2 Beranak Kenyang Makan Hasil Syabu


 
Ketua Polis Pahang Abdul Jalil Hassan menunjukkan dadah disyaki syabu dan wang tunai yang dirampas. (Gambar Bernama)KUANTAN: Polis menahan dua beranak yang dipercayai terbabit dengan kegiatan mengedar dadah jenis syabu di sekitar Pahang sejak dua bulan lalu, dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Bentong-Karak, Bentong kira-kira 190km dari sini, Ahad.
Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan berkata bapa dan anak berumur 58 dan 28 tahun itu ditahan pada 8.30 malam, dan polis turut merampas syabu dianggarkan seberat 9.32kg daripada mereka.
Beliau berkata walaupun dua beranak itu tidak bekerja, kehidupan mereka dilihat cukup mewah, malah memiliki tiga kereta import termasuk Toyota Vellfire.
Menurutnya suspek yang berasal dari Kelantan dan menetap di Jerantut, kira-kira 180km dari sini, ditahan hasil maklumat orang ramai yang curiga dengan kehadiran suspek ke kawasan berkenaan dengan menaiki kereta Proton Waja.
“Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menemukan 10 bungkusan plastik teh cina berwarna hijau berisi serbuk dan ketulan jernih disyaki syabu dianggarkan bernilai RM360,000 yang disusun dalam guni putih di tempat letak barang kenderaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Mohd Azam Ab Razak.
Abd Jalil berkata siasatan yang dijalankan polis membawa kepada penemuan kereta Toyota Vellfire, Honda Jazz dan Volkswagen Wald yang dipercayai dibeli hasil daripada jualan dadah, di samping wang tunai RM40,112 ditemui di rumah suspek.
“Kita percaya suspek mendapatkan bekalan dari Lembah Klang untuk diedarkan di seluruh Pahang dengan dadah yang dirampas baru-baru ini dipercayai boleh dijual kepada 18,655 penagih,” katanya.
Abd Jalil berkata kedua-dua suspek kini direman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/2-beranak-kenyang-makan-hasil-syabu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedapnya Kalau Dapat Makan Burasak

Sedapnya Kalau Dapat Makan Burasak

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 487 hits
Sedapnya kalau dapat makan Burasak Masa nilah rasa nak makan macam macam Dah macam orang mengidam pun ada Kalau tak mengandung tak boleh mengidam ke Memang The post appeared first on
Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

Bapa Tetap Makan Habis Walaupun Anak Masak Tak Sedap Siap Puji Lagi

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 375 hits
Seorang ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk anak yang disayanginya mana mungkin mereka yang bergelar bapa sanggup membuat hati anak mereka terasa walaupun kadang kala mereka jarang mengucapkannya dari mulut dan lebih daripada perbuatan un...
Meat Cartel Bbq Wangsamaju Makan Sambil Mengalir Air Mata

Meat Cartel Bbq Wangsamaju Makan Sambil Mengalir Air Mata

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 1008 hits
Meat Cartel BBQ Wangsamaju Makan Sambil Mengalir Air Mata Sabtu lepas kami sekeluarga ke restoran Meat Cartel American BBQ cawangan WangsaMaju Kami pilih sebab tekak teringin nak makan daging Aku dapat tahu tentang restoran Meat Cartel ni d...
Dengan Makan Pun Boleh Kurus Inilah Caranya

Dengan Makan Pun Boleh Kurus Inilah Caranya

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 506 hits
Tips Makan Pun Boleh Kurus Macam Mana caranya Assalammualaikum kawan kawan pembaca blog Google search keyword untuk blog aku Banyak gila cara nak kurus air jampian untuk kurus Macam mana nak kurus dengan cepat Jadi kali ini aku terpanggil u...
Makan Sate Tersedap Kedah Di At Satay Semeling Bedong Kedah

Makan Sate Tersedap Kedah Di At Satay Semeling Bedong Kedah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 1061 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga hari hari anda sentiasa bahagia dan sihat sejahtera Kali ini aku dengan gembiranya nak ceritalah dengan anda semua pengalaman aku makan dan ...
Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

Ajar Anak Perempuan Makan 3 Superfood Ni Untuk Otak Rugi Tak Ambil

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 441 hits
Orang kata mendidik anak perempuan ni lain macam sedikit caranya Mungkin emosi anak perempuan yang berlebih lebihan ditambah pula dengan emosi ibu buat makin rasa payah Hakikatnya anak perempuan kita memang istimewa Menuntut lebih perhatian...
5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan

5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 293 hits
5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan Makanan di Malaysia memang banyak pilihan Baik sarapan makan tengahari mahupun makan malam terdapat pelbagai jenis makanan untuk dinikmati Kadang ada yang beranggapan ...
17 Kesan Buruk Makan Riba

17 Kesan Buruk Makan Riba

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 465 hits
Berikut ini diantara kesan buruk riba yang kami sarikan dari Ar Riba Adlraruhu wa Atsaruhu fii Dlauil Kitabi was Sunnahkarya Dr Sa id bin Wahf Al Qahthani Riba memberikan dampak negatif bagi akhlak dan jiwa pelakunya Jika diperhatikan maka ...
Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

Hiburan Saya Orang Korea Kami Makan Daging Khinzir Instafamous Maryam Younarae Tampil Jawab Komen Nakal Netizen

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 791 hits
Personaliti media sosial terkenal Malaysia Korea Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri Sumber Instagram Durian Kimchi Serin...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Drama Rumah Tanpa Luka

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

Selingkuh Menghambat Rezeki

Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More