20 Aktiviti Relaks Untuk Menjana Idea Kreatif Bagi Selesaikan Masalah Kerja Dan Hidup Anda




Masalah dalam hidup perkara biasa.
Kebanyakan masalah yang anda hadapi dalam kehidupan seharian, biasanya diselesaikan secara spontan saja.
Spontan, sebab dah ada banyak pengalaman. Dah biasa alami situasi yang sama lebih dari sekali.
Jadi dah boleh jangka setiap pergerakan.
Kalau berlaku A, buat B. Kalau tak boleh buat B, buat C dan begitulah seterusnya. Algorithm dia dah terbentuk kemas. Semuanya masalah rutin tu berlaku tanpa perlukan sebarang idea kreatif untuk diselesaikan.
Tapi, bagaimana jika berlaku masalah baru?
Masalah yang luar biasa. Yang anda tak pernah hadapi lagi macam itu sebelum ini.
Bila berlaku macam tu, nak buat macam mana?
Cari kawan bantu selesai masalahIdea utamanya atau keyword kat sini adalah "pengalaman". 
Masalah diselesaikan dengan mudah bila dah pernah ada pengalaman.
Kalau anda sendiri tak ada pengalaman. Carilah kawan atau kenalan yang ada pengalaman.
Itu antara tujuan penting kenapa perlu kekalkan perhubungan sesama kawan. Boleh kongsi pengalaman masing-masing. Perhubungan sebegitu dapat membentuk satu gabungan, himpunan pengalaman yang sangat besar.
Kalau kawan tak ada. Anda boleh cuba cari maklumat dalam buku.
Atau dalam dunia internet sekarang, Google saja. Boleh dikatakan apa saja yang anda nak tahu akan dapat jawapan bila anda google.
Idea kreatif selesai masalahKalau semua yang disebut di atas tadi dah buat. Cari kawan, baca buku dan google. Tapi masih tak puas hati. Masalah anda masih tetap dirasakan unik.
Atau mungkin anda jumpa panduan dari orang lain. Tapi tak suka cara tersebut. Masih nak selesaikan dengan cara tersendiri.
Maka anda perlukan satu idea kreatif.
Kena gunakan keupayaan diri sendiri untuk merangka jalan keluar secara kreatif.
Untuk menjana idea yang kreatif, anda perlu tahu rahsia ni ...

