20 M40 Beralih Kepada B40 Akibat Pandemik Covid 19


GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP


Kuala Lumpur: Sebanyak 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan RM4,850 dan RM10,959 beralih kepada kumpulan B40 akibat kesan pandemik Covid-19, menurut Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata laporan itu mendedahkan isi rumah yang berada dalam kumpulan T20 didapati turut terkesan apabila 12.8 peratus isi rumah daripada kumpulan itu beralih kepada kumpulan M40.

"Memandangkan peratus penurunan pendapatan bagi isi rumah B40 dan M40 adalah lebih besar berbanding kumpulan isi rumah T20, maka agihan pendapatan bagi B40 dan M40 masing-masing menurun kepada 15.9 peratus (2019: 16.0 peratus) dan 36.9 peratus (2019: 37.2 peratus).

"Sementara itu, kumpulan T20 memiliki 47.2 peratus pendapatan, meningkat sebanyak 0.4 mata peratus berbanding 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan berkenaan memuatkan dapatan kajian kesan Covid-19 ke atas pendapatan isi rumah serta statistik insiden kemiskinan di Malaysia tahun lalu.

Menurut laporan itu, Mohd Uzir berkata pendapatan purata isi rumah turut mencatatkan penurunan 10.3 peratus iaitu RM7,089 berbanding RM7,901 pada 2019.

Beliau menjelaskan faktor penurunan tersebut disebabkan isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan atau pengurangan pendapatan, terutamanya mereka yang berstatus pekerja dan bekerja sendiri.

"Tambahan pula, pengurangan pendapatan ini bukan sahaja akibat daripada kehilangan pekerjaan malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran," katanya.

Beliau turut menambah, berdasarkan kajian berkenaan dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat kepada 639,800 isi rumah, berbanding 405,400 isi rumah pada 2019 dengan Sabah mencatatkan peratusan tertinggi bagi insiden kemiskinan mutlak iaitu 25.3 peratus (2019: 19.5 peratus).

Secara keseluruhan, beliau berkata penularan pandemik Covid-19 memberi impak luar jangka kepada pendapatan isi rumah dan mengubah struktur kumpulan isi rumah, bagaimanapun, keadaan ekonomi dijangka bertambah baik dan pulih apabila penularan pandemik ini dapat diatasi.

Katanya, berdasarkan analisis itu, peranan Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pelbagai pihak adalah penting dalam mengurangkan kesan pandemik, ke arah memulihkan pendapatan isi rumah dan ekonomi negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/20-m40-beralih-kepada-b40-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Ph Kritikal Akibat Covid 19

Ketua Pemuda Ph Kritikal Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 346 hits
FMT ReportersShazni Munir Mohd Ithnin kini dalam Kategori 4 iaitu menghidap radang paru paru dan memerlukan bantuan oksigen PETALING JAYA Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas disahk...
Luhut Ungkap Penyebab Meningkatnya Kasus Kematian Akibat Covid 19

Luhut Ungkap Penyebab Meningkatnya Kasus Kematian Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 348 hits
Dia menjelaskan hasil tinjauan lapangan menemukan bahwa rata rata pasien yang meninggal menderita komorbid atau belum menerima vaksin Sebab itu dia meminta seluruh jajaran agar melakukan intervensi untuk mengurangi kematian secara cepat
Kematian Akibat Covid Tinggi Garut Berlakukan Sistem Ganjil Genap

Kematian Akibat Covid Tinggi Garut Berlakukan Sistem Ganjil Genap

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 330 hits
Pemberlakuan rekayasa ganjil genap dikecualikan untuk kendaraan bertanda khusus yang membawa penyandang disabilitas ambulance mobil jenazah kendaraan tenaga kesehatan yang bertugas kendaraan pemadam kebakaran
Dakwaan Warga Emas Mati Akibat Covid 19 Disiasat

Dakwaan Warga Emas Mati Akibat Covid 19 Disiasat

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 369 hits
KLUANG Seorang warga emas meninggal dunia selepas Perodua Ativa yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan berhadapan Majlis Perbandaran Kluang disini pagi hari ini
Anggota Dpr Kena Covid Difasilitasi Isolasi Di Hotel Pks Sebut Akibat Rs Penuh

Anggota Dpr Kena Covid Difasilitasi Isolasi Di Hotel Pks Sebut Akibat Rs Penuh

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 302 hits
Bukhori menyebutkan alasan lainnya isolasi di hotel itu diperlukan yakni karena RS sudah penuh
Al Fatihah Untuk Siti Sarah Yang Meninggal Dunia Akibat Positif Covid 19 Dan Kekurangan Oksigen Dalam Tubuh Badan

Al Fatihah Untuk Siti Sarah Yang Meninggal Dunia Akibat Positif Covid 19 Dan Kekurangan Oksigen Dalam Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 924 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraInnalillahiwainnahirojiun Al fatihah untuk arwah yang sudah ke rahmatullah Rasanya 3 4 hati ni ramai rakyat Malaysia yang sentiasa follow keadaan ahli keluarga Shuib Sepahtu lagi lagi berita mengenai ister...
Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 549 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin 36 yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID 19 meninggal dunia sebentar tadi Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 13 pagi...
Rasakan Duka Mendalam 11 Artis Ini Kehilangan Orang Tua Akibat Pandemi Covid 19

Rasakan Duka Mendalam 11 Artis Ini Kehilangan Orang Tua Akibat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 346 hits
Bahkan ada yang harus ikhlas kehilangan ayah dan ibunya dalam waktu yang berdekatan Semoga selalu diberi ketabahan dalam melalui ini semua
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

From Startup To Unicorn Status

Drama Pasca Kau Pergi

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Maggi Pes Perapan Air Fryer

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Manfaat Beramal Dengan Doa Nabi Musa

Kepentingan Perkhidmatan Kereta Api Kargo

Cara Buat Daging Pekasam Dan Resipi Mudah Pembangkit Selera

Tallia Storm S Legs And Feet In Tights 17

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi