2 Mp Umno Akan Dilantik Menggantikan Tempat Menteri Umno



DUA ahli Parlimen Umno akan dilantik sebagai menteri kabinet Muhyiddin Yassin sementara dua menteri bertukar portfolio dalam rombakan kecil susulan peletakan jawatan dua menteri minggu lalu, kata sumber.
Portfolio tenaga dan sumber asli serta pengajian tinggi kosong selepas menterinya Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad letak jawatan masing-masing pada 3 dan 6 Ogos, susulan keputusan Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Rombakan akan diumumkan tidak lama lagi,” kata sumber, yang maklum mengenai proses mengisi kekosongan kabinet itu.
Difahamkan seorang menteri baharu Umno akan mengisi satu portfolio yang kosong sementara seorang menteri berpindah ke kementerian yang satu lagi.
Nama mereka yang terlibat sudah dikenal pasti, tambah sumber, tanpa memberi butiran lanjut mengenai perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ini adalah rombakan pertama kabinet Muhyiddin sejak jadi perdana menteri Mac tahun lalu selepas percaturan politik yang menyingkirkan kerajaan Pakatan Harapan dari Putrajaya.
Shamsul Anuar dan Noraini letak jawatan menteri ketika sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Umno mengesahkan 14 ahli Parlimennya kini tidak lagi menyokong Muhyiddin dan sudah mempersembahkan surat akuan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Umno sekarang mempunyai tujuh menteri dalam kabinet Muhyiddin, selepas Shamsul Anuar dan Noraini letak jawatan.
Julai lepas, naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik timbalan perdana menteri dan kekal di portfolio pertahanan.
Bekas naib presiden Hishammuddin Hussein kini menteri kanan keselamatan merangkap menteri luar negeri.
Menteri-menteri lain ialah Dr Adham Baba (kesihatan), Khairy Jamaluddin (sains, teknologi dan inovasi ), Reezal Merican Naina Merican (belia dan sukan), Halimah Siddique (perpaduan negara) dan Annuar Musa (wilayah persekutuan).
Umno juga mempunyai tujuh timbalan menteri dalam kabinet Muhyiddin, termasuk seorang senator.
Minggu lalu, Ismail Sabri mengumumkan 31 ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional kekal menyokong kerajaan Muhyiddin dan mahu keabsahannya ditentukan semasa sidang Parlimen September ini.
Katanya, mereka tidak bertanggungjawab sekiranya meninggalkan kerajaan PN dengan tergesa-gesa dan menumbangkannya sekarang ketika negara berdepan ancaman Covid-19.
Sekurang-kurangnya tiga ahli parlimen Umno kemudian menafikan mereka bersama kumpulan ini.
Sekurang-kurangnya lapan ahli parlimen Umno yang minggu lalu secara terbuka menyokong Muhyiddin tidak memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.
Antaranya naib presiden Umno Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dan pengerusi Tenaga Nasional Berhad. Beliau pernah jadi menteri pendidikan dan timbalan menteri tenaga, teknologi hijau dan air dalam pentadbiran Najib Razak.
Minggu lalu, Mahdzir menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau sudah dimaklum akan dilantik menggantikan Shamsul Nasarah berdasarkan pengalamannya di portfolio tenaga.
Beberapa ahli parlimen Umno lain yang bukan menteri atau timbalan menteri tetapi pernah memegang jawatan dalam pentadbiran sebelum ini termasuk Shahidan Kasim (Arau), Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), dan Idris Jusoh (Besut).
Seorang lagi Jalaluddin Alias (Jelebu) pernah jadi exco kerajaan Negeri Sembilan memegang portfolio kerajaan tempatan, perumahan dan kesejahteraan bandar, sementara Salim Sharif (Jempol) pernah jadi senator.
Hasan Ariffin (Rompin) pula pernah jadi timbalan menteri besar Pahang antara 1995 hingga 1999.
Umno mempunyai 38 wakil di Dewan Rakyat sementara komponen BN MCA dua wakil manakala MIC dan PBRS masing-masing seorang lappr The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/08/2-mp-umno-akan-dilantik-menggantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Saman Fitnah Spsb Terhadap Bekas Timbalan Menteri Umno

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Saman Fitnah Spsb Terhadap Bekas Timbalan Menteri Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 218 hits
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan saman fitnah SPSB terhadap Bekas Timbalan Menteri UMNO Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Synergy Promenade Sdn Bhd untuk kebenaran merayu berhubung saman fitnah RM100 juta oleh syarikat itu t...
Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 335 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat ya...
Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 302 hits
IMBAS Jemaah Menteri kerajaan PN yang angkat sumpah jawatan pada Mac 2020 KUALA LUMPUR Majoriti menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional dikatakan sebulat suara menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kep...
Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 561 hits
agendadaily comSurat yang sedang tular dalam media sosial Sepucuk surat dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO sedang tular dalam media sosial yang dihantar kepada semua Ahli ahli Parlimen parti itu termasuk Menteri dan Timbalan Menteri ...
Selepas Shamsul Ramai Lagi Timbalan Menteri Umno Akan Letak Jawatan Kata Ahli Mkt

Selepas Shamsul Ramai Lagi Timbalan Menteri Umno Akan Letak Jawatan Kata Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 218 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Keputusan Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selaras arahan dibuat pucuk pimpinan Umno Ahli Majlis Kerja Tertinggi Razlan Muhamad Rafi berkata beliau yakin Ahli Parlimen U...
Jika Umno Minoriti Dalam Kerajaan Anwar Berapa Jawatan Menteri Akan Diberi

Jika Umno Minoriti Dalam Kerajaan Anwar Berapa Jawatan Menteri Akan Diberi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 343 hits
agendadaily com9 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kem Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berfikir dan membuat pertimbangan ...
Menteri Umno Terkejut Kecewa Dengan Tawaran Muhyiddin

Menteri Umno Terkejut Kecewa Dengan Tawaran Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 191 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Umno difahamkan tidak gembira susulan cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaksanakan pembaharuan pentadbiran inklusif sebagai tukaran kepada sokongan pembangkang menjelang undi percaya pada Septemb...
Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata negara memerlukan Perdana Menteri interim bagi mengelakkan krisis perlembagaan dan politik yang kian parah Menurutnya dengan adanya Perdana Menteri inter...
Pemimpin Umno Gesa Menteri Umno Letak Jawatan Segera Jangan Terpalit Dengan Penderhakaan Kepada Agong

Pemimpin Umno Gesa Menteri Umno Letak Jawatan Segera Jangan Terpalit Dengan Penderhakaan Kepada Agong

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 354 hits
July 31 2021PM LETAK JAWATAN SEGERA MENTERI UMNO JUGA LETAK JAWATANSemalam YDP Agong menulis warkah empat muka surat yang baginda sendiri tanda tangan Ia menjelaskan kronologi sebenar kenapa baginda tidak memperkenankan pembatalan ordinan d...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik