2 Sebab Utama Lelaki Kemurungan Dan Diam
Assalamualaikum
Lelaki insan yang penuh dengan misterinya. Banyak yang di pendamkan, dari yang di luahkan. Di simpan rapi-rapi dari pengetahuan orang.
Secara alami lelaki ada egonya sendiri, dia lebih memilih tunjukkan diri dia ceria dan sembunyikan masalah dia.
Kalau lelaki diam itu kadang ada maknanya.
2 sebab utama lelaki jadi kemurungan dan diam.
Pertama : Perempuan
Wanita dan wanita itu mampu membina keyakinan setinggi langit tetapi dia juga mampu meruntahkan sehingga tersembam ke bumi.
Ungkapan Imam Ibnu Hajar ini selaras dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan dari Usamah Bin Zaid. Beliau bersabda,
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (HR. Bukhari: 5096 dan Muslim: 2740)
Hadis ini tidak berlebihan. Kerana fakta memang telah membuktikan. Meskipun wanita diciptakan dengan kondisi akal yang lemah, namun betapa banyak lelaki yang cerdas, kuat gagah perkasa, dibuat lemah tunduk di bawahnya. Meskipun para wanita diciptakan dengan keterbatasannya, namun betapa banyak para penguasa jatuh tersungkur dalam jeratnya. Meskipun wanita dicipta dengan keterbatasan agama, namun betapa banyak ahli ibadah yang dibuat lalai dari Tuhannya.
Tidak sedikit seorang orang kaya raya nekad berbuat rasuh demi isteri tercinta. Tidak jarang darah tertumpah, pedang terhunus, kerana wanita. Betapa banyak orang waras dengan akal yang sempurna menjadi gila gara-gara wanita. Bahkan sering kita jumpai seorang laki-laki rela bunuh diri demi wanita. Atau yang lebih parah dari itu semua entah berapa orang mukmin yang mendadak berubah menjadi kafir gara-gara wanita. Pantaslah jika rasulullah mengatakan fitnah wanita adalah fitnah yang luar biasa.
Bahkan betapa umat terdahulu hancur binasa juga gara-gara wanita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan dalam sabdanya,
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خضرة، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ، فَاتَّــقُوا الدُّنْــيَا وَاتَقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِـي إِسْرَائِـيلَ كَانَتْ فِي النِسَاءِ
“Sesungguhnya dunia ini begitu manis nan hijau. Dan Allah mempercayakan kalian untuk mengurusinya, Allah ingin melihat bagaimana perbuatan kalian. Karenanya jauhilah fitnah dunia dan jauhilah fitnah wanita, sebab sesungguhnya fitnah pertama kali di kalangan Bani Israil adalah masalah wanita” (H.R. Muslim: 2742)
Tapi tidaklah bermakna ianya salah perempuan semata-mata sedangkan ianya juga kelemahan iman kita sebagai lelaki. Ianya hanyalah sekadar peringatan kita bersama.
Kedua: Masalah Duit
Duit adalah bukan segalanya tetapi kita perlukan duit untuk segalanya.
Perut lapar perlukan duit untuk beli makanan,duit untuk kos perubatan, duit untuk beli keperluan barang dan segalanya guna duit.
Kerana duit kita boleh jadi stress.
Dengan berada dalam keadaan stress, tiga perkara akan paling teruk terjejas iaitu emosi, pemikiran dan juga kemahiran dalam membuat pertimbangan. Sebagai contoh, emosi atau perasaan seperti marah dan sedih akan memberi kesan kepada cara kita berfikir untuk membuat keputusan atau tindakan yang perlu diambil lalu ia memberi kesan juga dalam pertimbangan kita untuk melakukan respon yang terbaik. Secara ringkasnya, kesan stress secara psikologinya akan menjejaskan proses pemikiran kita atau juga dikenali sebagai proses kognitif.
Tetapi ingatan juga.
Duit .. tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2018/12/2-Sebab-Utama-Lelaki-Kemurungan-Dan-Diam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+Bersama+Aku+Peng