2 Kru Pelantar Minyak Cedera Dirompak 4 Lanun Tempatan Bersenjatakan Parang Di Pelantar Minyak Aurora


2 kru pelantar minyak cedera dirompak 4 lanun tempatan bersenjatakan parang di Pelantar Minyak Aurora




Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat lanun tempatan yang disyaki melakukan rompakan berkumpulan di pelantar minyak Aurora Producer 1 di timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, semalam. 

Pemangku Ketua Pengarah APMM yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Laksamana Madya Maritim, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, rompakan itu berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga jam 4.35 pagi. 


Menurut beliau, pihaknya terdahulu menerima maklumat mengenai insiden itu dari isteri salah seorang pekerja pelantar yang pelik melihat telefon suaminya dirampas ketika mereka sedang membuat panggilan video. 


Ketika kejadian, mangsa sedang membuat panggilan video bersama isterinya yang berusia 24 tahun, untuk berbual dan secara tiba-tiba telefon suaminya dirampas oleh lanun sebelum terdengar suara dan paparan skrin telefon tiba-tiba menjadi gelap. 


Isteri mangsa segera menghubungi talian MERS999 dan memaklumkan mengenai kejadian itu dan lokasi pelajar berkenaan. APMM kemudian mengarahkan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) untuk mengesan kedudukan pelantar tersebut sebelum mengarahkan bot peronda yang sedang menjalani Ops Pagar Laut membuat tinjauan di pelantar itu sebelum mengesan suspek. 


Pemeriksaan lanjut menemui sebuah bot gentian kaca bersama empat orang yang disyaki berada di bawah pelantar dalam keadaan mencurigakan. 


Semasa bot peronda tiba, suspek berlagak seperti pekerja pelantar dan menarik kabel logam di bawah pelantar. Namun selepas anggota peronda memperkenalkan diri, suspek menenggelamkan bot gentian kaca itu dan berpaut pada tiang pelantar sebelum keletihan dan terjun ke laut. 


Kesemua suspek bersuai 27 hingga 47 tahun termasuk dua beradik berjaya ditahan walaupun ada suspek yang bertindak agresif. 


Difahamkan, pelantar terbabit ialah pelantar minyak yang sedang diselenggara. Empat suspek berkenaan cuba mencuri kabel logam yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. 


Hasil siasatan awal mendapati, salah seorang suspek yang merupakan ketua kumpulan itu dan tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan senjata.


Kesemua suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak berkumpulan. APMM percaya suspek sudah lama menjalani kegiatan itu menggunakan bot gentian kaca yang tidak berdaftar. 


Siasatan lanjut juga mendapati, dua pekerja pelantar menjadi mangsa rompakan. Mangsa mendakwa pelantar itu dinaiki tiga suspek bertopeng bersenjatakan parang dan menyerang mereka sebelum kaki dan tangan diikat, serta mulut ditutup, lalu dikurung dalam sebuah kabin. Dua jam kemudian mereka berjaya melepaskan diri dan bersembunyi sebelum ketibaan pihak berkuasa. 


Suspek dipercayai cuba mencuri kabel dan perkakasan pekerja dan dua telefon bimbit milik mangsa turut dilaporkan hilang. Nilai dan barang perkakasan yang dicuri masih dalam siasatan. 


Dua mangsa terbabit dilaporkan masih trauma dan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut dan diuruskan oleh ejen perkapalan. 


APMM mengklasifikasikan kes itu sebagai kes berprofil tinggi kerana kes rompakan laut sebelum ini banyak membabitkan warga asing.