Idea kreatif ni seumpama makhluk yang sangat jual mahal. Lagi anda perah otak cuba keluarkannya, lagi dia masuk menyorok ke dalam tak mahu keluar.
Satu saja cara untuk biarkan idea kreatif itu keluar sendiri.
Jangan paksa dia keluar.
Jangan cuba nak mengorat dia.
Anda sendiri buat jual mahal.
Maksudnya anda perlu berada dalam keadaan relaks dan bersahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
20 aktiviti relaks jana idea kreatifAda banyak cara untuk anda relaks.
Saya kongsikan kat sini 20 cara yang boleh dicuba, setiap kali anda perlukan idea kreatif untuk selesaikan masalah.
1. Keluar jalan lihat alam semula jadiTinggalkan saja semua urusan. Pakai kasut dan keluar dari rumah atau pejabat. Pergi cari tempat yang damai.
Anda boleh pergi jalan tepi sungai. Atau tepi pantai. Atau sekeliling tasik. Boleh juga masuk hutan atau taman yang penuh pokok besar. Ikut denai yang redup sambil jalan-jalan tenangkan fikiran.
Ikut tempat mana yang berdekatan dengan anda.
2. Buat senaman beratIni pun boleh jana idea kreatif juga. Pergi gym kalau anda ada subscribe mana-mana pusat senaman berbayar.
Kalau tak ada, pakai kasut jogging dan pergi lari 5 atau 6 kilometer. Cari taman permainan yang ada binaan senaman berat.
Mendagu ikut kemampuan anda selama ini. Buat 3 set. Kalau tak mampu mendagu, genggam tangan pada palang besi tu dan biarkan tergantung paling lama yang mampu. Ulang 3 set juga.
Buat ketuk ketampi. Buat tekan tubi dan seumpamanya. Tet berderau peluh mercik.
3. Tulis apa saja yang lintasKalau malas nak keluar, boleh cuba cara ini. Tulislah apa saja yang terlintas dalam kepala anda tu. 
Apa-apa saja. Tulis dan tulis.
Sediakan kertas kosong dan pen sambil main permainan tulis apa saja tu. Terdetik saja di pikiran, tulis. Dengar saja bisikan dalam kepala tu, tulis. Sampai fikiran anda sendiri jadi malu rasa nak menyorok tak mahu anda sedar apa yang dia sedang pikir! 
4. Guna pen dan kertasIni advance sikit dari yang atas.
Tutup komputer. Tutup smart phone.
Ambil pen dan kertas dan buat karangan. Pilih apa saja tajuk yang anda suka. Yang dapat berikan rasa tenang dan damai.
Contohnya, karangan bertajuk wanita yang aku idamkan sebagai isteri. Buat cerita terperinci pasal wanita itu. Macam mana agak nya .. 
Mula tulis sampai habis karangan tu.
5. Libatkan diri dengan kerjaKatakan anda ada masalah sales sangat perlahan masuk. Anda perlukan idea kreatif untuk jana cara buat sales yang baru.
Tak perlu fikirkan apa-apa idea. Pergi buat sendiri dari A sampai Z aktiviti sales. Keluar ke mana-mana tempat dan sasarkan satu orang yang anda boleh mula proses pemasaran dan seterusnya jualan.
Atau anda nak cuba buat pembaharuan terhadap produk anda yang bermasalah. Pergi ambil produk tu dan gunakan. Jadi pengguna produk yang anda jual tu seolah-olah anda adalah pembeli. Rasai pengalamannya.
6. Bantu selesai masalah orangIni hanya perlukan imaginasi sahaja.
Bayangkan kawan baik anda Ahmad, datang. Anda dah kenal lama dan baik dengan dia.
Dia tanya masalah yang sama pada anda.
Dalam keadaan membayangkan Ahmad ada di depan, cuba fikirkan apa agaknya yang anda akan berikan nasihat padanya.
7. Buat senaman pernafasanTahukah anda cara bernafas yang betul?
Tahu tak macam mana bayi bernafas?
Kalau tak tahu pergi cara maklumat. Bila dah tahu, cuba amalkan. Buat 10 ke 20 minit teknik pernafasan cara bayi tu.
Cara bernafas betul adalah tarik nafas melalui perut. Masa tarik nafas, perut anda kembung keluar. Masa lepaskan nafas, perut akan kempis.
8. Belek buku seniPergi buka mana-mana buku pasal seni. Tak kisah seni lukisan, seni mewarna atau apa saja.
Biasanya buku seni kualitinya sangat baik. Kertas tebal dan warna serta susunannya juga sangat berseni.
Buka dan layan buku seni tu. Cuba fahami. Buat tafsiran. Nikmati keindahan dan keunikan segala perinciannya.
9. Baca sajakKalau ada koleksi buku sajak, anda boleh gunakannya bila nak relaks dan jana idea kreatif.
Buka dan baca sajak yang ada satu persatu dan cuba menghayatinya. 
Contohnya, sajak yang ditulis oleh 'Rumi' sangat indah yang luar biasa. Cuba cari dan baca.
10. Baca kata-kata hikmat bijak pandaiAda banyak kalau anda buat carian kat google. Cuba cari kata-kata hikmat Stoic umpamanya. 
Atau cari petikan kata-kata ulamak terkenal. Baca dan fikirkan serta hayatinya. 
Kalau nak berat lagi pemikiran, cuba baca buku Al-Hikam karya Ibnu Atha'illah Al Iskandari.
Tulisan berat bukan untuk anda beratkan diri. Hanya untuk layan membaca sambil berfikir tanpa sebarang tekanan.
11. Baca kisah hidup orangKalau ada buku memoir seseorang, buka dan baca.
Kalau tak ada buku, buka blog atau google kisah hidup sesiapa saja yang anda rasakan menarik.
12. Buat skrip ceritaKatakan anda nak hantar skrip drama ke TV3.
Jadikan masalah anda sebagai tajuk utamanya dan tulis skrip antara dua pelakon yang akan melakonkan cerita tersebut. Berkisar tentang masalah yang sedang anda hadapi itu.
13. Renung luar tingkapPergi cari tingkap yang anda boleh mendagu kat situ. Buka tingkap tu. Pandang ke luar dan tak payah nak fikir apa-apa.Cuma renung ke ruang luar di luar tu dalam keadaan kosong.
14. Jumpa kawanPergi keluar dan jumpa kawan. Jangan ramai-ramai. Jumpa seorang saja. Ajak dia mengeteh. Masa melepak tu tanya dia kalau dia ada masalah sekian dan sekian, apa yang dia fikirkan.
Bukan macam mana dia selesaikan. Cuma tanya apa yang dia fikirkan atau tafsirkan. itu saja.
15. Bayangkan masalah itu tiadaCuba bayangkan kalau masalah itu tak wujud. Apa agaknya masalah lain yang boleh berlaku selain dari masalah tersebut.
16. Buku bagaimana selesaikan masalahBaca buku atau blog berkenaan masalah yang orang hadapi. Apa saja masalah dan baca bagaimana dia selesaikan masalah tu.
17. Baca novel kreatifPergi MPH atau Borders atau Popular, bahagian novel kreatif tulisan penulis terkenal. Duduk bersila dan buka baca satu buku sampai habis.
18. Duduk tempat sunyiPergi cari taman yang tak ada orang dan jauh dari jalan raya. Cari satu kerusi dan duduk dengan tenang.
Pejam mata dan dengar bunyi apa yang anda bleh dengar satu persatu.
19. Keluar dari pejabatKalau anda duduk kat pejabat, pergi keluar. Bawa semua kerja anda dan buat kat luar di tempat lain.
20. Pergi dapur masakPergi balik rumah, ke dapur. Cari buku resepi, pilih masakan yang anda tengok terliur nak makan.
Baca semua bahan yang diperlukan. Pergi cari satu persatu. Buat persediaan dan seterusnya buat masakan tu sampai siap dan makan.
Boleh cuba idea sendiriSaya dah buat 20 aktivi yang sempat terfikir.
Anda tentu punya idea menarik tersendiri yang tak ada dalam senarai atas tu. Bolehlah kongsikan kat bawah ni kat kawan-kawan lain yang nak cuba.
Yang pentingnya aktiviti relaks dan anda tak pernah buat sebelum ini. Bayangkan saja. tentu seronok dan mampu cetuskan kreativiti dalam saraf minda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/06/20-aktiviti-relaks-untuk-menjana-idea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setakat Tukar Pas Kelantan Yang Masalah Exco Pas Kelantan Mati Idea

