2 Kawasan Di Simpang Renggam Berkurung Sepenuhnya Kata Ismail Sabri




DUA kawasan di Simpang Renggam dikenakan perintah kawalan pergerakan lebih ketat selepas 61 penduduknya disahkan positif jangkitan Covid-19, kata menteri kanan Ismail Sabri Yaakob.

Dua kawasan itu ialah Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid.

Ismail berkata perintah lebih ketat itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan, yang akan membataskan 100% pergerakan penduduk, termasuk diberikan bekalan makanan untuk tempoh dua minggu.

“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kawalan lebih ketat itu melibatkan 3,570 orang penduduk dari 650 buah keluarga.

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020,” tambahnya.

Jelas Ismail, perintah lebih ketat itu bertujuan membendung jangkitan Covid-19 menular keluar dari kawasan itu.

Dalam tempoh itu pihak berkuasa akan membuat pengesanan kes dari rumah ke rumah, tambahnya.

Dengan pelaksanaan perintah lebih ketat, mereka yang berada di dua kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar rumah sementara orang luar tidak dibenarkan masuk.

Semua perniagaan dihentikan, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas yang cukup untuk tempoh 14 hari.

Pihak berkuasa juga akan membuka pangkalan perubatan di kawasan berkenaan.

“Semua laluan keluar masuk kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan ditutup,” kata Ismail.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga dikerah mengawal seluruh kawasan terlibat.

“Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari Kementerian Kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” kata Ismail.

Mereka memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Setakat 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan mengesan 235 lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini mencecah 2,031.

Ini adalah jumlah kes harian yang tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini dua bulan lalu.

Sementara itu, kes kematian meningkat kepada 23 korban. – 26 Mac, 2020.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/2-kawasan-di-simpang-renggam-berkurung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 570 Penduduk Simpang Renggam Diarah 039 Berkurung 039 Dalam Rumah

3 570 Penduduk Simpang Renggam Diarah 039 Berkurung 039 Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 222 hits
DUA kampung di daerah Simpang Renggam Kluang Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula tengah malam ini susulan jumlah kes yang tinggi di kawasan berkenaan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka
Senasib Dengan Simpang Renggam Kini 7 Kawasan Di Hulu Langat Pula Kena Pkpd

Senasib Dengan Simpang Renggam Kini 7 Kawasan Di Hulu Langat Pula Kena Pkpd

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 352 hits
Doakan agar semuanya selamat small Cover image via The Malaya Post small Beberapa hari lalu kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Simpang Renggam Perintah PKPD di Simpang Renggam itu dilakukan selepas 61 p...
2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 211 hits
Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai tengah malam ini selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID 19 2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperke...
Kerajaan Setuju Beri Topeng Percuma Kepada Semua Kata Ismail Sabri

Kerajaan Setuju Beri Topeng Percuma Kepada Semua Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 279 hits
March 26 2020 4 25 PMMenteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju memberi topeng percuma kepada lebih 8 juta isi rumah dalam usaha menyekat penularan wabak Covid 19 PETALING JAYA Kerajaan hari ini mengumumkan akan membe...
Kerajaan Biaya Kos Makanan 60 Ribu Pelajar Tinggal Di Kolej Semasa Perintah Kawalan Kata Ismail Sabri

Kerajaan Biaya Kos Makanan 60 Ribu Pelajar Tinggal Di Kolej Semasa Perintah Kawalan Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 301 hits
Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos makanan kira kira 60 000 pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggal di kolej susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan kes Covid 19 Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata j...
Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan Perintah Berkurung 2 Minggu

Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan Perintah Berkurung 2 Minggu

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 210 hits
Penduduk 2 kampung menafikan lonjakan luar biasa angka jangkitan Covid 19 membabitkan mereka berpunca daripada ketidakpatuhan kepada perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas Dua kawasan di Johor itu kini berdepan se...
Three Supermarkets Fire Station In Simpang Renggam Disinfected

Three Supermarkets Fire Station In Simpang Renggam Disinfected

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 216 hits
CORONAVIRUS Three supermarkets located some eight kilometres away from the Enhanced Movement Control Order area in Simpang Renggam near Kluang underwent disinfection last night The disinfection was undertaken to ensure the supermarkets did ...
One Or 2 Zones In Selangor May Be Treated Like Simpang Renggam

One Or 2 Zones In Selangor May Be Treated Like Simpang Renggam

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 315 hits
Two areas in Simpang Renggam Kluang Johor have come under the enhanced movement control order to stop the spread of the disease PETALING JAYA Health director general Dr Noor Hisham Abdullah says authorities may have to take similar action i...
Perlu Pandangan Kkm Mengenai Bazar Ramadan Ismail Sabri

Perlu Pandangan Kkm Mengenai Bazar Ramadan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 236 hits
Keputusan sama ada bazar Ramadan akan diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan Kementerian Kesihatan dan situasi semasa COVID 19 di negara ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau yang juga Menteri Pertahan...
Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang

Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British