Sumber: Harian Metro


Sumber: 2 kru pelantar minyak cedera dirompak 4 lanun tempatan bersenjatakan parang di Pelantar Minyak Aurora Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2023/04/2-kru-pelantar-minyak-cedera-dirompak-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panggilan Video Selamatkan Kru Dirompak Di Pelantar Minyak

Panggilan Video Selamatkan Kru Dirompak Di Pelantar Minyak

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 266 hits
FMT ReportersSuspek PETALING JAYA Panggilan video isteri berjaya menyelamatkan suami dan rakannya dalam rompakan di sebuah pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat Kota Tinggi semalam Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Mariti...
Pemuda Teruja Jumpa Sungai Di R R Sayangnya Tak Ramai Orang Rupanya Ada Cerita Penduduk Tempatan Lebih Tahu

Pemuda Teruja Jumpa Sungai Di R R Sayangnya Tak Ramai Orang Rupanya Ada Cerita Penduduk Tempatan Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 213 hits
MEMANDU untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kelesuan Disebabkan itulah kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya penting sebagai tempat untuk para pemandu berehat sebentar Kemudahan di sesebuah R R seperti tandas medan se...
Van Sekolah Dirempuh Treler Balak 3 Murid Cedera Parah

Van Sekolah Dirempuh Treler Balak 3 Murid Cedera Parah

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 196 hits
Tiga pelajar cedera parah selepas van sekolah yang dinaiki bersama 12 rakan terbalik dan terseret sejauh 19 meter dalam kemalangan di simpang tiga hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang pada Isnin GUA MUSANG Tiga murid cedera parah sel...
Cedera Leah Williamson Kapten Inggris Akan Melewatkan Piala Dunia Setelah Menderita Pecah Acl Berita Sepak Bola

Cedera Leah Williamson Kapten Inggris Akan Melewatkan Piala Dunia Setelah Menderita Pecah Acl Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 454 hits
Kapten Inggris Leah Williamson akan melewatkan Piala Dunia Wanita musim panas ini setelah menderita cedera ACL saat Arsenal kalah dari Man Utd pada hari Rabu Williamson dikeluarkan dari lapangan setelah jatuh ke tanah hanya 12 menit setelah...
Part 1 Surat Terbuka Kpd Yb Nga Kor Ming Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

Part 1 Surat Terbuka Kpd Yb Nga Kor Ming Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 325 hits
Dear YB Nga Kor Ming FIrst of all congrats on the appointment as Minister of Local Government When you said that the 155 PBTs or local government come under your Ministry I was really excited You are the right guy to address these remarks A...
Alasan Harga Tinggi Stesen Tv Didakwa Enggan Beli Karya Animasi Tempatan

Alasan Harga Tinggi Stesen Tv Didakwa Enggan Beli Karya Animasi Tempatan

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 186 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sedia meneliti keperluan menetapkan kuota khas wajib tayang menyiarkan animasi tempatan CYBERJAYA Kementerian Komunikasi dan Digital bersedia meneliti keperluan menetapkan kuota khas wajib...
Dibakar Cemburu Pria Di Makassar Tega Tebas Istri Dengan Parang

Dibakar Cemburu Pria Di Makassar Tega Tebas Istri Dengan Parang

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 117 hits
Kepolisian Sektor Manggala mengamankan seorang pria RM yang tega menganiaya istrinya sendiri Dia diduga melakukan perbuatan itu karena cemburu
Balik Kampung Dengan Disney Hostar Bintang Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Balik Kampung Dengan Disney Hostar Bintang Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 882 hits
Raya adalah sinonim dengan meluangkan masa kualiti bersama insan tersayang menikmati juadah yang lazat dan sudah tentunya balik kampung Sempena Raya ini apa kata kita balik kampung bersama bintang bintang tempatan pujaan kita dengan pelbaga...
Peran Desain Konstruksi Ramah Lingkungan Dalam Mengurangi Konsumsi Energi

Overplaying Palestine Issue Won T Backfire On Anwar Say Analysts

Drama Dendam Seorang Madu Lakonan Redza Rosli Hannah Delisha

Selepas Tiga Tahun

Tadabbur Ayat 1 Surah Al Fatihah Kelebihan Bismillah Dalam Kehidupan Seharian

Simpanan Emas Orodesign Keahlian Rm299 Sahaja Februari 2025

Imran Ajmain Seribu Tahun Lagi Chord

Jalan Jalan Ke Nurseri Beli Pokok Baru


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Goncang Anak Teman Wanita Hingga Mati Lelaki Dipenjara Seumur Hidup

Kelantan Barang Kemas Rm40 000 Wang Tunai Hangus Dalam Kebakaran

Selera Tekak Masing Masing

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Maskulin Who S Your Bro Akhir Milik Ikmal Amry Hakimi Noordin