Setakat Tukar Pas Kelantan Yang Masalah Exco Pas Kelantan Mati Idea

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 209 hits
Apa masalahnya kalau nak tukar pemerintahan PAS kelantan jadi isu agama terbesar ker PAS berada dalam kerajaan persekutuan sekarang boleh selesaikan masalah rakyat tak Masalah PTPTN selesai tak masalah saliran air kelantan selesai tak masal...
Bila Ada Menteri Sampai 70 Orang Masalah Ayam Pun Tak Dapat Selesaikan Ianya Amat Memalukan

Bila Ada Menteri Sampai 70 Orang Masalah Ayam Pun Tak Dapat Selesaikan Ianya Amat Memalukan

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 179 hits
Harga siling baharu ayam diumum tak lama lagi kata PM June 24 2022 5 51 PMPETALING JAYA Kerajaan memutuskan bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga baharu akan diumumkan dalam masa terdekat Dalam kenyataan Perdana Mente...
Ormula Rafizi Tidak Selesaikan Masalah Kata Zahid Hamidi Pakatan Harapan Pun Tak Gunakan Nya

Ormula Rafizi Tidak Selesaikan Masalah Kata Zahid Hamidi Pakatan Harapan Pun Tak Gunakan Nya

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 169 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSenang cerita Ketika Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir menjadi kerajaan 22 bulan ia di lihat l sebagai kerajaan paling teruk dan gaga dalam sejarah negara selain kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam jang...
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 224 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Hiburan Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri

Hiburan Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 224 hits
Bapa kepada mangsa kelar suami sendiri Rosman Ahmad 58 berkata dia tidak menyangka hubungan baik bersama suspek berakhir dengan tragedi menyayat hati Rosman yang ditemui mengakui terkejut apabila menemui anak perempuan bersama cucunya yang ...
Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 171 hits
Berdikari DIY Jangan harap pemimpin politik selesaikan masalah rakyat Kalau ada ITU melepas batuk ditangga Mereka sensiri tidak stabil boleh hilang jawatan pangkat kuasa gaji besar adakah merka akan beri masa untuk fikir masalah rakyat Mere...
Kerap Pengs4n G4dis Terkejut Ada Masalah J4ntung Bapa Tolak Cara Implan Bateri Dan Pembed4han Hidup Macam Biasa

Kerap Pengs4n G4dis Terkejut Ada Masalah J4ntung Bapa Tolak Cara Implan Bateri Dan Pembed4han Hidup Macam Biasa

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 187 hits
SETIAP manusia di dunia ini pastinya diuji dengan pelbagai masalah berbeza Menerusi perkongsian oleh Nursufira Wan Ali 21 di TikTok yang menjadi tular dia menceritakan tentang peny4kit dihidapinya yang mana dia kerap pengs4n disebabkan j4nt...
Cutenya Macam Pakai Helmet Idea Emma Maembong Gunting Rambut Anak Memang Kreatif

Cutenya Macam Pakai Helmet Idea Emma Maembong Gunting Rambut Anak Memang Kreatif

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 205 hits
Menggunting rambut anak kecil di bawah usia dua tahun memang mencabar Kelincahan mereka dan istilah tak duduk diam buat mak ayah jadi makin sukar Idea pelakon Emma Maembong dan suaminya yang menggunting rambut anak mereka Shariq Gabriel sem...
Senyum Lebar Cak Imin Sepakat Kerja Sama Dengan Prabowo Di Pemilu 2024

Senyum Lebar Cak Imin Sepakat Kerja Sama Dengan Prabowo Di Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 120 hits
Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa Muhaimin Iskandar alias Cak Imin malam ini bertemu dengan Ketua Umum Partai Gerindra Prabowo Subianto di Kertanegara Jakarta Selatan Sabtu malam
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching