2 Calling Centre Judi Tawaran Kerja Diserbu 71 Ditahan


 
Menurut Ketua Polis Johor M Kumar, kedua-dua sindiket disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1853. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket judi dalam talian dan tawaran kerja tidak wujud selepas menyerbu dua premis pejabat di Iskandar Puteri yang dijadikan pusat panggilan atau ‘calling centre’, minggu lalu.
Ketua Polis negeri, M Kumar, berkata pihaknya menahan seramai 71 anggota sindiket termasuk 35 warga asing dalam serbuan 9 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu.
Katanya, serbuan pertama membabitkan penahanan 18 lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 44 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti ‘calling centre’ judi dalam talian.
“Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan antaranya 27 unit telefon bimbit, 18 unit komputer riba, 12 unit monitor dan tiga unit modem internet dianggarkan bernilai RM80,000.
“Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit mula beroperasi awal bulan lalu dan menjalankan aktiviti membangunkan serta menjual aplikasi perjudian dalam talian untuk pasaran dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.
Manakala serbuan kedua, M Kumar berkata, seramai 53 individu ditahan kerana disyaki menjalankan ‘calling center’ bagi penipuan tawaran kerja dalam talian tidak wujud.
Katanya, mereka menjalankan modus operandi dalam dua lapisan dengan menyasarkan mangsa terdiri daripada warga India dan Rusia.
“Operasi di peringkat lapisan pertama berperanan sebagai khidmat pelanggan dan ‘data entry’. Mereka akan menghantar mesej melalui aplikasi telegram berkaitan peluang pekerjaan secara dalam talian yang menjanjikan pendapatan lumayan.
“Pendapatan antara USD100 hingga USD800 ditawarkan sindiket bagi setiap tugasan. Maklum balas yang diterima kemudian akan dihantar kepada lapisan kedua yang akan berkomunikasi dengan mangsa lebih lanjut mengenai tawaran kerja berkenaan,” katanya.
Katanya, polis merampas pelbagai barangan daripada sindiket antaranya 53 unit telefon bimbit, 23 unit komputer riba, 16 set komputer dan empat unit modem WiFi dengan anggaran rampasan sebanyak RM145,000.
“Kedua-dua sindiket disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1853.
“Kesemua tangkapan ditahan reman untuk siasatan sehingga Rabu. Kedua-dua kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri, pada Selasa untuk mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya,” ujarnya.
Beliau berkata, seramai 18 suspek yang ditahan dalam serbuan pertama dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/a_17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ditahan Selepas Keluarkan Kata Kata Kesat Terhadap Polis

Lelaki Ditahan Selepas Keluarkan Kata Kata Kesat Terhadap Polis

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 146 hits
BernamaTangkap layar klip video memaparkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tepi Jalan Nordin sehingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat datang ke lokasi untuk membuka pintu kereta terbabit Sinar HarianGEORGE TOW...
2 Lelaki Ditahan Curi Nasi Sandwich Duit Di Kedai Serbaneka

2 Lelaki Ditahan Curi Nasi Sandwich Duit Di Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 363 hits
BuletinTV3 nbsp SUBANG JAYA Tindakan dua lelaki menyamun kedai serbaneka 24 jam di Subang Jaya di sini dengan melarikan nasi lemak sandwich dan wang tunai RM241 mengundang padah apabila ditahan polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam kelmari...
Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Bakar Pelantar Ikan

Lelaki Warga Emas Ditahan Disyaki Bakar Pelantar Ikan

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 253 hits
BernamaIPOH Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental bagi membantu siasatan kes kebakaran tiga pelantar ikan di Pantai Remis Manjung awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata suspek b...
Lelaki Tular Terlibat Kemalangan 2 Kereta Ditahan

Lelaki Tular Terlibat Kemalangan 2 Kereta Ditahan

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 189 hits
Tangkap layar rakaman tular menunjukkan kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Sungkai Perdana Sungkai IPOH Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana Sungkai yang tular di laman s...
Tujuh Kanak Kanak Main Basikal Lajak Secara Berbahaya Ditahan Polis

Tujuh Kanak Kanak Main Basikal Lajak Secara Berbahaya Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 336 hits
BernamaMenurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kesemua kanak kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tujuan dokumentasi Gambar FB IPD Timur LautGEORGE TOWN Polis menahan tujuh kanak kanak lelaki kerana bermai...
Penceramah Antara 11 Ditahan Terlibat Sindiket Pelaburan Kripto Gigamax

Penceramah Antara 11 Ditahan Terlibat Sindiket Pelaburan Kripto Gigamax

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 178 hits
Izzatie RizanKUALA LUMPUR Polis menahan 11 individu termasuk dua wanita kerana terbabit dengan skim pelaburan mata wang kripto Gigamax melibatkan kerugian RM7 25 juta Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri...
3 Pasangan Antara 8 Ditahan Disyaki Pengikut Millah Abraham

3 Pasangan Antara 8 Ditahan Disyaki Pengikut Millah Abraham

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 213 hits
BernamaJASIN Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dalam serbuan di sebuah rumah di sini tengah malam tadi Exco Pendidikan Pengajian Tinggi d...
Diupah Ah Long Ugut Peminjam Gadis Ditahan Baling Bom Petrol

Diupah Ah Long Ugut Peminjam Gadis Ditahan Baling Bom Petrol

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang gadis 17 tahun ditahan kerana disyaki membaling bom petrol sehingga menyebabkan sebuah kereta terbakar di Taman Damai Jaya Skudai semalam Polis merampas dua notis ugutan tertera nombor telefon Singapura da...
Suami Zahnita Ditahan Polis Ugut Mahu Habiskan Nyawa Isteri Jika Tinggalkan Rumah

Suami Zahnita Ditahan Polis Ugut Mahu Habiskan Nyawa Isteri Jika Tinggalkan Rumah

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 300 hits
Suami Zahnita ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh bekas model dan pelakon itu nbsp berhubung keganasan rumah tangga yang dialami sepanjang perkahwinan Memetik laporan dari Harian Metro Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisione...
Salam Kemerdekaan Ke 68 Cuti Panjang Atau Kerja

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

Wanita Datang Klinik Kerana Pendarahan Bongkar Pembuangan Bayi

Bukti Arwah Zara Qairina Disayangi Ramai Ini Wajah Sukarelawan Cantikkan Kubur Arwah

Bab 9 September 2025

Speed Read A Moto Guzzi V7 Scrambler From Australia And More

Kadang Yang Simple Tu Lagi Bermakna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Doa Malam 1 Sept 2025

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Mee Segera Mamee Chef