yang lebih besar. Mereka perlu mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak untuk merembeskan wap air
10. Kemampuan indra laki-laki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.
Secara saintifiknya, lelaki kurang berkebolehan untuk mencapai “nilai tepat” bagi ketiga-tiga rasa tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh kegagalan tunas rasa pada permukaan lidah yang diselaputi oleh tar rokok, ganja dan sebagainya
Majoriti kaum perempuan tidak terlibat dengan gejala itu. Itu sebabnya ramai kaum perempuan yang cekap memasak & mengurus rumahtangga.
11. Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung menyukai sesama jenis pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
Lesbian pada kalangan perempuan menunjukkan sifat cabul mereka terhadap seks. Pada tahap ini, sesetengah isteri merasa prejudis dan curiga kepada suami mereka. Mereka kemudian beralih kepada sejenis mereka
Maka suami patut menjaga kesihatan diri mereka dan melayan isteri dengan baik. Pada usia 45 tahun, selera perempuan mungkin beralih arah
12. Pada saat usia tua, perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon laki-laki).
Lelaki botak kadang-kala smart dan segak. Ramai perempuan yang lebih menyukai lelaki botak. Akan tetapi perempuan botak Nampak hudoh dan menakutkan. Atas sebab itulah, kita patut bersyukur kerana Tuhan menwajibkan perempuan menutup aurat, termasuk bahagian kepalanya
Jika perempuan memakai telekung untuk menutup rambutnya atau kepalanya yang rontok, maka itu sangat dipuji. Akan tetapi jika mereka dapat berpurdah, itu lebih terpuji
13. Berpapasan dengan perempuan di tempat ramai, laki-laki cenderung menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Itu menunjukkan sifat berani lelaki yang sanggup menghadapi risiko.
Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada. Itu menunjukkan sifat perempuan yang pemalu & kesungguhan sifat semulajadi mereka melindungi aib mereka.
14. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada perempuan.
15. Laki-laki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan warna biru
Ini sejajar dengan sifat pemberani lelaki. Manakala perempuan pula lebih mencintai keharmonian & keamanan
16. Perempuan rata-rata menggunakan 153 saat (2.5 minit) berada di toilet, manakala lelaki sekitar 113 saat (lebih kurang 2.0 minit).
Perempuan memgambil berat secara keterlaluan tentang kekemasan & kebersihan diri mereka, manakala lelaki agak santai
17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
Maknanya, peratus perempuan yang gagap itu sangat kecil. Ini menunjukkan kebolehan intuisi yang tinggi pada perempuan berbanding lelaki
Petunjuk lain ialah mereka bercakap menggunakan perasaan, sedangkan lelaki menggunakan akal.
18. Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding laki-laki.
Itu menunjukkan mereka sangat cermat dan mahukan yang terbaik. Lelaki pula hanya mahukan sesuatu secara mudah dan cepat.
19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
Mereka sangat cerewet tentang pakaian dan penampilan. Isteri yang cerewet terhadap pakaian dan penampilan suami adalah isteri yang penyayang & mengambi berat
Suami pulak jarang bertabiat begitu. Mereka tahu isteri mereka lebih arif tentang pakaian & cara kehidupan mereka sendiri
20. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi/diperdaya daripada anak perempuan.
Saya tidak pasti dari sudut mana. Jika dari segi kekayaan material, saya rasa anak perempuan lebih mudah menjadi mangsa
Jika dari sudut “ingin hidup senang”, memang benar anak lelaki mudah dibohongi/diperdaya. Mungkin aspek inilah yang dinyatakan di atas
Contoh ini mungkin lebih ketara dalam aspek jenayah kolar putih dan kolar biru. Mereka adalah hasil dari didikan masa kecil yang tidak tepat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://udaramedia.blogspot.com/2015/08/20-perbezaan-lelaki-perempuan-secara.html