Luahan Penduduk Simpang Renggam Yang Dikenakan Perintah Berkurung 2 Minggu


Penduduk 2 kampung menafikan lonjakan luar biasa angka jangkitan Covid-19 membabitkan mereka berpunca daripada ketidakpatuhan kepada perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas

Dua kawasan di Johor itu kini berdepan sekatan menyeluruh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula malam tadi dan dijadual berakhir pada 9 April depan

Kira-kira 3,500 penduduk daripada 650 keluarga di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, kedua-duanya di Simpang Renggam, Kluang, kini berdepan sekatan menyeluruh selama 2 minggu

Mereka tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing, walaupun untuk membeli keperluan asas, tidak seperti yang tempuhi oleh rakyat Malaysia yang lain

Pihak berkuasa mengesahkan langkah itu dengan berkata, 61 daripada 83 kes Covid-19 dilaporkan di Kluang didapati berasal dari 2 kawasan itu

Antara yang terkesan dengan perkembangan itu ialah Intan Nurdiyana Masekh, 26 tahun

Beliau menafikan virus itu menular disebabkan ketidakpatuhan penduduk kepada perintah kawalan pergerakan

“Ramai yang seolah-olah menyalahkan kami penduduk kampung, dengan menuduh kami degil dan melanggar perintah kawalan,” katanya kepada FMT dalam keadaan berkurung di rumah

“Selepas perintah kawalan bermula, kampung sunyi. Tak ada orang yang keluar rumah.”
Beliau juga menafikan keadaan menjadi kacau-bilau

“Memanglah dalam kumpulan WhatsApp komuniti kami, ada pihak yang bimbang.”
Katanya, keresahan itu wajar kerana ramai penduduk merupakan warga tua yang berisiko. Beliau sendiri tinggal bersama-sama ibu bapanya yang telah tua, suami dan anak-anak

“Kami bimbang kerana ramai dalam kalangan penduduk golongan berusia. Masyarakat kampung memang rapat dan sebelum berlakunya krisis Covid-19, masjid sentiasa penuh dengan kelas membaca al-Quran serta perayaan dan pelbagai mesyuarat di dewan orang ramai

“Keadaan bertukar menyedihkan kerana ada jiran kami yang meninggal dunia, tetapi apakah yang boleh kami buat selain berdoa di rumah masing-masing

Timbul persoalan berhubung laporan bahawa 2 guru agama di surau setempat, iaitu Masjid al-Huda, menghadiri himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, yang dilihat sebagai pusat jangkitan kes Covid-19 di negara ini

Sekembali dari himpunan itu mereka mengajar kelas agama dan mengimamkan solat berjemaah di surau berkenaan. Mereka juga menghadiri kenduri perkahwinan di kampung

Namun pada waktu itu, rakyat belum memahami kesan buruk Covid-19, sementara larangan ke atas perhimpunan dan sekatan pergerakan belum diumumkan

Dari 16 Mac, Kementerian Kesihatan memeriksa keseluruhan kampung dengan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah

“Mereka memeriksa kad pengenalan kami dan bertanya jumlah anggota isi rumah. Mereka yang paling berisiko dibawa ke pusat kuarantin,” kata Intan

Intan mengetuai bekalan makanan untuk keluarganya sebaik sahaja perintah kawalan diumumkan

“Kami membeli makanan untuk bekalan sebulan kerana takut untuk keluar rumah,” katanya

Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan yang diperketat, pihak berkuasa akan mengagihkan makanan dan keperluan asas kepada penduduk di 2 kawasan ini

Pandemik Covid-19 setakat ini telah mengorbankan 23 nyawa di Malaysia, sementara lebih 2,000 yang lain ditempatkan di hospital di seluruh negara

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/luahan-penduduk-simpang-renggam-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Mulai Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 216 hits
Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai tengah malam ini selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID 19 2 Kawasan Simpang Renggam Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperke...
3 570 Penduduk Simpang Renggam Diarah 039 Berkurung 039 Dalam Rumah

3 570 Penduduk Simpang Renggam Diarah 039 Berkurung 039 Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 225 hits
DUA kampung di daerah Simpang Renggam Kluang Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula tengah malam ini susulan jumlah kes yang tinggi di kawasan berkenaan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berka
Dua Kampung Di Johor Dikenakan Perintah Berkurung

Dua Kampung Di Johor Dikenakan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 251 hits
Dua kawasan petempatan di Kluang Johor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan ekoran terdapat kes positif Covid 19 yang tinggi kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob Katanya kawasan itu ialah Kampung Dato Ibrahim Majid dan...
Polis Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung

Polis Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 281 hits
Kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanana perintah berkurung dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah melakukan pendekatan untuk membenarkan pihak polis untuk melepaskan tembakan sekiranya ada penduduk yang menimbulkan kekacau...
Hampir Seluruh Sepanyol Dikenakan Perintah Berkurung

Hampir Seluruh Sepanyol Dikenakan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 258 hits
Hampir seluruh Sepanyol dikenakan perintah berkurung Dikemas kini 50 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Mar 2020 2 13PM
2 Kawasan Di Simpang Renggam Berkurung Sepenuhnya Kata Ismail Sabri

2 Kawasan Di Simpang Renggam Berkurung Sepenuhnya Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 265 hits
dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami
Pkpd Dikuatkuasakan Di Kampung Dato Ibrahim Majid Dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid Di Simpang Renggam Kluang Johor

Pkpd Dikuatkuasakan Di Kampung Dato Ibrahim Majid Dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid Di Simpang Renggam Kluang Johor

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 293 hits
Berdasarkan kenyataan rasmi Menteri Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID 19 di Daerah Kluang Johor Daripada jumlah itu sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato I
Doktor Kardiologi Yang Didakwa Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Hukuman Hari Ini

Doktor Kardiologi Yang Didakwa Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Hukuman Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 211 hits
Sebelum ini telah tular video tentang seorang doktor yang mencabar pihak berkuasa selepas dirinya didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Hari ini doktor tersebut telah dijatuhkan hukuman atas dua kesalahan yang berkaitan Do...
Covid 19 Langgar Perintah Kuarantin Akan Dikenakan Hukuman Penjara

Covid 19 Langgar Perintah Kuarantin Akan Dikenakan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 309 hits
Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perintah gerakan terkawal yang akan berlangsung pada 18 Mac hingga 31 Mac iaitu selama 2 minggu Kepada individu yang melanggar perintah tersebut boleh dipenjarakan ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage