2 Pegawai Kanan Ums Kena Tindakan Tatatertib


Datuk Peter Anthony didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri


KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan surat kontrak penyelenggaraan kepada syarikat milik Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony Datuk Peter Anthony.

Surat bagi kontrak penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Naib Canselor UMS ketika itu, Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dan kemudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Mohd Harun, 60, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata ekoran pengeluaran surat itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S Omang terpaksa meletak jawatan, manakala Pendaftar UMS, Lt Kol (K) Datuk Abdullah Mohd Said dipindahkan ke anak syarikat milik UMS, Ulink Property Sdn Bhd.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk D Sentinathan, yang mewakili Anthony, sama ada laporan polis dibuat berhubung pengeluaran surat berkenaan, Mohd Harun menjawab: "Tidak."

Sentinathan: Apa kesalahan yang dilakukan oleh Shariff?

Mohd Harun: Surat dikeluarkan oleh Shariff tanpa pengetahuan saya sehingga kelulusan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk projek tersebut, di mana saya tidak tahu menahu.

"Tiada laporan polis dibuat berhubung pengeluaran surat tersebut kerana beliau menyerahkan perkara itu kepada bahagian perundangan universiti," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Mohd Shukur Mohd Din, 57, memberitahu mahkamah beliau mengenali Anthony sejak 2014 melalui Persatuan Kadazan Dusun namun menafikan mempunyai hubungan lain selain daripada persatuan berkenaan.

Senthinathan: Adakah kamu tahu surat sokongan bertarikh 9 Jun 2014 itu dikeluarkan oleh Shariff Abd Kadir tanpa pengetahuan Naib Canselor UMS?

Mohd Shukur: Tidak.

Senthinathan: Saya cadangkan surat tersebut bukanlah disediakan di pejabat Anthony?

Mohd Shukur: Saya tidak bersetuju.

Senthinathan: Saya cadangkan kamulah yang menyediakan surat sokongan tersebut di kafe siber.

Mohd Shukur: Saya tidak bersetuju.

Peter Anthony, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 hingga 21 Ogos 2014.

Beliau yang juga bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Ogos ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/2-pegawai-kanan-ums-kena-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Vaksin Kosong Petugas Ppv Dikenakan Tindakan Tatatertib Kata Citf

Isu Vaksin Kosong Petugas Ppv Dikenakan Tindakan Tatatertib Kata Citf

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 337 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tindakan tatatertib sudah diambil terhadap petugas di sebuah pusat pemberian vaksin pandu lalu di Kedah berhubung isu suntikan vaksin kosong Ia susulan satu video tular mendakwa petugas kesihatan tidak menyuntik v...
Apakah Perlantikan Dan Tindakan Mahiaddin Menepati Perlembagaan Tamrin Tun Ghafar

Apakah Perlantikan Dan Tindakan Mahiaddin Menepati Perlembagaan Tamrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 279 hits
APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAANTamrin Tun Ghafar Selasa 27 07 20211 Mengikut PERKARA 43 Agong melantik seorang Perdana Menteri yang pada HEMAT NYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat 2 Yang menyeb...
Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di Maeps

Menteri Jamin Tiada Tindakan Tapi Polis Siasat Doktor Di Maeps

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 523 hits
Semalam 27 Julai 2021 ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal p...
Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 415 hits
AGENDA DAILY Beberapa doktor dan pegawai kesihatan kontrak mengadakan mogok di seluruh negara semalam tetapi kurang mendapat sambutan Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana mana doktor atau pegawai ke...
Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Isteri Dan Ibu Carl Samsudin Tampil Pertahankan Tindakan Tegur Warga Emas

Lepas Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Isteri Dan Ibu Carl Samsudin Tampil Pertahankan Tindakan Tegur Warga Emas

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 519 hits
Nama usahawan Carl Samsudin sekali lagi hangat diperkatakan berikutan tularnya sebuah video kononnya menasihati seorang warga emas dengan nada yang biadap sekali gus mencetuskan kemarahan warganet di media sosial
Hiburan Mohon Maaf Erma Fatima Koyak Gara Gara Pertahan Tindakan Carl Samsudin

Hiburan Mohon Maaf Erma Fatima Koyak Gara Gara Pertahan Tindakan Carl Samsudin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 444 hits
Pengarah dan juga pelakon Erma Fatima sebelum ini ada meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan cacian dan maki hamun terhadap dirinya gara gara mempertahankan tindakan usahawan yang tular kerana bersikap kurang ...
Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam