2 Murid Asrama Kritikal 18 Lagi Dirawat Minum Air Berkarbonat Campur Spirit


Spirit yang disyaki dicampur dalam minuman berkarbonat sebelum diminum oleh pelajar berkenaan.

PITAS - Dua murid Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka turut menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Difahamkan, murid berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan hidrokarbon (spirit) pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya hanya menerima laporan daripada pihak Hospital Pitas pada Jumaat yang memaklumkan bahawa terdapat seramai 20 murid telah dimasukkan ke wad kecemasan.

Katanya, hasil daripada temu bual saksi yang terdiri daripada kalangan murid yang dirawat memaklumkan bahawa salah seorang murid telah membeli satu botol minuman berkarbonat dan dua botol spirit dari kedai berhampiran sekolah.

"Tujuan kedua-dua cecair tersebut dibeli adalah untuk mendapat kesan yang sama dengan arak memandangkan kawasan sekitar asrama tidak menjual arak.

"Selepas kedua-dua bahan itu dicampur, murid berkenaan telah meminumnya secara beramai-ramai di dalam bilik asrama namun tiga daripadanya mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambah Zairolnizal lagi, warden asrama kemudian membawa murid berkenaan ke sebuah klinik komuniti untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Mereka kemudian dibenarkan pulang dan diarahkan datang semula jika gejala semakin teruk.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 pagi Khamis, tiga murid terbabit telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Pitas di mana dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta mengalami sesak nafas.

"Kedua-dua pelajar itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I dan II di unit rawatan rapi (ICU) manakala 18 murid lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas dan dalam keadaan stabil," katanya.

Zairolnizal berkata, pada awalnya pihak hospital mengesyaki gejala yang dialami murid terbabit adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.

"Bagaimanapun selepas mengesan botol minuman berkarbonat yang diberikan mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon memandangkan ia berasaskan petroleum.

"Selain itu terdapat saksi mengesahkan bahawa seorang murid datang ke kedai mahu membeli cecair spirit dan satu botol minuman berkarbonat," katanya.

Sehubungan itu, Zairolnizal berkata, setakat ini tiada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/06/2-murid-asrama-kritikal-18-lagi-dirawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jepun Salur Air Laut Ke Terowong Pelepasan Air Sisa Fukushima

Jepun Salur Air Laut Ke Terowong Pelepasan Air Sisa Fukushima

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 166 hits
JEPUN mula menyalurkan air laut ke dalam terowong yang dibina untuk melepaskan air tercemar nuklear ke lautan daripada loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa Tokyo Electric Power C...
30 Tahun Pas Jaga Kelantan Air Tetap Berkarat Ahmad Zahid

30 Tahun Pas Jaga Kelantan Air Tetap Berkarat Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 215 hits
PARTI dalam kerajaan perpaduan perlu menawarkan untuk membawa perubahan besar ke atas pembangunan asas seperti bekalan air di Kelantan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Beliau pada masa sama menyelar kerajaan pimpinan PAS yang masih gag...
Air Ketuban Pecah Tengah Malam Doktor Boleh Pula Pergi Tidur Dulu Sekali Malang Menimpa Ibu Dan Bayi

Air Ketuban Pecah Tengah Malam Doktor Boleh Pula Pergi Tidur Dulu Sekali Malang Menimpa Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 185 hits
Air ketuban pecah tengah malam Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi Apabila air ketuban telah pecah ia menandakan bayi dalam kandungan akan keluar tidak lama lagi Sepanjang itu perawat akan memeriksa bukaan ...
Lirik Lagu Air Mataku Yang Telah Mengalir Rabithah

Lirik Lagu Air Mataku Yang Telah Mengalir Rabithah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 326 hits
Lirik Lagu Air Mata RabithahSeperti biasaAir mataku mengalir semulaTak tahu mengapaLuka hatiku tak terubat juaMengapa diri tidak mengertiMampukah aku mengubah warna iniAir mataku yang telah mengalirDan membasahi luka yang hanya sia siaTerpe...
Projek Gerudi Bawah Tanah Selesai Masalah Air Di Ums

Projek Gerudi Bawah Tanah Selesai Masalah Air Di Ums

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 309 hits
Naib Canselor UMS Kasim Mansor berkata projek dilaksanakan menggunakan peruntukan RM3 juta diumumkan perdana menteri PETALING JAYA Universiti Malaysia Sabah akan melaksanakan projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan sebagai lan...
Selangor Bina Loji Rawatan Air Terbesar Di Asia Tenggara

Selangor Bina Loji Rawatan Air Terbesar Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 393 hits
Rakyat sekitar Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya kini boleh menarik nafas lega dengan inisiatif terbaharu Kerajaan Selangor dalam memastikan kelestarian bekalan air Pada Isnin Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis Peca...
Perjuangan Emak Emak Di India Cari Air Sampai Masuk Sumur

Perjuangan Emak Emak Di India Cari Air Sampai Masuk Sumur

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 189 hits
Perjuangan Emak Emak di India Cari Air Sampai Masuk Sumur Setiap musim panas tiba krisis air bersih menjadi derita rutin bagi penduduk sebuah desa di Talamwadi India Perempuan dan anak anak harus berjalan kaki sejauh satu mil setiap harinya...
6 Potret Putri Ariani Bareng Seleb Tanah Air Lesti Kejora Hingga Afgan

6 Potret Putri Ariani Bareng Seleb Tanah Air Lesti Kejora Hingga Afgan

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 243 hits
Nama Putri Ariani tengah mencuri perhatian Penyanyi asal Yogyakarta ini berhasil mendapatkan Golden Buzzer di ajang America s Got Talent Nama Putri Ariani mulai dikenal semenjak menjadi juara di Indonesia s Got Talent 2014 Putri juga dekat ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

User Acquisition And Retention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Menara Kl Ditutup Buat Sementara Waktu Bermula Esok