2 Mp Digantung Lepas Tajuddin Kaitkan Abu Chin Peng Dengan Simbol Hindu


ALYAA ALHADJRI


PARLIMEN | Pertengkaran di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng membawa kepada penggantungan dua anggota parlimen - Khoo Poay Teong (PH-Kota Melaka) dan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Mereka digantung selepas mengingkari arahan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Insiden itu berlaku ketika sesi soal jawab, yang bermula dengan pertikaian antara RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

Rayer bertanya kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sama ada kerajaan bercadang untuk mengajar pelajar sekolah berkenaan pemimpin PH seperti mendiang Karpal Singh dan Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Menurut Rayer, dua pemimpin DAP itu memberikan contoh moral yang lebih baik berbanding bekas perdana menteri Najib Razak.

Azeez membalas dengan mencadangkan agar pelajar juga diajar tentang Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), yang mencetuskan bantahan daripada Rayer dan anggota parlimen DAP yang lain.

Ia mendorong Mohamad Ariff untuk menggesa semua pihak bertenang.

Ketika Rayer mahu meneruskan soalannya, Tajuddin yang ketawa dan menepuk dahinya, berkata: "Tumpang tanya, itu abu Chin Peng ke?...Saya tak mahu Jelutong dituduh pakai abu Chin Peng dekat dahi."

Tanda putih yang sering dilihat pada dahi Rayer dikenali sebagai 'Vibhuti', iaitu satu simbol suci dalam agama Hindu.
Rayer menuntut Tajuddin menarik balik kenyataan itu yang disifatkan menghina penganut Hindu di Malaysia. Tajuddin kemudian berkata, "Okaylah, tarik balik. Apa ada masalah?"

Namun pertengkaran berterusan dengan anggota parlimen BN mendakwa Rayer menuduh BN menghina agama Hindu.

Beberapa wakil rakyat daripada kedua-dua pihak bangun dan menunjukkan aturan mesyuarat, manakala, bekas timbalan speaker Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata sidang perlu diteruskan memandangkan Tajuddin telah pun menarik balik kenyataannya.

Mohd Ariff akhirnya memerintahkan semua anggota parlimen untuk duduk.

"Kota Melaka (Khoo), Pasir Salak, sila tinggalkan dewan kerana tidak mengikut arahan Speaker," katanya.

Khoo tampak berat hati untuk keluar, dan berkata, "Saya ingin katakan ini bukan caranya untuk mengawal Dewan."
Mohd AriffTajuddin pula menyindir arahan itu apabila mengucapkan terima kasih kepada Mohd Ariff.

"Terima kasih banyak, saya juga ada Perhimpunan Agung Umno untuk dihadiri," katanya, mencetuskan gesaan agar Mohd Ariff mengenakan tindakan yang lebih tegas kepadanya.

'Seolah-olah tak serius tarik balik'

Dalam sidang media kemudian, Khoo berkata dia cuba untuk merujuk aturan mesyuarat bagi mempertahankan kemuliaan Dewan Rakyat terhadap kenyataan yang berisiko mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

"Kenapa saya tekankan? Sebab kita selalu lihat bagaimana dia (Tajuddin) menarik balik kenyataannya, tapi cara dia buat seolah-olah tidak ikhlas dan tidak serius.

"Apabila speaker mengarahkan dia digantung dua hari, dia kata boleh tambah beberapa hari lagi dan perlu hadir AGM Umno," katanya, yang menganggap ia sebagai penghinaan kepada speaker dan Dewan Rakyat.

Sementara itu Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menyifatkan Tajuddin telah melampau batas dan DAP akan berbincang sama ada akan memfailkan usul agar Tajuddin dikenakan tindakan selanjutnya.

'Tajuddin perlu minta maaf'

Dalam respons segera, seorang anggota Pemuda MIC menggesa Tajuddin untuk meminta maaf secara terbuka kepada semua penganut Hindu di Malaysia.


"TindakanTajuddin langsung mencerminkan standard yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang bergelar anggota parlimen kerana jelas dia tidak hormat sensitiviti masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.

"Ia bukan sahaja memalukan Dewan Rakyat tetapi BN secara keseluruhan...Kita sering mendakwa BN adalah parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama," kata Ketua Biro Politik Pemuda MIC Arvind Krishnan.

Anggota Parlimen Batu P Prabakaran pula berkata tidak wajar untuk memperlekehkan budaya dan agama seseorang.

"Walaupun kita ada takat imuniti tertentu di Parlimen, ia tindakan tidak wajar...Perkara yang boleh mengeruhkan keadaan dan merosakkan hubungan kaum dan agama harus dielakkan," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/2-mp-digantung-lepas-tajuddin-kaitkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Chin Peng Celaka Dan Laknatlah Selama Lamanya

Abu Chin Peng Celaka Dan Laknatlah Selama Lamanya

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 336 hits
Saya tak ada masalah langsung dengan abu chin peng yang nak di bawa masuk secara haram ke tanah kelahiran chin peng yang diakui secara haram juga yang mana dia telah duduki secara haram juga melalui perang keganasan yang dia ketuai Tetapi s...
Wasiat Chin Peng Mahu Abu Mayat Dibawa Ke Malaysia

Wasiat Chin Peng Mahu Abu Mayat Dibawa Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 496 hits
Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia kelmarin berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan Perak Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika b...
Selepas Ph Berkuasa Akhirnya Abu Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia

Selepas Ph Berkuasa Akhirnya Abu Chin Peng Dibawa Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 475 hits
Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat kembali ke rumah pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa ...
Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

Kumpulan Yang Bawa Masuk Abu Mayat Chin Peng Percaya Ph Takkan Ambil Tindakan Terhadap Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 612 hits
Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak Chai Kan Fook 81 berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang Katanya abu mayat i...
Abu Chin Peng Palsu Provokasi Dap Nak Jadi Hero Cina Dan Buat Melayu Marah

Abu Chin Peng Palsu Provokasi Dap Nak Jadi Hero Cina Dan Buat Melayu Marah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 400 hits
Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan berbagai perkara kontroversi yang menimbulkan ketegangan berlaku Bermula dari kematian Allahyarham Mohd Adib ratifikasi ICERD dan Statut Rom pengiktirafan LGBT dan terkini penyeludupan abu m...
Chin Tong Terlibat Abu Chin Peng Kementerian Lapor Polis

Chin Tong Terlibat Abu Chin Peng Kementerian Lapor Polis

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 252 hits
Wakil Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan membuat satu laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin siang tadi Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 10 30 pagi ini berhubung tuduhan Raja Petra ko...
Pembangkang Kritik Tindakan Bawa Balik Abu Mayat Chin Peng

Pembangkang Kritik Tindakan Bawa Balik Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 345 hits
Wakil rakyat pembangkang hari ini mempersoalkan tindakan pihak yang membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia Shahidan Kassim berkata tindakan itu mengguris hati veteran tentera serta poli...
Abu Chin Peng Pejabat Liew Akan Lapor Polis Artikel Raja Petra

Abu Chin Peng Pejabat Liew Akan Lapor Polis Artikel Raja Petra

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 252 hits
Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong akan membuat laporan polis terhadap artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin tentang abu mayat pemimpin komunis Chin Peng Ia menepis artikel bertarikh 3 Dis 2019 sebagai fitnah mengatakan...
Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

Itu 3 Garis Calit Kat Dahi Itu Abu Apa Abu Chin Peng Ke

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 414 hits
2 digantung Jelutong tetap selamatDUA lagi Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan digantung 2 hari oleh Tan Sri Ariff Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum sesi pagi Dewan Rakyat berakhir semalam Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Kota...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai