1st Sinovac Vaccine For Pak Zain
Assalamualaikum..
Hi korang.
Rabu lepas, seawal pukul 9.30 pagi SA dan Pak Zain dah gerak ke USIM Nilai untuk sesi pengambilan vaksin untuk Pak Zain. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak Pak Zain vaksin selepas sekian lama menunggu. Daftar di applikasi MySejahtera February 2021. Dapatnya 30hb June. Pasal vaksin ni jugak buat tidur Pak Zain tak lena sebab dia ni penakut sikit dengan hospital. Nama jer bekas kakitangan Kementerian Kesihatan. Ntah apa yang dia takut pergi hospital ke Klinik ke tak tau la...kadang- kadang pelik plak SA.
Cuaca sangat cantik masa ni..cerah cuma panas yarabbi...tak tahan SA. Dah la lupa bawak bekal mineral water. Kami relax- relax jer dari Seremban berpandukan waze. Nasib la perjalanan lancar jer..takde masalah apa. Takde sesat ke apa. Tepat pukul 10.30 pagi kami dah sampai. Punya la ramai orang. Rupanya ada yang datang awal dari waktu appointment. Pak Zain punya appointment pukul 11.30 am. Ambik..1 jam nak kena tunggu kan...sementaa menunggu dan focus dengan arahan. SA keep on pastikan jarak Pak Zain mengikut SOP. Sebab knowing Pak Zain dia sangat hyper..suka berjalan..so kena always perhatikan dia. Sementara tu SA membantu pakcik makcik yang tidak ditemani anak- anak masing- masing. Allah terus SA di sangka petugas kat situ..dah semua orang kerumun SA mintak tolong scan mysejahtera diorang...takpe la since lambat lagi turn Pak Zain kan...SA tolong la.
Masuk- masuk hiway lekas..jalan tak sibuk..ye la Lockdown kan
Korang tengok...punya la dia excited. tinggal princess kat belakang...jenuh kejar dia..menonong jer laju
Alhamdulillah sampai akhirnya kat sini..
Masa ni baru tau Pak Zain dapat vaksin Sinovac
Panas weyh..kat luar ni memang tak disediakan kipas macam kipas industri tu kan..
Ramai kan? Kebanyakka x bawak peneman...kalau korang ada kat situasi SA memang kesian..petugas pun tak berapa ramai kat luar ni berbanding kat dalam
Pak Zain dah dapat kawan. Sambil- sambil dia main game
Tengok tu...leka main game..lepas tu SA amik hp dia sebab dia dah diarahkan masuk ke dewan walau dia nyer appointment 11.30. Masa tu dah pukul 11 kan...terus kami masuk je..
Masa ni menunggu giliran untuk jumpa doktor yang bertugas.
Kejap je lagi giliran Pak Zain..lepas yang tudung pink tu
Sambil tunggu tu ada segerombolan wartawan masuk..masa ni KP kementerian Pendidikan melawat.
Keadaan dalam dewan..
Ramai kan berkumpul...risau betul masa ni..
Dalam risau sempat selfie
Sorry adik akak guna Bokeh..so tak nampak awak.
Masa ni abah dah jumpa doctor dan sedikit lama..dibantainya berborak ngan doc tu.
Dah settle jumpa doctor..now last stage..untuk divaksin plak.
Semakin dekat giliran semakin cuak la tu..hahahaha
Antara booth untuk vaksin
Konon relax lagi la tu...masuk jer sekali dapat doktor hensem..SA ada amik beberapa keping gambar masa Pak Zain tengah cucuk..tapi..gambar tu x masuk dalam gallery..rupanya memang sesiapa amik gambar kat dalam bilik tu memang takkan ada gambar dalam gallery..memang dah di set. SA lupa la apa nama ntah menda tu..memang dia control..sayang betul la..semua cantik2 gambar...ada doc hensem..
Lepas dah vaksin..kena duduk di area pemerhatian atau observation area selama 15 minit
Dah suntik...SA keep on tanya dia ok ke tak...risau jugak la kan...kot- kot pening ke apa..dia kata dia ok..takde rasa apa...lepas dapat appointment ke 2 terus balik.
Sebelum tu amik gambar gambar dulu..
Bukan main lagi....tapi kan....
Dia mintak bergambar kat sini.
Pose ke 2
Dan kat sini..
Layankan aje la.
Lepas tu kami pun balik Seremban. Kali ni waze bawak kami ikut Highway plus plak...plan asal nak ikut jalan lama sebab nak beli durian...sudahnya takde la beli durian...tapi sempat la singgah Pasar Besar beli lauk untuk makan tengahari dah alang- alang kan...SA x tau la Pak Zain ni betul ke tak dicucuk vaksin Sinovac ni. Dia jadi bukan main hyper plak. Tak boleh duduk diam langsung. Aada jer benda dia buat kat rumah tu..orang suruh duduk diam kat rumah dia keluar pi pasaraya beli barang dapur. Padahal SA baru je top up baranag dapur. Doc salah cucuk kot ni. Tak demam tak apa pun...elok je macam biasa...pelik plak aih....
Lepas ni kita cerita pengalaman Mak plak ye..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/07/1st-sinovac-vaccine-for-pak-zain.html